Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia

Directions

Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia Laman Rasmi Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia

KPKASM RAKAM TAHNIAH KEPADA ENCIK MUHAMMAD NUR ARIFFIN ATAS PENERIMAAN ANUGERAH KOMUNIKATOR TERBAIK 2026Yang Dipertua se...
18/10/2026

KPKASM RAKAM TAHNIAH KEPADA ENCIK MUHAMMAD NUR ARIFFIN ATAS PENERIMAAN ANUGERAH KOMUNIKATOR TERBAIK 2026

Yang Dipertua serta seluruh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Encik Muhammad Nur Ariffin atas kejayaan menerima Anugerah Komunikator Terbaik sempena Malam Ekspresi Aspirasi Gemilang 2026, bersempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Majlis tersebut telah berlangsung pada 15 Oktober 2026 bertempat di Sora Space, Johor Bahru.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap keupayaan beliau berkomunikasi secara jelas, profesional dan berkesan. Pengiktirafan ini turut mencerminkan kepentingan peranan komunikasi berhemah, empati dan integriti dalam menghubungkan agensi kerajaan dengan masyarakat, sekali gus membina kepercayaan, memperkukuh kerjasama serta memberikan manfaat kepada komuniti.

KPKASM turut berbangga dengan pencapaian ini yang membuktikan bahawa Pembantu Kesihatan Awam (PKA) mampu menyerlah, berdikari dan memberikan sumbangan bermakna dalam pelbagai bidang penglibatan kesihatan awam. Kejayaan ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga PKA untuk terus meningkatkan kompetensi, memperkukuh profesionalisme dan membuktikan keupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk Encik Muhammad Nur Ariffin terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan integriti serta terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kesihatan awam.

KPKASM sentiasa mendoakan agar seluruh warga Pembantu Kesihatan Awam terus maju jaya dalam kerjaya, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan dalam setiap amanah yang dilaksanakan.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada Encik Muhammad Nur Ariffin! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan demi perkhidmatan kesihatan awam dan masyarakat.

UCAPAN TAKZIAHKESATUAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM SEMENANJUNG MALAYSIA (KPKASM)إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...
14/10/2026

UCAPAN TAKZIAH

KESATUAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM SEMENANJUNG MALAYSIA (KPKASM)

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Encik Md Zaidi Bin Zulkipli, Pembantu Kesihatan Awam yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah S*k, Kedah, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Seluruh kepimpinan dan ahli KPKASM turut bersimpati serta merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikannya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah dirinya, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.

Al-Fatihah.

Ikhlas Daripada:
Kepimpinan dan seluruh ahli
Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM)

UCAPAN TAKZIAH KESATUAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM SEMENANJUNG MALAYSIA (KPKASM)إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون...
12/10/2026

UCAPAN TAKZIAH KESATUAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM SEMENANJUNG MALAYSIA (KPKASM)

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh kepimpinan dan ahli Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zulazizi bin Muhamad, Pembantu Kesihatan Awam, Majlis Perbandaran Kajang, yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Oktober 2026.

KPKASM mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan buat keluarga serta warga Pembantu Kesihatan Awam.

Salam takziah daripada seluruh warga KPKASM.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
Kepimpinan dan seluruh ahli
Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM)

KPKASM SANTUNI PELATIH DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN ILKKM SUNGAI BULOH MELALUI SUMBANGAN PROGRAM S.I.H.A.T. 2026Kesatu...
11/10/2026

KPKASM SANTUNI PELATIH DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN ILKKM SUNGAI BULOH MELALUI SUMBANGAN PROGRAM S.I.H.A.T. 2026

Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) terus komited dalam menyokong pembangunan profesional dan aktiviti kesihatan komuniti apabila turut menghulurkan sumbangan bagi menjayakan Projek Promosi Kesihatan S.I.H.A.T. (Saring, Intervensi, Hidup, Amalan, Tanggungjawab) anjuran pelatih Tahun 2, Semester II, Program Diploma Kesihatan Persekitaran, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh.

Program yang berlangsung pada 10 dan 11 Oktober 2026 di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Idaman, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Sumbangan KPKASM ini merupakan tanda sokongan dan keprihatinan kesatuan terhadap usaha para pelatih dalam merancang serta melaksanakan program promosi kesihatan yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat. Lebih bermakna, para pelatih KPSL Diploma Kesihatan Persekitaran yang terlibat dalam program ini turut merupakan ahli KPKASM, sekali gus mencerminkan komitmen kesatuan dalam menjaga kebajikan ahli serta menyokong penglibatan mereka dalam aktiviti pembangunan profesional dan kemasyarakatan.

