26/05/2026
Serahan haiwan terutama kucing ke Galeri Animal Malaysia ramai bertanya prosedur dan caj serahan. Serahan tidak percuma dan kadar caj serahan secara reservation masih tidak berubah sejak dari 6 tahun dulu.
Syarat serahan boleh dilihat di foto dalam post ini. Bila orang ramai tanya kenapa kena caj. Jawabnya mudah. Tiada yang percuma di dunia ini. Apatah lagi melibatkan kos operasi seperti sewa tempst, bil elektrik, air, sabun, plastik sampah, makanan haiwan, pasir kucing, perubatan haiwan, gaji kakitangan.
Sekali pon serahan adalah RM250.00 seekor. Jika tempat ini menerima 10 ekor serahan sebulan, kutipan serahan yang diperoleh baru hanya RM2,500.00. Masih jauh dengan kos sewa tempat yang melebihi RM5,000.00 dalam Kuala Lumpur. Belom kos-kos lain yang disenaraikan seperti makanan dan pasir yang tentunya ribuan ringgit sebulan. Boleh fikir sendiri.
Jadi jika nak serahkan tanggungjawab menguruskan haiwan anda ke Galeri Animal Malaysia pastikan ada tanggungjawab menyediakan duit serahan supaya anda tidak menjadi orang yang hanya mahu menikmati tapi tidak menyumbang. Menerima serahan bukan satu nikmat. Tapi satu kos yang panjang.
Lagi p**a ada yang memberi sumbangan dua tiga ribu sepanjang hidup naun menggunakan Galeri Animal Malaysia dengan menghumban kucing berpuluh ekor tanpa rasa bersalah. Ini namanya bukan menyumbang tapi menunggang. Galeri Animal Malaysia dengan tegas tidak berkompromi dengan orang yang dicium mengambil kesempatan.
Tempat ini dibuka kepada orang ramai untuk melawat secara walk in tanpa perlu appointment lawatan setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang kecuali hari Ahad dengan bayaran masuk RM10.00 seorang. Jadi datang dan lihat sendiri keadaan di sini berbanding dengar cakap orang berkepentingan yang kecewa tidak dilayan mengikut kehendak mereka lalu marah. Galeri Animal Malaysia mengalu-alukan masyarakat berakal untuk bersama dan menolak masyarakat beremosi dan tidak mampu berfikir dengan akal sendiri. Sila maklum.