Kita BTR

Kita BTR �Page Rasmi Anak muda

Officially and proudly from Bandar Tun Razak!

26/05/2026
Asalamualaikum | 大家好 | வணக்கம்Pergi ke kedai membeli santan,Santan di letak di atas peti,Silap dan salah minta dimaafkan...
21/03/2026

Asalamualaikum | 大家好 | வணக்கம்

Pergi ke kedai membeli santan,
Santan di letak di atas peti,
Silap dan salah minta dimaafkan,
Jangan disimpan di dalam hati

✨Kami dari KITA BTR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.🙏🏼❤️✨

Andai ada salah silap, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Semoga saudara dan saudari gembira beraya di samping keluarga dan sahabat tercinta ✨🌙

Terima Kasih

KitaBTR | 21 Mac 2026

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்🌙✨ Marhaban Ya Ramadan ✨🌙Ramadan hadir sebagai bulan penuh keberkatan, keampunan dan rahmat...
18/02/2026

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்

🌙✨ Marhaban Ya Ramadan ✨🌙

Ramadan hadir sebagai bulan penuh keberkatan, keampunan dan rahmat. Inilah bulan untuk kita memperlahankan langkah, membersihkan hati serta mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah, doa dan amal kebajikan.

Bagi para belia, Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ruang terbaik untuk membina iman dan taqwa, memperkukuh disiplin diri serta memperbaiki akhlak dan keperibadian. Jadikan bulan mulia ini sebagai titik perubahan yakni untik menjadi insan yang lebih baik daripada semalam, lebih kuat dari segi rohani dan lebih peka terhadap masyarakat sekeliling.

✨ Semoga Ramadan ini membentuk kita menjadi belia yang berprinsip, berempati dan berdaya tahan, selari dengan nilai kesederhanaan, ihsan dan kebersamaan.

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak.
Semoga setiap amalan diterima dan diberkati.

🧧🐎 Selamat Tahun Baru Cina 2026 🐎🧧Kita BTR mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai kepa...
17/02/2026

🧧🐎 Selamat Tahun Baru Cina 2026 🐎🧧

Kita BTR mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai kepada semua yang meraikannya.

Semoga Tahun Kuda ini membawa semangat baharu, langkah yang lebih berani, kesihatan yang baik serta rezeki yang berpanjangan buat kita semua. ✨

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்✨Borak Santai Majlis Belia Malaysia x KITA BTR✨Sesi borak santai bersama Majlis Belia Malay...
12/02/2026

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்

✨Borak Santai Majlis Belia Malaysia x KITA BTR✨

Sesi borak santai bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili oleh saudara dan saudari dan Kita BTR telah diadakan bagi membuka ruang perbincangan yang bermakna tentang suara belia, cabaran semasa, dan peranan anak muda sebagai penggerak masa depan komuniti.

Bukan sekadar sembang kosong, tapi perkongsian idea, pandangan dan aspirasi demi belia yang berdaya, berani dan bersatu. 💬🔥

InshaAllah, Program kolaborasi bersama MBM dan Kita BTR akan menemui belia BTR dalam masa yang terdekat! Nantikan!!!

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்🤝🎤 YSD SEPAKAT x KITA BTR: Borak Belia ’26Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diuc...
04/02/2026

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்

🤝🎤 YSD SEPAKAT x KITA BTR: Borak Belia ’26

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kerana sudi menyempurnakan program Borak Belia ’26, yang turut diiringi oleh Datuk Azman, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

Program ini menegaskan betapa pentingnya peranan belia sebagai penggerak nadi negara, lebih-lebih lagi dalam arus masa kini yang dipacu oleh perubahan teknologi, ekonomi digital dan cabaran sosial yang semakin kompleks. Belia bukan sekadar pelapis, tetapi rakan strategik dalam membentuk masa depan Malaysia yang progresif dan inklusif.

Rakaman penghargaan turut ditujukan kepada Excelerate kerana membawa perkongsian yang sangat bermakna dan membuka perspektif baharu kepada belia tentang pembangunan kendiri, kemahiran dan peluang masa depan. Tidak dilupakan juga Deng daripada Christy Ng atas sesi Borak Belia yang santai, jujur dan penuh inspirasi yang benar-benar dekat dengan realiti anak muda hari ini.

