Presma

Call Directions Website Contact the organization

Presma Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Presma, Non-Governmental Organization (NGO), PERSATUAN PENGUSAHA RESTORAN MUSLIM MALAYSIA ( Malaysian Muslim Restaurant Owners Association ) (1839/94-WP) Wisma Presma, No. 1-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Off Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia merupakan persatuan yang diujudkan demi menyatukan para pengusaha Restoran Muslim di Malaysia disamping bersama membina perniagaan yang lebih teguh dan maju .

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Hamsha bin Injau, Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lump...
25/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Hamsha bin Injau, Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.S.P.M.)

Penganugerahan ini adalah sempena Hari Ulang Tahun Rasmi Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi untuk terus berbakti kepada negara. Tahniah sekali lagi!

Ikhlas daripada,
Presiden & Barisan Exco
PERSATUAN PENGUSAHA RESTORAN MUSLIM MALAYSIA (PRESMA)

.S.P.M

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Basri bin Othman, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, atas pengurniaa...
25/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Basri bin Othman, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.S.P.M.) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan ini adalah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Ikhlas daripada Presiden, Barisan Exco, serta seluruh warga kerja Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

Semoga YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kecemerlangan, dan kejayaan berterusan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab.

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, mari...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta meneladani akhlak baginda dalam setiap aspek kehidupan seharian dan urusan profesional kita.

Ikhlas daripada:
Barisan Presiden & EXCO serta seluruh warga Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dato' Haji Abdul Hamid bin P.V Abdu di atas pencapaian gemilang merangkul anugerah M...
24/08/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dato' Haji Abdul Hamid bin P.V Abdu di atas pencapaian gemilang merangkul anugerah Minnal FM 2026 Unsung Hero Award.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi serta kepimpinan yang berjiwa besar dalam membawa pelbagai impak positif. Kami di pihak PRESMA berbangga dengan kejayaan ini!

"Jasamu dikenang, pencapaianmu di inspirasi."

Ikhlas daripada Presiden & Barisan Exco,
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

๐Ÿ“ธ KUNJUNGAN HORMAT PRESMA KE ATAS DATUK BANDAR SEBERANG PERAISesi libat urus strategik bersama Datuk Bandar Seberang Per...
19/08/2026

๐Ÿ“ธ KUNJUNGAN HORMAT PRESMA KE ATAS DATUK BANDAR SEBERANG PERAI

Sesi libat urus strategik bersama Datuk Bandar Seberang Perai di Menara MBSP bagi memperkukuh kerjasama serta membincangkan isu-isu penting industri restoran dan perniagaan makanan.

๐Ÿ“Œ Fokus Utama Perbincangan:

1๏ธโƒฃ Sistem Penyelenggaraan Grease Trap: Penekanan terhadap kepentingan operasi premis 24 jam dan kaedah penyelenggaraan sisa yang lebih efektif.

2๏ธโƒฃ Kuota Pekerja 70/30 & Lesen: Pematuhan dasar, pemerkasaan tenaga kerja tempatan, serta ketegasan terhadap isu pajakan lesen (Ali Baba).

3๏ธโƒฃ Rayuan Bertimbang Rasa: Memohon pendekatan amaran awal dan ruang penambahbaikan daripada PBT sebelum sebarang tindakan kompaun atau saman dikeluarkan.

4๏ธโƒฃ Kemudahan Penginapan Pekerja: Permohonan pemudahan urusan birokrasi (facilitation) bermula 1 September ini.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Bandar serta barisan kepimpinan MBSP atas kesudian menerima kehadiran delegasi PRESMA.

