Persatuan Veteran TLDM

Directions Website

Persatuan Veteran TLDM PVTLDM menghimpunkan veteran TLDM seluruh negara dengan fokus kepada 3K – Kebajikan, Kerjaya, dan Keusahawanan.

Persatuan ini berperanan memperkasa veteran melalui program kebajikan, pembangunan kerjaya, keusahawanan serta aktiviti sosial dan amal.

19/09/2026
Saksikan rakaman penuh program Dari Arkib USM: Bangga Negara Bersama YBhg. Laksamana Muda (B) Dato’ Saifudin bin Kamarud...
15/09/2026

Saksikan rakaman penuh program Dari Arkib USM: Bangga Negara Bersama YBhg. Laksamana Muda (B) Dato’ Saifudin bin Kamarudin.

Video khas sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026 kini rasmi ditayangkan!

Menampilkan mantan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), YBhg. Laksamana Muda (B) Dato’ Saifudin bin Kamarudin, sesi sejarah lisan ini mengupas pengalaman naratif, peranan strategik, serta kepimpinan beliau dalam operasi keselamatan perairan negara, termasuk operasi taktikal menumpaskan ancaman lanun demi memelihara kedaulatan tanah air.

Dikendalikan oleh YBrs. Dr. Abdul Rahman Mad Ali @ Abang (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM), rakaman eksklusif ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi repositori dan khazanah Arkib USM untuk tatapan serta iktibar generasi akan datang.

Tonton Sekarang:
https://youtu.be/5TwvfpYmlmo?si=uEQe4lyv-4EbCtfW

Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air. Selamat menonton!

Selamat Hari Malaysia!

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

14/09/2026

QNA Session | Presiden PVTLDM

"Apakah perspektif orang awam terhadap PVTLDM sebelum ini?"

Gelaran "veteran" sering disebut, namun tidak ramai yang benar-benar memahami apa yang tersirat di sebaliknya, tahun-tahun berkhidmat di lautan, latihan yang menguji fizikal dan mental, serta tanggungjawab menjaga kedaulatan negara tanpa mengharapkan pengiktirafan.

Seorang veteran TLDM bukan sekadar individu yang pernah memakai seragam. Mereka adalah individu yang pernah berkorban masa, tenaga, dan keselamatan diri demi memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat dan terkawal.

14/09/2026

QNA Session | Presiden PVTLDM

"Describe Persatuan Veteran TLDM dan Veteran TLDM dalam 3 patah perkataan"

Setiap veteran TLDM membawa bersama satu kisah pengorbanan bertahun-tahun berkhidmat mempertahankan perairan negara, menjaga keselamatan maritim, dan memastikan kedaulatan Malaysia terpelihara di laut lepas.

Di sebalik seragam yang pernah dipakai, tersimpan disiplin, keberanian, dan komitmen yang tidak ternilai. Sumbangan mereka bukan sekadar sejarah, tetapi asas kepada keselamatan dan kestabilan yang kita nikmati hari ini.

14/09/2026

‼️ HARGAI WIRA NEGARA DAN MENANG RM 200 ‼️

💵💵💵💵💵💵💵

Mari sertai "MY PARENTS MY HEROES"

Mudah saja. Rakam & hantar melalui Whatsapp jer ‼️

SYARAT-SYARAT

1. Terbuka kepada anak kepada warga badan beruniform sahaja. (ATM, PDRM, JBPM, JKDM, JIM).
2. Video mesti menampilkan anak dan keluarga di dalam video.
3. Seorang anak hanya dibenarkan menghantar satu video penyertaan sahaja. Sekiranya ada adik beradik yang lain, dikira satu penama, satu video.
4. Video mestilah berdurasi minima 20 saat dan maksima 30 saat.
5. Video diwajibkan bersama ibu bapa yang merupakan badan beruniform negara atau potret sekiranya sudah meninggal dunia. Video yang menampakkan unsur-unsur provokasi, kontroversi dan elemen sensitiviti 3R adalah dilarang.
6. Video yang dihantar diwajibkan mode potrait dan resolusi tinggi (HD). Hantar melalui Whatsapp sahaja.
7. Semua video akan dimuatnaik di laman sosial PVTLDM. Pemenang ditentukan melalui jumlah tontonan (view) di Tiktok PVTLDM bermula 1 September hingga 30 September.
8. Tarikh penghantaran video adalah pada 31 Ogos hingga 30 September
9. Tiga (3) video dengan jumlah tontonan tertinggi akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM 200 setiap pemenang.
10. Sebarang keputusan juri adalah muktamad.

