Yayasan Orang Buta Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Yayasan Orang Buta Malaysia A strong community where blind and partially sighted people have equal access and opportunities.
(1)

What We Do:
•We connect families to knowledge and support
•We guide the usage of assistive technology tools
•We design and offer courses to educate
professionals in the field
•We provide skills and vocational training program
for the blind and partially sighted people
•We help create awareness of the rights of the
disabled people, such as provided in the act of
OKU 2008

27/08/2026

KURSUS ICT ANJURAN YOBM
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta Kursus ICT: “Pengaksesan Internet dengan Pembaca Skrin” yang telah menyertai kursus anjuran Yayasan Orang Buta Malaysia selama 2 hari baru-baru ini.

Komitmen, semangat dan kesungguhan para peserta golongan OKU Penglihatan sepanjang kursus amat kami hargai. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membantu meningkatkan keyakinan dan keupayaan untuk mengakses dunia digital dengan lebih mudah, dan selamat.

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M"Muhammad Cahaya Kebenaran, Menyinari Hati Menyatu Ummah" Kehadiran Baginda Nabi Muham...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M

"Muhammad Cahaya Kebenaran, Menyinari Hati Menyatu Ummah"

Kehadiran Baginda Nabi Muhammad SAW adalah anugerah terbesar buat seluruh alam—membawa cahaya petunjuk yang menerangi sanubari tanpa mengira penglihatan zahir. Walau mata tidak dapat menatap indah alam ini, hati yang disinari kasih dan sunnah Rasulullah SAW akan sentiasa membimbing langkah kita di jalan yang diredai.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat, meneladani akhlak mulia Baginda, serta memperkasakan sikap saling membantu dan mengasihi sesama insan.

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad.

Ikhlas Dari Barisan Ahli Pemegang Amanah & Kakitangan Yayasan Orang Buta Malaysia
Teruskan menyokong usaha kami dengan menyalurkan sumbangan terus ke :-
Nama Akaun : Yayasan Orang Buta Malaysia
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun : 142-100-1000-5674
Tel : 03-2276 6616
Emel : [email protected]
Website : www.yobm.org.my
facebook : https://www.facebook.com/YayasanOrangButaMalaysia
TikTok : www.tiktok.com/.official

KURSUS ICT ANJURAN YOBMSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta Kursus ICT: “Pengaksesan...
11/08/2026

KURSUS ICT ANJURAN YOBM

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta Kursus ICT: “Pengaksesan Internet dengan Pembaca Skrin” yang telah menyertai kursus anjuran Yayasan Orang Buta Malaysia selama 2 hari baru-baru ini.

Komitmen, semangat dan kesungguhan para peserta golongan OKU Penglihatan sepanjang kursus amat kami hargai. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membantu meningkatkan keyakinan dan keupayaan untuk mengakses dunia digital dengan lebih mudah, selamat dan berdikari.

Terima kasih kerana bersama YOBM dalam usaha membina komuniti OKU Penglihatan yang celik teknologi dan berdaya saing.

Ikhlas Dari Barisan Ahli Pemegang Amanah & Kakitangan Yayasan Orang Buta Malaysia
Teruskan menyokong usaha kami dengan menyalurkan sumbangan terus ke :-
Nama Akaun : Yayasan Orang Buta Malaysia
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun : 142-100-1000-5674
Tel : 03-2276 6616
Emel : [email protected]
Website : www.yobm.org.my
facebook : https://www.facebook.com/YayasanOrangButaMalaysia
TikTok : www.tiktok.com/.official

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Seow Ta Wee dari UTHM atas kesudian meluangk...
09/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Seow Ta Wee dari UTHM atas kesudian meluangkan masa dalam sesi perbincangan strategik bersama Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM).

Perbincangan ini berfokus kepada usaha mengenal pasti dan merangka program TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang inklusif serta bersesuaian dengan keperluan golongan OKU Penglihatan.