Semoga kolaborasi ini terus memacu kesejahteraan industri! ๐Ÿค

RestoranMalaysia

Laporan Rasmi Kunjungan Hormat PRESMA ke Atas Datuk Bandar Seberang PeraiMaklumat Program Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu) Ma...
19/08/2026

Laporan Rasmi Kunjungan Hormat PRESMA ke Atas Datuk Bandar Seberang Perai

Maklumat Program

Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Pejabat Datuk Bandar, Tingkat 15, Menara MBSP

Kehadiran Wakil PRESMA:

1. YBhg. Datuk Presiden (Dato Mosin)
2. Tn. Jaha
3. Dato' Hj. Abdul Aziz
4. Tn. Shaik Shamir
5. Tn. Mohammed (Ahli PRESMA)

Ringkasan Isu dan Maklum Balas Mesyuarat
1. Isu Penyelenggaraan Perangkap Minyak (Grease Trap)

Isu Pengusaha: YBhg. Datuk Presiden membangkitkan kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha restoran dalam memastikan sisa minyak diproses dengan sempurna, terutamanya bagi premis yang beroperasi selama 24 jam.

Keterangan lanjut mengenai cabaran operasi ini turut disampaikan oleh Dato' Hj. Abdul Aziz.
Pandangan Industri: Encik Hairol menyuarakan pandangan berkaitan aspek teknikal dan praktikal pelaksanaan penyelenggaraan grease trap di peringkat operasi premis.

Syor / Nasihat Datuk Bandar: Pihak PBT mengesyorkan agar penyelenggaraan berkala dilakukan secara berdisiplin. Tahap sisa di dalam perangkap minyak mesti dipastikan tidak melimpah sehingga menyentuh penutup atas atau menyumbat saluran paip keluar (outflow pipe).

2. Isu Kuota Pekerja Tempatan (70/30) & Penguatkuasaan Lesen

Dasar Kuota: Nisbah kuota pekerja tempatan berbanding pekerja asing (70/30) terpakai secara rasmi bagi premis restoran, kedai runcit, serta premis di bawah seliaan Majlis.

Penguatkuasaan: Pihak Majlis menegaskan bahawa undang-undang dan akta sedia ada akan terus dikuatkuasakan dengan tegas bagi memastikan lesen perniagaan tidak disalah guna atau dipajak kepada pihak ketiga (amalan Ali Baba).

3. Pertimbangan Tindakan Saman Terhadap Pengusaha

Rayuan PRESMA: YBhg. Datuk Presiden memohon pertimbangan khusus daripada pihak Datuk Bandar agar tindakan saman tidak dikenakan secara terus kepada pengusaha premis.

Penanda Aras: YBhg. Datuk Presiden turut berkongsi pendekatan serta kaedah amalan terbaik yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai rujukan, serta memohon jasa baik Datuk Bandar untuk memberi ruang penambahbaikan atau amaran terlebih dahulu sebelum sebarang kompaun dikeluarkan.

4. Permohonan Perakuan Penginapan Pekerja
Permohonan:

YBhg. Datuk Presiden memohon agar pihak Majlis dapat memudah cara (facilitate) proses permohonan perakuan penginapan pekerja bermula 1 September bagi mengurangkan beban birokrasi dan melancarkan urusan operasi para pengusaha.

KENYATAAN RASMI / LAPORAN AKTIVITIKUALA LUMPUR, 14 Ogos 2026 โ€” Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mer...
14/08/2026

KENYATAAN RASMI / LAPORAN AKTIVITI

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2026 โ€” Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) merakamkan ucapan tahniah kepada kumpulan pengurusan Q Bistro atas kejayaan merangkul Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk 8 cawangan serentak.

Majlis penyerahan rasmi sijil pengesahan halal tersebut telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Q Bistro TTDI, dihadiri oleh barisan kepimpinan persatuan, pihak pengurusan restoran, serta wakil daripada pihak berkuasa.

Kejayaan ini membuktikan komitmen tinggi pihak pengurusan dalam memastikan aspek kualiti, kebersihan, dan pematuhan syariah sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap hidangan yang disajikan kepada para pelanggan.

Galakan dan Seruan Kepada Ahli PRESMA
Bersempena dengan pencapaian membanggakan ini, pihak kepimpinan PRESMA sekali lagi menggalakkan dan menyeru kepada seluruh ahli dan pengusaha restoran mamak serta restoran Muslim di seluruh negara agar segera mendapatkan Sijil Pengesahan Halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

PRESMA menegaskan bahawa pemilikan sijil halal bukan sahaja satu bentuk pematuhan kepada undang-undang dan piawaian negara, malah ia merupakan elemen penting untuk:

Meningkatkan Keyakinan Pengguna: Memberikan jaminan penuh kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia mengenai status kehalalan dan kebersihan makanan yang disediakan.

