06/03/2026
Hujan bukan penghalang untuk terus berbakti. 🌧️
Baru-baru ini, barisan MPPWP Sub-Zon 4 bersama Pengerusi Zon Datuk Azizulrahman Mohd Hussain, dan Pusat Khidmat Parlimen P119 Titiwangsa telah turun padang menyantuni para peniaga di dua lokasi Bazar Ramadan utama: LRT Damai dan Pasar Keramat.
Selain beramah mesra dengan penduduk setempat, kami turut mengedarkan apron kepada para peniaga sebagai tanda sokongan dan bagi memastikan kualiti kebersihan sepanjang bulan Ramadan ini.
Terima kasih kepada semua peniaga yang terus gigih mencari rezeki walaupun dalam cuaca yang mencabar.
Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat besar kepada komuniti kita di Kampung Datuk Keramat. 🤝✨