Projek S.I.H.A.T. bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk mengenai kepentingan saringan kesihatan, pencegahan penyakit dan amalan gaya hidup sihat. Pelbagai aktiviti dirancang, termasuk saringan kesihatan, pendidikan kesihatan, pameran interaktif, aktiviti komuniti serta program kesedaran berkaitan pencegahan penyakit.

Selain memberi manfaat kepada penduduk setempat, program ini turut menyediakan ruang kepada para pelatih untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran kesihatan persekitaran dalam situasi sebenar, di samping memperkukuh kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan.

KPKASM berharap sumbangan dan sokongan yang diberikan dapat membantu melancarkan pelaksanaan program ini serta menyuntik semangat kepada para pelatih untuk terus berbakti kepada masyarakat dan memartabatkan bidang kesihatan awam.

KPKASM akan terus menyokong usaha murni ahli-ahlinya dalam memperkukuh promosi kesihatan, memperkasakan komuniti dan meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan awam demi kesejahteraan rakyat.







UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YAB PERDANA MENTERIKesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPK...
09/10/2026

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YAB PERDANA MENTERI

Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas pengumuman Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam sebanyak RM1500.00 dalam pembentangan Belanjawan Negara 2027.

Penghargaan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam yang sentiasa komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban kewangan, meningkatkan motivasi dan menyuntik semangat kepada seluruh penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Terima kasih, YAB Perdana Menteri. Keprihatinan terhadap kebajikan penjawat awam amat bermakna dan menjadi suntikan semangat untuk kami terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

KESATUAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM SEMENANJUNG MALAYSIA (KPKASM)

KPKASM SERTAI BENGKEL PEMANTAPAN PKA TERENGGANU, RAI KECEMERLANGAN ANGGOTAKesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung M...
09/10/2026

KPKASM SERTAI BENGKEL PEMANTAPAN PKA TERENGGANU, RAI KECEMERLANGAN ANGGOTA

Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) telah dijemput untuk turut serta dalam Bengkel Pemantapan Pembantu Kesihatan Awam (PKA) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari, bermula 7 hingga 8 Oktober 2026, bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu.

KPKASM telah diwakili oleh Encik Elmy Quttaibah Bin Samsunorial selaku Yang Dipertua KPKASM, Encik Izhar Effendy Bin Ismail, Setiausaha dan Encik Mohd Aizat Bin Mohd Yusoff, Bendahari kesatuan bagi menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh kompetensi, pengetahuan serta profesionalisme Pembantu Kesihatan Awam (PKA), khususnya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkaitan kesihatan awam di lapangan.

Dalam program yang sama, Yang Dipertua telah memberikan ucapan berkenaan hala tuju pembangunan kerjaya Pembantu Kesihatan Awam. Dalam masa yang sama, KPKASM turut menyampaikan Sijil Penghargaan Anugerah Notis Pungutan Larva di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP) Tertinggi Negeri Terengganu kepada ahli KPKASM Terengganu yang memperoleh tempat pertama, kedua dan ketiga.

Penyampaian sijil penghargaan ini merupakan tanda pengiktirafan kesatuan terhadap komitmen, dedikasi dan pencapaian anggota PKA dalam melaksanakan aktiviti kawalan vektor, khususnya usaha pengesanan serta tindakan penguatkuasaan berkaitan pembiakan serangga pembawa penyakit. Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga PKA untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan awam.

Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Negeri Terengganu telah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan Bengkel Pemantapan Pembantu Kesihatan Awam (PKA) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 di bawah kepimpinan Pengerusinya, Tuan Haji Wan Rosmadi bin Haji Wan Embong.

Bagi penganjuran kali ini, Pembantu Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu telah dipilih sebagai pasukan pelaksana yang bertanggungjawab menyelaras dan menguruskan perjalanan program, termasuk penyediaan tentatif serta pelaksanaan aktiviti sepanjang bengkel berlangsung.

Penganjuran bengkel ini merupakan program kali keempat yang berjaya dilaksanakan oleh Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Negeri Terengganu. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan sekretariat dalam menyediakan platform pembangunan kompetensi, perkongsian ilmu dan pengukuhan profesionalisme dalam kalangan warga PKA.

Lebih daripada itu, kejayaan penganjuran program ini turut memperlihatkan keupayaan kepimpinan, semangat kerja berpasukan serta kebolehan warga PKA dalam merancang dan melaksanakan program secara tersusun dan berkesan. Inisiatif seumpama ini bukan sahaja membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota, malah berperanan membentuk sahsiah, memupuk nilai kepimpinan serta memperkukuh jati diri dan profesionalisme profesion Pembantu Kesihatan Awam.

Usaha ini wajar diteruskan sebagai langkah memperkasa peranan PKA dalam sistem kesihatan awam negara, di samping membina barisan anggota yang kompeten, berintegriti dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa dalam pelaksanaan tugas demi kesejahteraan masyarakat.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Rosli bin Abdul Wahab, Pegawai Kesihatan Persekitaran daripada Unit Inspektorat dan Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Turut hadir ialah Encik Hanafi bin Salleh, U36 dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.