Monopoli Pasaran Lebih Luas: Menarik kehadiran pelancong asing serta pelanggan dari pelbagai latar belakang tanpa sebarang keraguan.

Memperkukuh Reputasi Industri: Menaikkan imej perniagaan restoran Muslim agar terus berdaya saing dan profesional pada peringkat yang lebih tinggi.

PRESMA sentiasa bersedia untuk membantu dan membimbing ahli-ahli yang berdepan dengan sebarang cabaran atau memerlukan khidmat nasihat berkaitan proses permohonan sijil halal bersama pihak berkuasa.

Semoga kejayaan Q Bistro ini menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai pengusaha lain untuk melangkah ke hadapan.

Laporan Unit Media dan Penerangan PRESMA

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—˜๐—ซ๐—–๐—ข ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿด (๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿณ)12082026 | Wisma PresmaPRESMA telah mengadakan Mesyuarat Bulanan EXCO Sesi...
12/08/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—˜๐—ซ๐—–๐—ข ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿด (๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿณ)

12082026 | Wisma Presma

PRESMA telah mengadakan Mesyuarat Bulanan EXCO Sesi 2025/2028 (Bil. 7) sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memastikan kelancaran pentadbiran, perancangan serta pelaksanaan agenda persatuan.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan perkembangan semasa, menilai pelaksanaan program serta merangka perancangan dan strategi bagi memperkukuhkan peranan PRESMA dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan para ahli.

Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat diterjemahkan melalui tindakan yang berkesan serta memberikan manfaat kepada seluruh warga PRESMA.

Bersama memperkukuh organisasi, memperkasa ahli dan membina masa depan yang lebih baik.

๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐— ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐— ๐—” berbesar hati menerima kunjungan pihak ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—ข dalam satu sesi perbincangan be...
11/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐— ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—ข

๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐— ๐—” berbesar hati menerima kunjungan pihak ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—ข dalam satu sesi perbincangan bersama bagi meneroka peluang kerjasama serta tawaran ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—ข ๐—•๐—œ๐—ญ๐—ข๐—ก๐—˜.

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, memahami tawaran yang disediakan serta mengenal pasti potensi manfaat dan nilai tambah kepada para ahli PRESMA, khususnya dalam menyokong perkembangan serta keperluan perniagaan.

PRESMA sentiasa mengalu-alukan peluang kerjasama strategik bersama pihak industri dalam usaha memperluaskan jaringan, membuka lebih banyak peluang kepada ahli serta memberikan manfaat yang berterusan kepada komuniti perniagaan.

Membina jaringan. Membuka peluang. Memperkasa komuniti perniagaan.

๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐— ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ข & ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐— ๐—” berbesar hati menerima kunjungan pihak ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€...
11/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐— ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ข & ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐— ๐—” berbesar hati menerima kunjungan pihak ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น (๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ข) dan ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ bagi sesi perbincangan mengenai ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ผ๐—น (๐—ข๐——๐—ฃ) ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ป (๐—ข๐—•๐—•).

Sesi ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama dalam menyediakan ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ด๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐——๐—ฃ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—•๐—•.

๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐— ๐—” komited untuk terus memainkan peranan dalam membina jaringan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan pihak berkepentingan, khususnya dalam membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta membina masa depan yang lebih baik untuk mereka yang sedang melalui proses pemulihan dan reintegrasi ke dalam masyarakat.

Kerjasama strategik, peluang kedua, masa depan yang lebih bermakna.

Address

PERSATUAN PENGUSAHA RESTORAN MUSLIM MALAYSIA ( Malaysian Muslim Restaurant Owners Association ) (1839/94-WP) Wisma Presma, No. 1-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Off Jalan Sentul
Kuala Lumpur
51000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60340448786

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Presma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Presma:

Shortcuts

Sponsored

Share