Sebarang Pertanyaan dan Penghantaran boleh terus klik www.wasap.my/60136249029/MyHeroes

Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM)

𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗦 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗔𝗧𝗠Projek Pembersihan & Pemusnahan Periuk Api, Peluru dan Bahan Letupan di AngolaTer...
11/09/2026

𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗦 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗔𝗧𝗠

Projek Pembersihan & Pemusnahan Periuk Api, Peluru dan Bahan Letupan di Angola

Terbuka kepada bekas anggota ATM / anggota berpengalaman yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang:

🔹 Peluru & bahan letupan
🔹 Pengendalian dan pelupusan ordnance
🔹 Pembersihan kawasan periuk api / bahan letupan
🔹 Pengalaman berkaitan EOD atau bidang yang bersesuaian

Calon yang terpilih akan disediakan dengan kursus selama 2 minggu di Malaysia bagi memastikan keupayaan dan kelayakan pasukan memenuhi SOP serta standard antarabangsa sebelum ditugaskan ke projek di Angola, Afrika Selatan.

🎯 𝗣𝗮𝗸𝗲𝗷 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻

💰 Gaji dalam USD – sangat menarik
🏠 Penginapan disediakan
👕 Uniform / kelengkapan berkaitan disediakan
🍽️ Elaun makan
✈️ Tiket penerbangan
📋 Latihan dan persediaan sebelum penugasan

📅 Jangkaan penghantaran pasukan: hujung tahun 2026

Kepada veteran atau bekas anggota yang mempunyai pengalaman dan berminat untuk menyertai projek ini, sila hantar CV atau hubungi / WhatsApp:

Shaari
📱 010-502 7976

Mohon bantu sebarkan kepada rakan-rakan veteran dan bekas anggota yang mungkin mempunyai pengalaman serta kelayakan yang bersesuaian.

Alhamdulillah, sepanjang bulan kemerdekaan ini, Persatuan Veteran TLDM terus mendapat perhatian dan pengiktirafan daripa...
31/08/2026

Alhamdulillah, sepanjang bulan kemerdekaan ini, Persatuan Veteran TLDM terus mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada Kerajaan-Kerajaan Negeri.

Ini bukan sekadar penghargaan kepada individu, tetapi satu pengiktirafan terhadap jasa, pengorbanan dan sumbangan warga VETERAN TENTERA LAUT yang terus berbakti kepada masyarakat dan negara.

Antara yang membanggakan:

1️⃣ Timbalan Presiden PVTLDM merangkap YDP PVTLDM Caw. Pahang atas penglibatan kontinjen PVTLDM Cawangan Pahang dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang.

2️⃣ YDP PVTLDM Caw. Melaka atas pengurniaan Pingat Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M.) bersempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka.

3️⃣ YDP Pvtldm Selangor serta seluruh ahli PVTLDM Caw. Selangor atas penerimaan sumbangan RM15,000 sempena sambutan Merdeka daripada Kerajaan Negeri Selangor.

4️⃣ YDP PVTLDM PERAK (Persatuan Veteran TLDM Cawangan Negeri Perak) serta dua orang Veteran PASKAL atas pengiktirafan sebagai Wira Negara oleh Kerajaan Negeri Perak, termasuk penerimaan sijil penghargaan dan wang saguhati RM1,000 yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

5️⃣ YDP PERSATUAN VETERAN TLDM (PVTLDM) NEGERI JOHOR serta seluruh ahli PVTLDM Caw. Johor yang mengambil inisiatif menyantuni keluarga serta membantu membaik pulih pusara Wira Samudera ABEM Abdul Samad bin Sulaiman.

Pengiktirafan seperti ini amat besar maknanya buat veteran. Ia menjadi tanda bahawa jasa dan pengorbanan mereka tidak dilupakan, walaupun telah meninggalkan perkhidmatan.

Semoga lebih banyak Kerajaan Negeri mengambil langkah yang sama dalam mengiktiraf sumbangan veteran ATM; sama ada melalui penganugerahan pingat seperti Kerajaan Negeri Melaka, sumbangan sempena Merdeka seperti Kerajaan Negeri Selangor, mahupun penghargaan khas sebagai Wira Negara seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Kerana bagi kita, jasa veteran bukan sekadar untuk dikenang, tetapi wajar terus dihargai dan diangkat.

