PPTD Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PPTD) menyambut Jubli Platinum, 70 Tahun, 1950-2020.

Salam Maulidur Rasul12 Rabiulawal 1448H Hijrah25 Ogos 2026.MADANI Dihayati, Ummah DiberkatiIkhlas daripada Presiden, AJK...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul

12 Rabiulawal 1448H Hijrah
25 Ogos 2026.

MADANI Dihayati, Ummah Diberkati

Ikhlas daripada Presiden, AJK dan Warga Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik

🎳 KEJOHANAN TENPIN BOLING PPTD 2026 STRIKE FOR EXCELLENCE 🎳Kejohanan Tenpin Boling PPTD 2026 telah berlangsung dengan ja...
22/08/2026

🎳 KEJOHANAN TENPIN BOLING PPTD 2026 STRIKE FOR EXCELLENCE 🎳

Kejohanan Tenpin Boling PPTD 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Ogos 2026 di IOI Wangsa Bowl, Putrajaya, dengan penyertaan 90 orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari pelbagai kementerian, jabatan dan negeri. Penganjuran ini menjadi platform mengeratkan silaturahim, memperkukuh jaringan profesional serta memupuk semangat kesukanan dan kebersamaan warga PTD. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia (JTM), turut dihadiri Encik Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan), Jabatan Kerajaan Tempatan merangkap Exco Sukan PPTD dan dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Agong PPTD, En Muhammad 'Arif bin Ya'kub.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan penghargaan kepada seluruh peserta, urus setia serta semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini. Semangat “Strike for Excellence” bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi mencerminkan usaha, ketekunan, kecemerlangan dan semangat kebersamaan warga PTD. 🎳🏆

🏆 SENARAI PEMENANG

🎳 Kategori Lelaki
🥇 JOHAN — Syazwan Asyraf bin Yusof, Kementerian Pendidikan
🥈 NAIB JOHAN — Muhammad Helmi Farid bin Abdul Razi, Kementerian Perladangan dan Komoditi
🥉 TEMPAT KETIGA — Norihan bin Abu, Jabatan Perkhidmatan Awam

🎳 Kategori Wanita
🥇 JOHAN — Azreen binti Awang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
🥈 NAIB JOHAN — Nursyazana binti Muhammad Khalil, Kementerian Pengangkutan
🥉 TEMPAT KETIGA — Helwa Mohammad Zainal, Kementerian Pendidikan

Strike for Excellence. Together, We Achieve More. 🎳🏆





21 Ogos 2026 Suasana Kejohanan Tenpin Bowling PPTD Malaysia 2026 di Wangsa Bowl, IOI City Mall Putrajaya.Hampir 100 oran...
22/08/2026

21 Ogos 2026
Suasana Kejohanan Tenpin Bowling PPTD Malaysia 2026 di Wangsa Bowl, IOI City Mall Putrajaya.

Hampir 100 orang PTD menyertai kejohanan ini.

Keseronokan bermain boling bersama-sama terserlah pada setiap wajah pemain. Ada PTD yang turut hadir memberi sokongan kepada batchmate jua.

Menang kalah lain citer,
Janji gembira bersama-sama.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,HEBAHAN PROGRAM BITARA INTAN : MINGGU PANDU CITRA (MPC) 2026 DENGAN TEMA MEMBUDAYAKA...
20/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

HEBAHAN PROGRAM BITARA INTAN : MINGGU PANDU CITRA (MPC) 2026 DENGAN TEMA MEMBUDAYAKAN PANDU CITRA, MEMBENTUK KEPIMPINAN BERWIBAWA

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) akan menganjurkan Program Bitara INTAN “Minggu Pandu Citra (MPC) 2026 : Membudayakan Pandu Citra, Membentuk Kepimpinan Berwibawa mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 2-3 September 2026 (Rabu - Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Auditorium INTAN Bukit Kiara

Sehubungan dengan itu, semua penjawat awam yang berminat adalah dijemput untuk memohon bagi mengikuti program tersebut. Maklumat lanjut mengenai program dan pendaftaran boleh dibuat melalui pautan :
https://www.iemg.intan.my/event/23xkXnp0Y1ya dan brosur boleh didapati melalui pautan : https://www.image2url.com/r2/default/images/1786515053535-cd778338-ed89-4308-9a75-a5fc7d7082dc.png

Sekian, terima kasih
Urus Setia
Minggu Pandu Citra
Pusat Pembangunan Kejurulatihan dan Pengajian Lanjutan
INTAN Bukit Kiara

12 Ogos 2026Tahniah diucapkan kepada YBhg Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar atas 2 Tahun sebagai Ketua Setiausaha Negar...
13/08/2026

12 Ogos 2026

Tahniah diucapkan kepada YBhg
Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar atas 2 Tahun sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN)

Ikhlas daripada Presiden, AJK dan Warga Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik

10 Ogos 2026Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri MalaysiaIkhlas daripada P...
11/08/2026

10 Ogos 2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia

Ikhlas daripada Presiden, AJK dan Warga Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60326930336

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPTD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PPTD:

Shortcuts

Featured

Share