Sahabat Rafizi Ramli

Sahabat Rafizi Ramli Penyokong Rafizi Ramli

18/03/2025

Mana keikhlasan Walaun PAS berjuang RUU355 pada bulan yg mulia ini?

Pssttt..atau perjuangan "Cukop Jumloh & Tabung Pitnoh" lagi penting?

🤭

18/03/2025

Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga kita terus menghayati makna Al-Quran sebagai panduan dalam kita menjalani kehidupan seharian.

Semoga kita dapat menghayati makna peristiwa Nuzul Quran, mengambil iktibar daripadanya, dan menerima keberkatan daripada-Nya.

18/03/2025
17/03/2025

TAWAN

Cara nak menang pilihanraya:

1. Mintak penyokong tegar pindah alamat mengundi, sebab nak tawan suatu negeri; dan
2. Mintak Ahli parti kahwin cari amoi dan aci untuk dijadikan isteri.

Bila politik ni diguna hanya sebab nak berkuasa, bukan untuk bina negara.

Takyah nak tunjuk pandai bekerja, atau polisi dan Inisiatif mana yang baik untuk semua.

Cukup dengan trick2 dangkal, selagi boleh menang.

Bila dah menang, RUU355 pun lupa. Marah bila ditanya. Judi naik s**a hati, Jana Wibawa dibuat jadi tabung parti.

Pembangkang paling lemah dalam sejarah, ternyata belum cukup layak untuk memerintah.

~LM~

https://www.facebook.com/share/p/1Fdwd8kaPC/

15/03/2025

Belah sana takut nak isytihar harta? Takut rakyat tahu berapa depa sakau masa zaman Covid?🤭

12/03/2025
12/03/2025

Hari ini, Dewan Rakyat meluluskan RUU CCUS (Pemerangkapan, Penyimpanan dan Penggunaan Karbon) yang membolehkan industri CCUS bermula di Malaysia.

Rang undang-undang ini penting dari pelbagai aspek.

Ia melengkapi agenda peralihan tenaga negara dan menjadi enjin ekonomi baru negara.

Ia dijangka menarik pelaburan berjumlah USD250 bilion sehingga 2050 dan mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan baru.

Lebih penting, ia akan memberi nafas baru kepada pembangunan industri di Pantai Timur, terutamanya di Kerteh.

Tanpa CCUS, Kerteh terpaksa berdepan dengan keadaan bila mana bekalan gas dan minyak dari luar pesisir pantai Terengganu semakin berkurang.

Ini formula kami untuk masa depan rakyat Terengganu.

𝗥𝗨𝗨 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻: 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗠 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 - 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pe...
04/03/2025

𝗥𝗨𝗨 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻: 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗠 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 - 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang akan dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, membuktikan langkah berani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membebaskan institusi Parlimen daripada cabang kuasa eksekutif.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, keputusan untuk mengasingkan kuasa Parlimen daripada pentadbiran Jabatan Perdana Menteri menunjukkan komitmen Anwar serta barisan Kabinet dalam melaksanakan agenda reformasi institusi selepas pemansuhan Akta Perkhidmatan Parlimen 1966 pada tahun 1992.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada PMX, Anwar serta Kabinet kerana berani 'melepaskan' Parlimen menjadi sebuah institusi yang bebas. Sejak pemansuhan akta ini pada tahun 1992, Perdana Menteri-Perdana Menteri selepas itu tidak mahu menyentuh isu kebebasan Parlimen kerana kuasa ini masih dalam genggaman mereka.

"Inilah kehebatan PMX. Beliau 'walk the talk', maknanya beliau bukan sahaja bercakap tentang kebebasan institusi Parlimen, malah merealisasikannya," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, semalam.

Johari turut menyifatkan usaha Anwar dalam melaksanakan undang-undang berkenaan sebagai sesuatu yang luar biasa kerana hanya mengambil tempoh lebih dua tahun selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut Johari, RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 akan menyumbang kepada pembangunan demokrasi negara dan menjadi satu sejarah sekiranya ia diluluskan.

"Saya rasa ini akan menyumbang kepada pembangunan demokrasi negara kita... ini adalah sistem pemisahan kuasa yang sepatutnya kita ikut dan ia juga akan menjadi satu peristiwa bersejarah dalam kehidupan kita, Insya-Allah," katanya.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bertujuan menubuhkan Perkhidmatan Parlimen sebagai suatu entiti yang berasingan daripada perkhidmatan awam. RUU ini telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 24 Feb lalu.

Selepas pemansuhan Akta Perkhidmatan Parlimen 1966, Parlimen diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan seorang menteri mengawasi atau menyelia pentadbiran institusi itu.

RUU ini membuka lembaran baharu dalam memperkukuh institusi Parlimen serta membuktikan komitmen Kerajaan MADANI terhadap reformasi institusi melalui pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Sementara itu, mengenai penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) dalam RUU berkenaan, Johari menjelaskan, jawatankuasa majlis itu akan diwakili oleh ahli kerajaan dan pembangkang bagi memastikan keputusan yang dicapai adalah hasil persetujuan bersama.

Beliau berkata, RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 turut menggariskan bahawa setiap keputusan MPP, sama ada dalam aspek pentadbiran atau kewangan, perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Agong masih mempunyai kuasa tertinggi dan boleh meminta MPP mengkaji semula keputusan yang dibuat. Ini bermakna keputusan MPP bukanlah mutlak tetapi tidak perlu dirujuk kepada Kabinet lagi," katanya. - BERNAMA

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/ruu-perkhidmatan-parlimen-bukti-keberanian-pm-anwar-bebaskan-parlimen-johari-510972%3famp=1

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Rafizi Ramli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share