Terus Berjuang!

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾Alhamdulillah, hari ni kita sambut lagi Hari Kebangsaan.Bila sebut merdeka, kita bukan s...
31/08/2026

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Alhamdulillah, hari ni kita sambut lagi Hari Kebangsaan.

Bila sebut merdeka, kita bukan sekadar teringat sejarah dan perjuangan orang terdahulu. Kita juga teringat bahawa setiap generasi ada perjuangan masing-masing.

Bagi kita warga veteran, perjuangan mungkin dah berubah. Tak lagi di kapal, di pangkalan atau di medan tugas. Tapi semangat untuk berbakti kepada negara tak pernah bersara.

Hari ni, kita terus berjuang dengan cara kita; menjaga kebajikan sahabat-sahabat veteran, membantu keluarga, membina kerjaya, menggerakkan keusahawanan dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Kita mungkin dah bersara daripada perkhidmatan, tapi kita tidak pernah bersara daripada perjuangan.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 buat semua rakyat Malaysia.

Kita jaga negara kita.
Kita jaga saudara kita.

Terus Berjuang! 🇲🇾

Alhamdulillah, satu lagi kisah yang cukup membanggakan apabila seorang VETERAN TENTERA LAUT tampil sebagai usahawan diba...
30/08/2026

Alhamdulillah, satu lagi kisah yang cukup membanggakan apabila seorang VETERAN TENTERA LAUT tampil sebagai usahawan dibawah jenama Argrow Farm dalam sektor agro dan penternakan, membuktikan bahawa perjuangan seorang veteran tidak terhenti selepas meninggalkan perkhidmatan.

Esok, 31 Ogos 2026, jam 3.00 petang, akan berlangsung Majlis Pelancaran Kadet Sopi sebagai Ikon AgroPatriotisme Berek Birri, bertempat di:

📍 Livestock Industry Valley, Laman Veterinar, MAHA 2026

Majlis akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Lebih menarik, sempena sambutan Hari Kebangsaan, pengunjung juga dijemput bersama-sama memeriahkan Kenduri Birri.

🍖 2 ekor Birri Golek PERCUMA untuk pengunjung yang hadir!

Bagi PVTLDM, kejayaan ini membawa makna yang lebih besar.

Daripada berkhidmat mempertahankan negara di lautan, kini seorang veteran TLDM meneruskan khidmat melalui keusahawanan, penternakan dan pembangunan industri agro tempatan.

Inilah semangat yang ingin kita lahirkan; Veteran bukan beban ekonomi, tetapi aset dan economic multiplier yang boleh terus menyumbang kepada negara.

🇲🇾 Makanan Kita, Tanggungjawab Kita.
⚓ Veteran Kita, Aset Negara.
💪 Terus Berjuang!

Kalau ada di MAHA 2026 esok, jangan lupa singgah ke Laman Veterinar.

🐑 Jumpa Kadet Sopi.
🍖 Makan Birri Golek.
🇲🇾 Raikan Hari Kebangsaan bersama.

31 Ogos 2026 | 3.00 petang
📍 Livestock Industry Valley, Laman Veterinar, MAHA 2026

30/08/2026

𝗗𝗜𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗦𝗔𝗠𝗨𝗗𝗘𝗥𝗔, 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗨𝗡𝗬𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔!

Bukan sekadar menyelam, tetapi mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan perairan negara!

Apakah cabaran mental dan fizikal yang perlu ditempuhi oleh wira-wira penjelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menggalas tugasan sukar ini? Daripada latihan selaman peperangan periuk api sehinggalah ketahanan ekstrem di dasar laut!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan liputan khas dan eksklusif mengenai wira-wira dasar laut TLDM dalam Majalah 3!

📺 MAJALAH 3
📅 31 Ogos 2026/ Isnin
⏰ 9:00 Malam
📺 TV3 (Atau tonton secara dalam talian di tonton.com.my)

Sama-sama kita saksikan keberanian dan pengorbanan mereka! Jangan lupa set alarm dan tag kawan-kawan serta keluarga anda di ruang komen!

Address

D/a Pusat Strategi Maritim Dan Sejarah TLDM (RMN Seapower Centre), Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur
54100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Veteran TLDM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share