KPKASM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan serta peluang yang diberikan untuk bersama-sama menjayakan program ini. Kesatuan berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan bagi memperkukuh hubungan antara kesatuan dengan pihak pengurusan kesihatan awam, di samping memperjuangkan pembangunan kerjaya, kebajikan dan pengiktirafan profesion Pembantu Kesihatan Awam.

KPKASM akan terus komited menjadi suara yang mewakili warga PKA serta menyokong inisiatif yang dapat memperkasakan peranan dan sumbangan mereka dalam melindungi kesihatan masyarakat.

KPKASM – Memperkasa PKA, Memartabatkan Profesion.

Innalillahi Wa Inna lillahi Raji'un اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُKesatuan Pembantu Kesiha...
04/10/2026

Innalillahi Wa Inna lillahi Raji'un

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham Tuan Azman Shah bin Abdul Rahman, Mantan Timbalan Presiden CUEPACS I, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, menerima segala amal kebajikan dan menempatkan beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta ditempatkan di syurga-Nya.

Al-Fatihah.

Daripada:
Kepimpinan dan seluruh warga
Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM)

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAMAH TUN DR SITI HASMAH MOHD ALIKesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Mala...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAMAH TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI

Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) merakamkan ucapan takziah yang setulus-tulusnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, masyarakat dan negara. Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah telah melalui perjalanan panjang dalam sejarah Malaysia, khususnya sebagai seorang doktor, tokoh wanita dan pendamping setia kepada seorang negarawan.

KPKASM turut menyanjung segala jasa, sumbangan dan bakti Allahyarhamah dalam bidang kesihatan serta khidmatnya kepada masyarakat yang akan terus dikenang oleh generasi akan datang.

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

KPKASM mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga dikurniakan kesabaran, ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi.

Al-Fatihah.

Daripada:
KESATUAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM SEMENANJUNG MALAYSIA (KPKASM)

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐊𝐏𝐊𝐀𝐒𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semena...
27/09/2026

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐊𝐏𝐊𝐀𝐒𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧

Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia Bil. 3/2026 pada 26 September 2026 bertempat di Hotel Asto, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan KPKASM dalam memastikan aspek pengurusan, pentadbiran dan perjalanan organisasi kesatuan dilaksanakan secara tersusun, berkesan dan berterusan.

Majlis memberi tumpuan kepada pelbagai perkara berkaitan urusan pengurusan dan pentadbiran KPKASM, termasuk penyelarasan gerak kerja organisasi serta perkara-perkara semasa yang berkaitan dengan perjalanan dan pengurusan kesatuan.

Platform mesyuarat Jawatankuasa Kerja ini turut menjadi ruang penting untuk membincangkan perkara-perkara yang memerlukan penyelarasan bersama serta memastikan setiap urusan kesatuan dapat dilaksanakan berdasarkan ketetapan dan keputusan yang telah dipersetujui.

Pengurusan organisasi yang sistematik dan berkesan merupakan antara asas penting dalam memastikan KPKASM terus berupaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah kesatuan yang mewakili kepentingan warga Pembantu Kesihatan Awam (PKA) di seluruh Semenanjung Malaysia.

KPKASM sentiasa memberi perhatian terhadap usaha memperkukuh struktur dan keupayaan organisasi agar setiap perancangan serta agenda kesatuan dapat digerakkan secara lebih teratur.

Dalam konteks ini, Jawatankuasa Kerja memainkan peranan penting dalam memastikan urusan kesatuan sentiasa diselaraskan, selain menjadi wadah perbincangan bagi memperkemas pelaksanaan aktiviti dan perancangan organisasi.

Kesepaduan serta kerjasama dalam kalangan kepimpinan dan Jawatankuasa Kerja KPKASM merupakan elemen penting bagi memastikan setiap amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

KPKASM percaya bahawa kekuatan sesebuah kesatuan bukan sahaja terletak pada suara yang dibawa, tetapi turut bergantung kepada tadbir urus yang baik, kesatuan hati, disiplin organisasi dan komitmen berterusan daripada seluruh barisan kepimpinan serta anggota.

Dengan semangat kebersamaan, KPKASM akan terus memperkukuh gerak kerja organisasi dan memainkan peranan secara konstruktif dalam membawa suara serta kepentingan warga Pembantu Kesihatan Awam.

“BERSATU MEMPERKASA PROFESION, BERJUANG DEMI KEBAJIKAN.”

KESATUAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM SEMENANJUNG MALAYSIA (KPKASM)
Kuala Lumpur | 26 September 2026

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share

Category