26/06/2026
B.E.L.A.S PawFest 2026 Perkasa Kesedaran Kebajikan Haiwan dan Nilai Kemanusiaan di kalangan mahasiswa universiti.
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Prof. Madya Arie Dwi Andika hadir sebagai panel jemputan ke Program B.E.L.A.S PawFest: Purr Together 2026 telah berlangsung di Padang Kawad Universiti Sains Malaysia pada 21 Jun 2026.
Program anjuran Sekretariat B.E.L.A.S (Believe, Empathy, Love, Affection, Salvation) ini telah dirasmikan oleh Dr. Ainul Mohsein Abdul Mohsin selaku penasihat Sekretariat B.E.L.A.S (USM) dengan matlamat memperkasa kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan melalui pendekatan yang lebih holistik, di samping menyemarakkan nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial yang berterusan dalam kalangan peserta.
Antara pengisian utama yang mendapat sambutan menggalakkan daripada lebih 200 orang peserta ialah PawFest Fun Run, Cat Exhibition serta Forum Small Paws, Big Impact yang menampilkan panel jemputan selain daripada Persatuan Haiwan Malaysia iaitu wakil Murtadha Dakwah Centre, Sungai Petani (MADAD), yang membincangkan isu kebajikan haiwan, pemilikan haiwan yang bertanggungjawab serta peranan masyarakat dalam membantu haiwan terbiar secara lebih efektif dan berterusan.