✨ Semoga Borak Belia menjadi titik mula kepada lebih banyak ruang dialog, idea dan kolaborasi demi memperkasa belia Bandar Tun Razak.

MalaysiaMADANI

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்🙏✨ Selamat Menyambut Hari Thaipusam📅 31 Januari 2026Kami mengucapkan selamat menyambut Hari...
31/01/2026

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்

🙏✨ Selamat Menyambut Hari Thaipusam
📅 31 Januari 2026

Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh masyarakat yang meraikannya. Semoga perayaan ini menjadi simbol kekuatan semangat, kesabaran dan keazaman dalam menghadapi cabaran kehidupan.

💛 Dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan, marilah kita terus memupuk nilai saling menghormati, kebersamaan dan keharmonian demi komuniti yang lebih bersatu dan sejahtera.

Ikhlas daripada kami, KITA BTR!

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்🤝✨ YSD SEPAKAT x KITA BTR🎤 Borak Belia ’26 | Dari Komuniti Kepada BeliaYSD SEPAKAT tampil s...
29/01/2026

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்

🤝✨ YSD SEPAKAT x KITA BTR
🎤 Borak Belia ’26 | Dari Komuniti Kepada Belia

YSD SEPAKAT tampil sebagai ruang kebersamaan komuniti dan belia untuk berborak, berkongsi idea serta membina solusi demi masa depan Bandar Tun Razak yang lebih progresif dan inklusif.

📅 31 Januari 2026 (Sabtu)
⏰ 2.30 petang – 8.20 malam
📍 Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak

🔊 Pengisian program:
• Pendaftaran & ucapan perasmian
• Sesi Borak Belia bersama panel jemputan
• Aktiviti interaktif & cabutan bertuah 🎁
• Persembahan buskers 🎶

✨ Sebuah kolaborasi Yayasan Sime Darby (YSD) dan KITA BTR, menyemarakkan semangat Belia Sepakat, Komuniti Kuat selari aspirasi Malaysia MADANI.

✊ Jom hadir, dengar dan bersuara. Ini ruang kita.

MalaysiaMADANI

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்🥳 Selamat Tahun Baru 2026 🎉Kita BTR ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua ...
01/01/2026

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்

🥳 Selamat Tahun Baru 2026 🎉

Kita BTR ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua warga Bandar Tun Razak.

Semoga tahun 2026 membawa sinar baharu, kekuatan dan harapan kepada kita semua. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada seluruh komuniti Bandar Tun Razak yakni para belia, warga sekolah, pihak Pejabat Parlimen, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), DBKL, pertubuhan NGO, sektor swasta, rakan-rakan kolaborasi serta semua individu yang sentiasa bersama menyumbang tenaga, idea dan sokongan.

Tanpa mengira latar belakang, kepercayaan dan peranan, kebersamaan inilah yang menjadi kekuatan utama BTR. Ayuh kita melangkah ke tahun 2026 dengan semangat perpaduan, saling menyokong dan komitmen untuk membina Bandar Tun Razak yang lebih inklusif, progresif dan sejahtera untuk semua.

#2026

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்📚 🏫 Suara Youthizen edisi Bandar Tun RazakSepanjang November, Kita BTR telah berkolaborasi ...
30/12/2025

Asalamualaikum | 你好 | வணக்கம்

📚 🏫 Suara Youthizen edisi Bandar Tun Razak

Sepanjang November, Kita BTR telah berkolaborasi bersama Ajar Demokrasi untuk membawakan program Suara Youthizen di 2 buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Program ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan asas berkenaan demokrasi kepada semua pelajar sekolah.
Alhamdulillah, Suara Youthizen telah dijalankan di 2 sekolah iaitu SMK Taman Mulia dan SMK BTS dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada kedua dua buah sekolah.

Besarlah harapan agar program seperti ini disertai oleh leboh ramai anak muda yang berani dan komited dalam memperlajari serta memperjuangkan nilai Demokrasi!

Address

Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kita BTR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share