Langkah ini amat bermakna dalam membuka lebih banyak peluang kemahiran, meningkatkan kebolehpasaran, dan memperkasakan kemandirian komuniti OKU Penglihatan di Malaysia. Semoga kerjasama pintar ini membuahkan hasil yang berimpak tinggi buat semua.

Ikhlas Dari Barisan Ahli Pemegang Amanah & Kakitangan Yayasan Orang Buta Malaysia
Teruskan menyokong usaha kami dengan menyalurkan sumbangan terus ke :-
Nama Akaun : Yayasan Orang Buta Malaysia
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun : 142-100-1000-5674
Tel : 03-2276 6616
Emel : [email protected]
Website : www.yobm.org.my
facebook : https://www.facebook.com/YayasanOrangButaMalaysia
TikTok : www.tiktok.com/.official

Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima KasihAlhamdulillah, pihak Yayasan Orang Buta Malaysia ingin merakamkan setinggi-tin...
30/07/2026

Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima Kasih

Alhamdulillah, pihak Yayasan Orang Buta Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Jabatan Oftalmologi, Hospital Shah Alam atas jemputan khas bagi menyampaikan perkongsian berkenaan "Pengurusan Pesakit Serta Ahli Keluarga Penglihatan Terhad".

Sesi ini menjadi medan penting untuk membincangkan pendekatan terbaik, sokongan emosi, serta kemahiran praktikal yang diperlukan oleh pesakit dan ahli keluarga dalam mendepani cabaran penglihatan terhad (low vision). Sokongan dan pemahaman daripada persekitaran terdekat amat bermakna dalam membina semula keyakinan diri.

Terima kasih sekali lagi kepada warga Jabatan Oftalmologi Hospital Shah Alam atas ruang kerjasama dan keprihatinan yang ditunjukkan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat mendalam dan membantu memudahkan urusan mereka yang memerlukan.

Ikhlas Dari Barisan Ahli Pemegang Amanah & Kakitangan Yayasan Orang Buta Malaysia
Teruskan menyokong usaha kami dengan menyalurkan sumbangan terus ke :-
Nama Akaun : Yayasan Orang Buta Malaysia
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun : 142-100-1000-5674
Tel : 03-2276 6616
Emel : [email protected]
Website : www.yobm.org.my
facebook : https://www.facebook.com/YayasanOrangButaMalaysia
TikTok : www.tiktok.com/.official

20/07/2026
AGIHAN BUKU TEMATIK BRAILLE KANAK-KANAKBaru-baru ini Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) telah melaksanakan program agiha...
10/07/2026

AGIHAN BUKU TEMATIK BRAILLE KANAK-KANAK

Baru-baru ini Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) telah melaksanakan program agihan Buku Tematik Braille Kanak-Kanak yang menyasarkan sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.

Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan murid-murid berkeperluan khas penglihatan mendapat akses kepada bahan bacaan yang berkualiti demi menyokong proses pembelajaran mereka.

Kejayaan program ini adalah hasil sumbangan ikhlas daripada rakan-rakan korporat dan juga orang awam yang prihatin. Pihak YOBM merakamkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan dana yang telah disalurkan. Sokongan anda adalah nadi penggerak usaha kami.

Ikhlas Dari Barisan Ahli Pemegang Amanah & Kakitangan Yayasan Orang Buta Malaysia
Teruskan menyokong usaha kami dengan menyalurkan sumbangan terus ke :-
Nama Akaun : Yayasan Orang Buta Malaysia
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun : 142-100-1000-5674
Tel : 03-2276 6616
Emel : [email protected]
Website : www.yobm.org.my
facebook : https://www.facebook.com/YayasanOrangButaMalaysia
TikTok : www.tiktok.com/.official

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Signature MarketKami di YOBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima...
03/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Signature Market

Kami di YOBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Signature Market atas kesudian berkunjung ke pejabat YOBM serta menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi menyokong pembangunan Program Kamus Braille.

