10/09/2026
KEBAJIKAN JAM WP
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pihak Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan berkesempatan menziarahi ALP JAM Wilayah, Tuan Ali dan keluarga bagi menyampaikan sedikit tanda ingatan, semangat dan sokongan dalam menghadapi ujian yang sedang menimpa keluarga.
Kehadiran Pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan, Tuan Subhan Djupri, bersama AJK Kebajikan JAM Wilayah Persekutuan, Tuan Syawal, adalah sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan untuk memberikan sedikit kekuatan serta menyampaikan sumbangan bagi meringankan urusan Ali dan keluarga.
Buat Ali dan seluruh keluarga, teruslah kuat dan bersabar dalam menghadapi ujian ini, khususnya dengan ujian yang sedang menimpa ayah. Sesungguhnya setiap ujian yang Allah berikan mempunyai hikmah dan ganjaran bagi mereka yang sabar dan terus bergantung harap kepada-Nya.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada Ali sekeluarga. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat ayah, memberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan keluarga dalam melalui saat-saat yang mencabar ini.
Teruskan berdoa, bersangka baik kepada Allah dan yakinlah bahawa selepas kesulitan, pasti ada kemudahan.
Semoga segala urusan Ali dan keluarga dipermudahkan, dilindungi dan diberikan jalan keluar yang terbaik oleh Allah SWT.
اللهم آمين يا رب العالمين 🤲🏻
Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan — Beramal Kerana Allah