01/09/2026
PARTI POLITIK TIDAK BOLEH MASUK KAWASAN PANGSAPURI STRATA?
Baru-baru ini berlaku satu insiden di sebuah kawasan pangsapuri strata di Wilayah Persekutuan.
Sekump**an orang yang kelihatan memakai baju PAS datang ke kawasan pangsapuri tersebut dikatakan untuk mengedarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan, atas jemputan seorang penduduk.
Namun mereka dihalang daripada masuk.
Alasannya?
“Tak dibenarkan program politik dalam kawasan strata.”
Kemudiannya, individu yang menghalang itu dikatakan dikenal pasti sebagai seorang ahli parti DAP berdasarkan kepada media sosialnya.
Di sini kita perlu bezakan antara peraturan pengurusan strata dengan larangan politik yang dibuat secara ad hoc.
Di bawah Akta Pengurusan Strata 2013, JMB atau Management Corporation memang mempunyai kuasa mengurus dan mengawal penggunaan harta bersama serta menetapkan peraturan tertentu, termasuk berkaitan keselamatan dan akses.
Tetapi tidak ada larangan umum yang mengatakan seseorang tidak boleh memasuki kawasan strata semata-mata kerana dia memakai baju parti politik.
Kalau benar ada peraturan “house rules” bahawa semua aktiviti politik dilarang, maka tunjukkan peraturan itu.
Dan yang lebih penting:
Adakah peraturan itu dikuatkuasakan secara sama rata?
Sebagai contoh, terdapat rekod daripada PKR Kepong sendiri mengenai aktiviti gotong-royong “bersama Keadilan Kepong” yang melibatkan puluhan penduduk kawasan flat.
Sekali lagi, kita tidak mengatakan aktiviti itu melanggar mana-mana peraturan strata. Mungkin “house-rules” di sana membenarkannya, atau JMB/MB memberi kebenaran.
Tetapi ia menunjukkan bahawa penglibatan parti politik dengan komuniti flat bukan sesuatu yang asing.
Maka persoalannya mudah.
Kalau aktiviti bersama parti politik boleh dilakukan di kawasan pangsapuri apabila parti tertentu yang terlibat, mengapa sekump**an orang PAS yang datang atas jemputan seorang penduduk untuk mengedarkan Jalur Gemilang p**a tidak boleh masuk hanya kerana mereka memakai baju PAS?
Kalau larangan itu memang untuk semua parti politik, katakan begitu, dan kuatkuasakan begitu.
Kalau semua aktiviti politik tidak dibenarkan, maka jangan benarkan kepada sesiapa.
Tetapi kalau peraturan hanya tiba-tiba digunakan apabila yang datang ialah PAS, maka kita berhak bertanya:
Ini penguatkuasaan peraturan atau diskriminasi politik?
Keselamatan — ya.
Pendaftaran pelawat — ya.
Mematuhi house rules — ya.
Tetapi menjadikan warna baju parti sebagai alasan untuk menghalang seseorang yang datang atas jemputan penghuni adalah perkara yang wajar dipersoalkan.
Kawasan strata bukanlah sebuah kerajaan kecil yang boleh menentukan siapa boleh bergerak masuk berdasarkan warna politiknya.
Hari ini PAS.
Esok mungkin DAP.
Lusa mungkin PKR, UMNO atau mana-mana parti lain.
Demokrasi tidak boleh hanya bebas untuk parti yang kita s**a.
Peraturan mesti neutral.
Penguatkuasaan mesti konsisten.
Dan kalau benar ada sekatan, sekatan itu mestilah bersandarkan undang-undang atau by-law yang sah, bukannya sekadar arahan “tak boleh” daripada seseorang.
Jangan gunakan peraturan strata sebagai pagar politik.
Sebab kalau pintu kawasan pangsapuri boleh dibuka untuk satu warna politik tetapi ditutup kepada warna politik yang lain, masalahnya bukan lagi soal strata.
Masalahnya ialah prinsip.
DR. YUSFARIZAL YUSSOFF