Usahanita- Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Usahanita- Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia JOM BERSAMA USAHANITA MALAYSIA

PERJUANGAN TANPA SEMPADAN,
KASIH SAYANG TANPA BATASAN. DARI WANITA UNTUK WANITA ASPIRASI USAHANITA:
1.

SEJARAH & ASPIRASI
Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia ( USAHANITA ) telah ditubuhkan pada tahun 1984 ,
Presiden Pertama(1) Allahyaramah YBhg Datin Hajjah Salmah. Ke-2: Puan Norazizah bt Borhan,
Ke-3: YBhg Datin Hajjah Che Mah bt Haji Hadi
Ke- 4: YBhg Datin Hajjah Maizon bt Hj A.Rahman,
Ke-5: YBhg Dato Hajjah Rokiah bt Hj Omar,
Ke-6: YBhg Dato Hajjah Faridah bt A. Jabbar
Ke-7: Puan Rosliza Ariffin
Ke-8: Hjh Norizah Mohd Noh Ke-9 dan Terkini - Hjh Halimaton Omar. Ahli Majlis Tertinggi yang mengketuai USAHANITA Kebangsaan, Pengerusi Negeri mengketuai Negeri2 serta Ketua Daerah mengketuai Daerah2 yang dianggotai oleh seluruh Usahawan Wanita Bumiputra yang aktif dalam pelbagai bidang perniagaan yang berdaftar. Setakat ini ahli berdaftar yang berada di seluruh Malaysia di dalam pelbagai bidang. Antaranya Kontraktor, Pembuatan, Pengimport, Franchise, Teknologi Maklumat, Perkhidmatan, Perunding, Pemborong, Pertanian, Pembekal, Pengedar, Jualan Langsung, Produk Makanan Masak dan Kraftangan dari Negeri Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah & Sarawak di bawah naungan setiap Daerah,Caw NegeriΒ² dan Kebangsaan. USAHANITA telah menganjurkan berbagai seminar perniagaan, sesi perbincangan serta misi perniagaan di dalam dan di luar negara. Disamping mengejar peluang-peluang perniagaan, USAHANITA turut menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial.Menyumbang kongsi rezeki atas keperhatian dan sumbangan serta membantu kpd AhliΒ²,keluarga dan komuniti. Diperingkat antarabangsa, USAHANITA juga berinteraksi, networking dengan setiap Persatuan Wanita bagi setiap Negara2 sambil berniaga ke Negara UK, US, China, Indonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Saudi Arabia,Cambodia,Africa,Australia dan lain2. USAHANITA juga diberi kepercayaan oleh semua Pihak Kementerian2 & Agensi2, Institusi-institusi dan lain-lain untuk bersama-sama menjayakan dan meningkatkan eknomi negara. Bagi dalam negeri USAHANITA terus menganjurkan pelbagai keilmuaan,rakan kongsi bagi meningkatkan Ahli keperingkat lebih maju. Penganugerahaan turut ditampilkan bagi menaikkan semangat dan pengiftaraan kepada Ahli yang berjaya. Berusaha melahirkan dan membantu usahawan wanita yang baru dan sedia ada sebagai pelapis kepada kepimpinan pada masa hadapan agar lebih ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing.

2. Berusaha menaikan taraf kemahiran ahli dan memperbanyakkan lagi program latihan, forum, seminar, jati diri dan berbagai bagai lagi

3. Mewujudkan dan memperluaskan rangkaian usahawan wanita serta menjadi pusat rujukan dan sokongan.

4. Memberi pendedahan di dalam bidang ekonomi kepada usahawan wanita terutamanya dalam sektor sektor strategic.

5. Meningkatkan bilangan ahli usahawan wanita terutama dari segi kualiti dan kuantiti serta menyatukan tenaga kepintaran yang sedia ada.

19/10/2026
DIALOG D’4 SANDakan FM πŸ‡²πŸ‡Ύ PASCA BELANJAWAN 2027 πŸ‡²πŸ‡ΎApa erti β€œMenggapai di Langit, Mengakar di Bumi” buat usahawan?Ikuti p...
16/10/2026

DIALOG D’4 SANDakan FM

πŸ‡²πŸ‡Ύ PASCA BELANJAWAN 2027 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Apa erti β€œMenggapai di Langit, Mengakar di Bumi” buat usahawan?

Ikuti perkongsian menarik bersama Puan Noraini Sulong, Pengerusi Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA) Cawangan Negeri Sabah, dalam membincangkan harapan, peluang dan cabaran yang menanti para usahawan pasca Belanjawan 2027.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan inspirasi dan membuka perspektif baharu kepada usahawan untuk terus melangkah maju, membina perniagaan yang mampan serta kekal berpijak pada realiti dan keperluan masyarakat.

πŸ—“οΈ Isnin, 19 Oktober 2026
⏰ 4.00 petang – 4.30 petang
πŸ“» Sandakan FM

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perbincangan ini!






14/10/2026
USAHAWAN WANITA, JOM BERSUARA!Isu usahawan kecil yang tersepit antara persaingan harga dan caj platform digital perlu di...
13/10/2026

USAHAWAN WANITA, JOM BERSUARA!

Isu usahawan kecil yang tersepit antara persaingan harga dan caj platform digital perlu diberi perhatian.

