11/12/2025
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-45
Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA)
Pada 9 Disember 2025, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-45 PEMBAWA telah berlangsung dengan jayanya di Grand Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Masita binti Mat Isa, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Majlis turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Siti Salwa Salleh (Ketua Penyelidik UiTM), Mr. William Lee (Pengasas Easybook), Mr. Deva Anand (Pengurus Kanan Perniagaan RedBus), barisan pengurusan kanan APAD, rakan-rakan persatuan bas ekspres , rakan industri OTA, pembekal chasis, serta pengeluar dan pembina badan bas.
PEMBAWA merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan terus menyokong penganjuran majlis ini. Semoga kerjasama yang terjalin akan terus kukuh demi kemajuan industri bas ekspres di Malaysia.