Persatuan Penduduk Kelompok Teratai PDRM Kuala Lumpur

Persatuan Penduduk Kelompok Teratai PDRM Kuala Lumpur Jiran Sepakat Membawa Berkat

29/06/2026
Alhamdulillah, pada 28 Jun 2026 (Ahad) telah berlangsung Program Memasak Bubur Asyura Peringkat Kelompok Teratai bermula...
29/06/2026

Alhamdulillah, pada 28 Jun 2026 (Ahad) telah berlangsung Program Memasak Bubur Asyura Peringkat Kelompok Teratai bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dengan penyertaan Ahli Jawatankuasa dan para penghuni Kelompok Teratai. Sebanyak 2 kawah telah dimasak iaitu 1 kawah asyura pantai timur & 1 kawah lagi asyura utara.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran SI Hj Che Nazari bin Omar, Pengerusi Kelompok Teratai merangkap Pengerusi PPRK PDRM Hulu Kelang serta Kpl Razma Bazlin, Setiausaha Agung PPRK PDRM Hulu Kelang.

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK, sukarelawan dan penghuni yang berganding bahu menjayakan program ini. Semoga semangat gotong-royong, silaturahim dan kebersamaan yang dipupuk melalui aktiviti ini terus berkekalan demi kesejahteraan komuniti Kelompok Teratai.

17/06/2026

"Semoga Tahun Baharu Hijrah 1448H membawa rahmat, kebahagiaan dan keberkatan buat seluruh warga PPRK PDRM Hulu Kelang."

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ 𝐀𝐑𝐖𝐀𝐇 & πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ππ„π‘π’π€π“π”π€π ππ„ππƒπ”πƒπ”πŠ πŠπ„π‹πŽπŒππŽπŠ π“π„π‘π€π“π€πˆ ππƒπ‘πŒ 𝐇𝐔𝐋𝐔 πŠπ„π‹π€ππ†πŸ—“οΈ 14 Mei 2026 (Kham...
15/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ 𝐀𝐑𝐖𝐀𝐇 & πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ„ππƒπ”πƒπ”πŠ πŠπ„π‹πŽπŒππŽπŠ π“π„π‘π€π“π€πˆ ππƒπ‘πŒ 𝐇𝐔𝐋𝐔 πŠπ„π‹π€ππ†

πŸ—“οΈ 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ 7.20 malam – selesai
πŸ“ Dewan Kelompok Teratai
πŸ‘₯ Kehadiran: Β±100 orang penduduk

Program dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti Bacaan Yasin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat bagi memohon keberkatan, keselamatan serta kesejahteraan seluruh penduduk Kelompok Teratai.

Majlis diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan secara potluck yang mengeratkan lagi silaturrahim sesama penduduk.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Diharapkan aktiviti kerohanian seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi keharmonian komuniti.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA TABIKA KEMAS TERATAIPada 10 April 2026 (Jumaat), telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya p...
11/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA TABIKA KEMAS TERATAI

Pada 10 April 2026 (Jumaat), telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Tabika KEMAS Teratai bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam dengan suasana yang meriah dan penuh kemesraan.

Majlis ini turut dihadiri oleh SI Hj Che Nazari bin Omar, Pengerusi Tadika KEMAS merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Kelompok Teratai PDRM Kuala Lumpur dan KPL Razma Bazlin, Setiausaha Agung PPRK.

Program ini berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Tabika dan ibu bapa di samping meraikan sambutan Aidilfitri dalam suasana harmoni.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Sekian, terima kasih.

Program Selawat Baraan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kelompok Teratai tahun 2025 Program telah berlangsung...
09/04/2026

Program Selawat Baraan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kelompok Teratai tahun 2025

Program telah berlangsung pada 9 April 2026 dari jam 8.00 malam hingga 11.30 malam dengan suasana meriah dan penuh ukhuwah.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Kelompok Teratai PDRM KL, SI Hj Che Nazari bin Omar serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para penghuni.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus dikekalkan 🀝

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Kelompok Teratai telah berjaya dilaksanakan pada 28 Februari 2026 (Sabtu) bertempat ...
28/02/2026

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Kelompok Teratai telah berjaya dilaksanakan pada 28 Februari 2026 (Sabtu) bertempat di Perkarangan Dewan Teratai bermula jam 6.30 petang hingga selesai.

Majlis ini telah dihadiri oleh para penghuni Kelompok Teratai. Turut hadir ialah Pengerusi Kelompok Teratai, SI Hj Che Nazari bin Omar serta tetamu jemputan SM Mazlan Sam bin Jamaludin, Timbalan Pengerusi PPRK Hulu Kelang.

Program dimulakan dengan tahlil ringkas dan bacaan doa, diikuti acara berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah serta solat Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah diimamkan oleh Kpl Zaidi bin Mohd Said (Biro Agama). Majlis diteruskan dengan jamuan moreh sebelum bersurai.

Program ini berlangsung dalam suasana harmoni, penuh ukhuwah dan semangat kejiranan. Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penghuni serta penyumbang yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis ini.

Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mengeratkan silaturahim dan perpaduan komuniti Kelompok Teratai.

GOTONG ROYONG MEMASAK DAGING GULAI KAWAH DAN BACAAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.Alhamdulillah prog...
18/02/2026

GOTONG ROYONG MEMASAK DAGING GULAI KAWAH DAN BACAAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

Alhamdulillah program telah diadakan pada 14 FEB 2026 (Sabtu) berjalan dengan lancar dan jayanya.

Terima kasih kepada semua warga Kelompok Teratai yang turut sama bersatu menjayakan program ini.

β€œJIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

πŸ“Œ LAPORAN | GOTONG-ROYONG PERDANAAlhamdulillah, Gotong-Royong Perdana anjuran MPPWP Sub Zon 4, surau-surau Sub Zon 4 dan...
07/02/2026

πŸ“Œ LAPORAN | GOTONG-ROYONG PERDANA

Alhamdulillah, Gotong-Royong Perdana anjuran MPPWP Sub Zon 4, surau-surau Sub Zon 4 dan Persatuan Penduduk telah berlangsung dengan jayanya pada:
πŸ—“ 7 Februari 2026 (Sabtu)
πŸ“ Kelompok Teratai

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua penghuni yang hadir dan memberikan kerjasama. Komitmen padu daripada warga Teratai amat membantu dalam memastikan kawasan perumahan kita sentiasa bersih, ceria dan selamat πŸ’ͺ✨

Semoga semangat kebersamaan ini dapat diteruskan demi kesejahteraan komuniti kita bersama.

β€œBersama Menjayakan Gotong-Royong, Ke Arah Persekitaran Bersih & Harmoni”

Address

Kelompok Teratai PDRM, Jalan 5/56 Au3
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Kelompok Teratai PDRM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share