Gabungan Rakyat Prihatin

Gabungan Rakyat Prihatin Gabungan Rakyat Prihatin dengan keadaan masakini negara dan berhasat untuk mempertahanakan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara.

Semenjak Akta ISA di hapuskan pada 15hb September 2011, pelbagai tindakan tindakan melampau telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah kini rakyat Malaysia dengan sewenang wenangnya melafazkan kata kata yang menghina dan membangkitkan kemarahan antara kaum. Begitu juga dengan pergerakan pergerakan subversive sehingga terjadi kejadian pencerobohan Lahad Datu oleh kaum Sulu. Hak hak keistimewaan

kaum Melayu juga banyak terhapus semenjak DEB di tarik balik semenjak 2009. Di bawah DEB, kaum melayu di beri keisitimewaan dan kelebihan untuk mendapatkan kontrak kontrak kerajaan untuk meningkat taraf ekonomi kaum Bumiputera. Sehingga kini taraf penguasaan ekonomi masih di tahap 17% dan amat rendah berbanding dengan kadar penduduk berbangsa islam sekitar 67%. Maka adalah amat penting untuk DEB di mulakan kembali untuk membantu kaum bumiputera meningkatkan taraf ekonomi mereka. Di samping itu kedudukan istimewa orang Melayu di dalam perlembagaan juga kerap di cabar. Kerajaan Malaysia juga harus mengiktirafkan orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu seperti mana telah di buktikan mengikut sejarah dan perlembagaan negara. Kaum lain harus di larang dari mempertikaikan ini kerana asal usul orang Melayu merupakan satu maruah yang harus di pertahankan. Selain itu Tun Tan Siew Sin juga pernah melafazkan janji janji sebagai Presiden MCA untuk terus mengekalkan hak istimewa dan kedudukan istimewa orang orang Melayu. Namun kini itu semua hanya tinggal janji.

Address

Kuala Lumpur
52000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gabungan Rakyat Prihatin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gabungan Rakyat Prihatin:

Featured

Share