POLTERA

Call Directions Website Contact the organization

POLTERA Official page for Persatuan Kebajikan Keluarga Bekas Polis dan Tentera (POLTERA).
(1)

A charity organization recognized by the Registrar of Society and established since 1995. Persatuan Kebajikan Keluarga Bekas Polis dan Tentera (POLTERA) adalah sebuah pertubuhan N.G.O yang telah diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri Malaysia pada 23 Februari 1995. Inisiatif penubuhannya adalah hasil cetusan idea dan usaha perjuangan Allahyarham Haji Rasol Yunus yang merupakan seorang pesara Polis yang juga anak kepada seorang bekas Tentera Rejimen Askar Melayu. Tujuan dan matlamat penubuhan adalah bagi memperjuangkan kepentingan dan hal ehwal kebajikan khususnya keluarga bekas Polis dan bekas Tentera dan golongan yang kurang bernasib baik amnya.

20/07/2026
Minggu berdukacita buat semua warga POLTERA apabila menerima perkhabaran duka pemergian 3 orang ahli yang telah pulang k...
20/07/2026

Minggu berdukacita buat semua warga POLTERA apabila menerima perkhabaran duka pemergian 3 orang ahli yang telah pulang ke rahmatullah secara berturut. Dan lebih memilukan, ketiga-tiga mereka meninggal dunia akibat kanser. 15 Julai 2026 = Ahli POLTERA, Allahyarhamah Salmi Manja binti Rasul (64 tahun), 16 Julai 2026 = Ahli POLTERA, Allahyarhamah Azma binti Mhd Zainol Abidin (43 tahun) dan 18 Julai 2026 = Timbalan Presiden POLTERA, Allahyarham Haji Shahrom bin Shamsuddin (78 tahun). Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga bersama para syuhada. AL-FATIHAH.

27/05/2026

POLTERA merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Abdul Ghani, Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri / Ahli Parlimen Titiwangsa di atas kesudian menyumbangkan lembu untuk diagih-agihkan kepada ahli keluarga POLTERA. Semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT.

Khamis 8 Januari 2026, Kuala Lumpur - Majlis Penyampaian Bantuan 'Back To School' POLTERA-YARA telah dilaksanakan dengan...
17/01/2026

Khamis 8 Januari 2026, Kuala Lumpur - Majlis Penyampaian Bantuan 'Back To School' POLTERA-YARA telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan Komuniti Taman Maluri, Kuala Lumpur. Seramai 50 orang pelajar anak-anak ahli POLTERA dari golongan B40 telah menerima bantuan tunai yang keseluruhannya berjumlah kira-kira RM 8,000 pada majlis ringkas ini. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Tn. Mohamad Jamarul Rasol yang merupakan Setiausaha Agong POLTERA.

Address

No. 24A, Jalan 4/23B, Taman Danau Kota, Setapak
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:30
14:30 - 17:00

Telephone

+60176742222

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLTERA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to POLTERA:

Shortcuts

Sponsored

Share