15/09/2026
Kopawe Lembah Pantai Bhd Menimba Ilmu di Seminar CEO Talk: Dari Idea ke Kejayaan "Insight Eksklusif Terus Dari CEO"
Program ini dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia IKMa Zon Tengah.
Seminar ini telah menghimpunkan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat daripada tokoh-tokoh korporat:
- CEO Co-opbank Pertama
- CEO Siti Khadijah Group
Sepanjang seminar, KOPAWE memperoleh pelbagai ilmu, idea baharu dan strategi praktikal yang boleh diaplikasikan dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan daya saing serta memastikan kelestarian perniagaan koperasi pada masa hadapan.
Insya-Allah, segala ilmu yang diperoleh akan dimanfaatkan demi memperkasakan KOPAWE LP Berhad dan memberikan nilai yang lebih besar kepada seluruh anggota serta komuniti.
Pusat Aktiviti Warga Emas - PAWE Lembah Pantai
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd - ANGKASA
Fahmi Fadzil