15/08/2026
LAPORAN PROGRAM LAWATAN DAN SESI TAKLIMAT KE BALAI POLIS BUKIT JALIL
Tarikh: 13 Ogos 2026
Masa: 9.30 malam β 12.00 tengah malam
Tempat: Bilik KRT BLOK J
Penganjur: KRT Blok J
Turut serta: KRT Blok L, SRS Blok J dan SRS Blok L
1. TUJUAN PROGRAM
Program lawatan dan sesi taklimat ini diadakan bagi mengeratkan hubungan serta kerjasama antara pihak KRT, SRS, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Program turut bertujuan memberi pendedahan kepada ahli KRT dan SRS berkaitan aspek keselamatan, perpaduan serta isu-isu kemasyarakatan di kawasan kejiranan.
2. KEHADIRAN
Program telah dihadiri oleh Top 5 KRT Blok J dan Blok L, ahli SRS Blok J dan Blok L, anggota Balai Polis Bukit Jalil serta wakil JPNIN.
Pihak polis diketuai oleh Sarjan Ridhuan Balai Polis Bukit Jalil 3 bersama anggota yang hadir.
Wakil JPNIN yang hadir ialah En.Ahmad Zamry Bin Mohammad dan En. Al Zaphries Adiem Bin Al Zaphni.
3. PENGISIAN PROGRAM
3.1 Taklimat Balai Polis Bukit Jalil
Program dimulakan dengan sesi taklimat daripada Ketua Balai Polis Bukit Jalil.
Taklimat memberi penekanan kepada aspek keselamatan komuniti serta peranan SRS dalam membantu menjaga keselamatan dan ketenteraman di kawasan kejiranan.
Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada SRS mendapatkan penjelasan serta pandangan daripada pihak polis antaranya
- Isu lumba motosikal/merempit.
- Isu pergaduhan.
- Isu keselamatan masyarakat.
- Isu jiran tetangga dan perselisihan kejiranan.
- Tindakan yang sesuai sekiranya berlaku kejadian atau perkara mencurigakan
3.2 Taklimat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Selepas sesi taklimat daripada pihak Balai Polis Bukit Jalil, program diteruskan dengan taklimat daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Taklimat memberi penerangan berkaitan peranan SRS dalam memperkukuhkan hubungan kejiranan, meningkatkan semangat kerjasama serta mewujudkan komuniti yang harmoni, prihatin dan saling membantu.
3.3 Rakaman video hari kemerdekaan yang ke 69
Pengambilan gambar dan rakaman video sempena bulan kemerdekaan yang ke 69 tahun
4. PENUTUP
Alhamdulillah, keseluruhan program telah berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
Program berakhir pada jam 12.00 tengah malam.
Pihak KRT Blok J merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Polis Bukit Jalil, JPNIN, KRT Blok L, SRS Blok J dan SRS Blok L atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.
Diharapkan hubungan kerjasama antara pihak polis, JPNIN, KRT dan SRS dapat terus diperkukuhkan demi keselamatan, perpaduan dan kesejahteraan komuniti.
Disediakan oleh:
Setiausaha Krt Blok J
PPR Pinggiran Bukit Jalil