Sokongan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa akses kepada maklumat dan pendidikan yang lebih inklusif buat komuniti OKU penglihatan. Kami amat menghargai kepercayaan dan keprihatinan Signature Market dalam merealisasikan inisiatif yang memberi impak kepada masyarakat.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha kolaborasi demi membina masa depan yang lebih inklusif untuk semua.

Terima kasih, atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kamus ini. Semoga usaha murni ini memberi manfaat yang berpanjangan kepada generasi muda.

Ikhlas Dari Barisan Ahli Pemegang Amanah & Kakitangan Yayasan Orang Buta Malaysia
Teruskan menyokong usaha kami dengan menyalurkan sumbangan terus ke :-
Nama Akaun : Yayasan Orang Buta Malaysia
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun : 142-100-1000-5674
Tel : 03-2276 6616
Emel : [email protected]
Website : www.yobm.org.my
facebook : https://www.facebook.com/YayasanOrangButaMalaysia
TikTok : www.tiktok.com/.official

BRAILLE CODE WORKSHOPTerima kasih dengan Kerjasama antara AIESEC dan YOBM dalam mengendalikan Braille Code Workshop di k...
02/07/2026

BRAILLE CODE WORKSHOP

Terima kasih dengan Kerjasama antara AIESEC dan YOBM dalam mengendalikan Braille Code Workshop di kampus Sunway University pada 30 Jun yang lalu.

Melalui bengkel ini, para peserta bukan sahaja belajar asas membaca dan menulis kod Braille, malah dapat menyelami sendiri realiti dan perspektif rakan-rakan komuniti cacat penglihatan. Pengalaman hands-on ini benar-benar membuka mata orang ramai tentang kepentingan membina masyarakat yang inklusif dan peka.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dengan semangat yang luar biasa untuk menimba ilmu penulisan Braille

Semoga ilmu yang ditimba dapat diaplikasikan untuk mencipta impak sosial yang lebih besar. Sampai jumpa lagi di program akan datang

Ikhlas Dari Barisan Ahli Pemegang Amanah & Kakitangan Yayasan Orang Buta Malaysia
Teruskan menyokong usaha kami dengan menyalurkan sumbangan terus ke :-
Nama Akaun : Yayasan Orang Buta Malaysia
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun : 142-100-1000-5674
Tel : 03-2276 6616
Emel : [email protected]
Website : www.yobm.org.my
facebook : https://www.facebook.com/YayasanOrangButaMalaysia
TikTok : www.tiktok.com/.official

Penyerahan KAMUS TEMATIK di Sekolah sekitar Pantai Timur.Alhamdulillah, 10naskah lagi KAMUS TEMATIK BERGAMBAR BRAILLE Ka...
23/06/2026

Penyerahan KAMUS TEMATIK di Sekolah sekitar Pantai Timur.

Alhamdulillah, 10naskah lagi KAMUS TEMATIK BERGAMBAR BRAILLE Kanak-Kanak berjaya diagihkan kepada murid-murid di SKPK KELANTAN.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kamus ini. Semoga usaha murni ini memberi manfaat yang berpanjangan kepada generasi muda.

Ikhlas Dari Barisan Ahli Pemegang Amanah & Kakitangan Yayasan Orang Buta Malaysia
Teruskan menyokong usaha kami dengan menyalurkan sumbangan terus ke :-
Nama Akaun : Yayasan Orang Buta Malaysia
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun : 142-100-1000-5674
Tel : 03-2276 6616
Emel : [email protected]
Website : www.yobm.org.my
facebook : https://www.facebook.com/YayasanOrangButaMalaysia
TikTok : www.tiktok.com/.official

Address

No 58A, Jalan Padang Belia Off Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
Kuala Lumpur
50470

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60322766616

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Orang Buta Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Orang Buta Malaysia:

Shortcuts

Sponsored

Share