Kita bukan minta dimanjakan, kita cuma mahukan padang perniagaan yang sama rata. πŸ’ͺ
Teruskan berniaga dengan bijak, tingkatkan nilai produk dan sokong sesama usahawan. Bersama-sama kita kuatkan ekonomi usahawan wanita! πŸ’œ

Assalamualaikum and hello DIALOGUEANNOUNCEMENTS OUR ESTEEMED SPEAKERS Celebrating Women Leaders Who Shape the Future!We ...
12/10/2026

Assalamualaikum and hello

DIALOGUE
ANNOUNCEMENTS OUR ESTEEMED SPEAKERS
Celebrating Women Leaders Who Shape the Future!

We are honored to welcome our panel of Speakers for Dialogue Session
Dr (h.c) Hartini Osman
Datin Dr. Norlaili Hj Alias (Ph.D)
Assoc Prof Dr Mohamed Mursyid Arshad
Datin Samantha Chee
Datin Nik Faridah Salleh
Saliza Abdullah
Syahirah Hani Mohamed Ali

At the Annual Women Economic Forum (WEF) and G100 Global Meet 2026!

πŸ’‘Be Inspired By Them in Dialogue Session: The New Leadership Paradigm Care, Collaboration and Conscious Capitalism
πŸ“…14 October 2026
πŸ•°οΈ16:10 - 16:30
πŸ“Kampo Hall
(International Youth Centre (IYC) Cheras, Kuala Lumpur)

Join us as we explore how women leaders can leverage cultural heritage, values and innovation to create meaningful economic impact and drive sustainable growth.

Women Economic Forum (WEF) G100: Mission Million Dr. Harbeen Arora Rai

𝑼𝑺𝑨𝑯𝑨𝑡𝑰𝑻𝑨 𝑯𝑨𝑫𝑰𝑹 π‘ͺ𝑬𝑹𝑨𝑴𝑨𝑯 𝑲𝑬𝑺𝑰𝑯𝑨𝑻𝑨𝑡 𝑴𝑬𝑡𝑻𝑨𝑳 𝑨𝑡𝑱𝑼𝑹𝑨𝑡 𝑩𝑨𝑲𝑻𝑰Pada 17 September 2026 (Khamis), wakil Persatuan Usahawan Wanita B...
17/09/2026

𝑼𝑺𝑨𝑯𝑨𝑡𝑰𝑻𝑨 𝑯𝑨𝑫𝑰𝑹 π‘ͺ𝑬𝑹𝑨𝑴𝑨𝑯 𝑲𝑬𝑺𝑰𝑯𝑨𝑻𝑨𝑡 𝑴𝑬𝑡𝑻𝑨𝑳 𝑨𝑡𝑱𝑼𝑹𝑨𝑡 𝑩𝑨𝑲𝑻𝑰

Pada 17 September 2026 (Khamis), wakil Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA) telah berkesempatan menghadiri Ceramah Kesihatan Mental anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) yang berlangsung di Bilik Latihan 1, Aras 2, Bangunan BAKTI Siti Hasmah (BBSH).

Ceramah bertajuk β€œBahagia Bermula dengan Jiwa dan Mental yang Sihat serta Penjagaan Kesihatan Mental dalam Kehidupan Seharian” telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Aida Harlina binti Abdul Razak, Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Cyberjaya.

Program ini memberikan pendedahan yang sangat bermanfaat mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental dalam kehidupan seharian, termasuk bagaimana kesihatan mental berkait rapat dengan cara kita berfikir, mengurus emosi, membuat keputusan serta menjalani kehidupan bersama keluarga dan masyarakat.

USAHANITA telah diwakili oleh 7 orang wakil, iaitu YDP 1 Dato’ Hjh Faridah Jabbar; Pen. Setiausaha Agung, Pn Azeanna Mat Isa; AMT, Pn Haslinda Halim; Pengerusi Negeri Kedah, Pn Patimah Sulai; Pengerusi Wilayah Persekutuan, Cik Noranizah Che Ee; serta Exco Wilayah Persekutuan, Pn Norazlina Ahmad dan Pn Noraini Ibrahim.

USAHANITA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada BAKTI atas jemputan serta penganjuran program yang penuh bermakna ini. Perkongsian seperti ini amat penting khususnya kepada golongan wanita yang memainkan pelbagai peranan sebagai pemimpin, usahawan, ibu, isteri dan anggota masyarakat.

Kesihatan mental bukan sekadar isu individu, malah merupakan sebahagian daripada asas membentuk wanita yang lebih berdaya tahan, keluarga yang harmoni dan masyarakat yang sejahtera.

Semoga jalinan dan hubungan baik bersama BAKTI dapat diteruskan melalui lebih banyak program serta kolaborasi yang memberi manfaat kepada wanita dan masyarakat pada masa akan datang.

"Perjuangan tanpa Sempadan, Kasih Sayang tanpa Batasan, Dari Wanita untuk Wanita."

10/09/2026
Tahniah atas penganjuran. Syabas!
10/09/2026

Tahniah atas penganjuran. Syabas!

10/09/2026

Tahniah Puan Zalina Napiah. πŸ‘πŸ‘

Address

JT 2A-9-08 3 TOWER, MENARA 3, Jalan AMPANG
Kuala Lumpur
50450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Usahanita- Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Usahanita- Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia:

Shortcuts

Sponsored

Share