Diari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS

Diari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Diari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS, Non-Governmental Organization (NGO), Kuala Lumpur.

PERGINYA SEORANG PEJUANG PENDIDIKAN GPMS Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Allahyarham Tuan Haji Man Harun, Setiausaha A...
31/01/2025

PERGINYA SEORANG PEJUANG PENDIDIKAN GPMS

Innalillahi wa inna ilahi rojiun.

Allahyarham Tuan Haji Man Harun, Setiausaha Agung GPMS (1959 - 1960) telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 31 Januari 2025 bersamaan 1 Syabaan 1446H, pada jam 6.10 petang.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah, menerima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya di sisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia, dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin.

‎الفَاتِحَة

Salam Takziah buat Kekanda Shahrizal bin Man Harun (Mantan Bendahari Agung GPMS) sekeluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan Allah. DaripadaNya kita hidup dan kepadaNya kita kembali.

Full video on YouTube : SEJARAH PERJUANGAN GPMS

TAHNIAH!MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDUL SAFAR |  EXCO MAJLIS BELIA MALAYSIA 2024/2026"BELAJAR TERUS BELAJAR"    ・・・Assalamuala...
11/01/2025

TAHNIAH!
MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDUL SAFAR |

EXCO MAJLIS BELIA MALAYSIA 2024/2026

"BELAJAR TERUS BELAJAR"




・・・
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Amirul Safar atas kejayaan cemerlang dipilih sebagai EXCO Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi penggal 2024 hingga 2026.

Ini adalah pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kepimpinan, dedikasi, dan visi saudara dalam memajukan belia di Malaysia. Kami yakin dengan kemampuan saudara untuk membawa suara dan aspirasi belia ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan pembangunan belia yang inklusif dan progresif.

Semoga amanah ini dilaksanakan dengan penuh integriti dan semangat juang, serta memberi manfaat besar kepada masyarakat. Teruskan memberi inspirasi kepada generasi muda!

Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya!

Ikhlas,
Pengerusi dan Seluruh Ahli Jawatankuasa GPMS Negeri Pulau Pinang

MOHAMED KHAIRUL AZMAN BIN ABDUL AZIZ | AZMAN AZEEZ CALON TIMBALAN PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA ❎1️⃣
10/01/2025

MOHAMED KHAIRUL AZMAN BIN ABDUL AZIZ | AZMAN AZEEZ

CALON TIMBALAN PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA
❎1️⃣

MOHAMED KHAIRUL AZMAN BIN ABDUL AZIZ | AZMAN AZEEZ CALON TIMBALAN PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA ❎1️⃣  ・・・Saya percaya b...
10/01/2025

MOHAMED KHAIRUL AZMAN BIN ABDUL AZIZ | AZMAN AZEEZ

CALON TIMBALAN PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA
❎1️⃣

・・・
Saya percaya belia adalah aset berharga negara. Fokus utama saya ialah melahirkan pemimpin pelapis berdaya tahan, memperkasakan TVET, dan menjadikan MBM platform membimbing dan memperkasa belia agar lebih berdaya saing menghadapi cabaran global.

Saya memohon sokongan anda semua untuk merealisasikan visi ini. Bersama, kita mampu membentuk belia Malaysia yang cemerlang dan menjadi ejen perubahan.

Innalillahiwainnailaihirojiun‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Semoga Allahyarhamah Nor Ain binti Azmee ditempa...
21/12/2024

Innalillahiwainnailaihirojiun
‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Semoga Allahyarhamah Nor Ain binti Azmee ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Kepada Sdr. Mohd Faizal Zulkifly, semoga terus kuat dan tabah.
•••
SUMBER FB: Mohd Faizal Zulkifly

Innalillahiwainnailaihirojiun
‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Isteri saya yang tercinta, Aen Azmee telah pulang ke pangkuan Maha Pencipta. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.10pm, 21 Disember 2024.

Berakhirlah sudah perjuangan isteri saya melawan penyakit kanser paru² selama 3 tahun setengah.

Saya redha dengan ketentuan-Nya. Semoga Allah mengampuni segala dosa² Allahyarhamah isteri saya dan mengurniakan syurga atas kesabarannya menempuh ujian Allah selama ini.

Bagi pihak Allahyarhamah Nor Ain binti Azmee, saya mohon ampun dan maaf dari semua yang mengenalinya andai ada salah silap, terlanjur kata mahupun perbuatan sepanjang hayatnya. Halalkan makan dan minumnya.

Sekiranya Allahyarhamah ada berhutang dengan sesiapa, atau ada pertolongan yang dijanjikan tapi tidak sempat dipenuhi ketika hayatnya, mohon hubungi saya.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Jeddah. Semoga perjalanan terakhir Allahyarhamah dipermudahkan.

  ・・・Setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Shamir Abdul Aziz Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia diatas penerimaan Da...
02/08/2024


・・・
Setinggi-tinggi tahniah kepada

Dato’ Shamir Abdul Aziz Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia diatas penerimaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Yang Ke-75 TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak.


02/08/2024
   ・・・Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Jibran Khalil Sindamadar Pengarah Akedemi Boria , Mantan Exco GPMS Nege...
02/08/2024


・・・
Setinggi-tinggi tahniah kepada

YBhg. Dato’ Jibran Khalil Sindamadar Pengarah Akedemi Boria , Mantan Exco GPMS Negeri Pulau Pinang diatas penerimaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Yang Ke-75 TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak.


   ・・・Setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Azdy bin Mohd Arshad Mantan Ketua Penerangan GPMS Negeri Pulau Pinang diatas ...
02/08/2024


・・・
Setinggi-tinggi tahniah kepada

Encik Azdy bin Mohd Arshad Mantan Ketua Penerangan GPMS Negeri Pulau Pinang diatas penerimaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Yang Ke-75 TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak.


   with Hari ini 51 tahun yang lalu, Tun Dr. Ismail meninggal dunia.Beliau lahir pada 4 November 1915 di Johor Bahru, an...
02/08/2024

with
Hari ini 51 tahun yang lalu, Tun Dr. Ismail meninggal dunia.

Beliau lahir pada 4 November 1915 di Johor Bahru, anak kepada Datuk Abdul Rahman Mohamed Yasin, Speaker Dewan Negara pertama & pemimpin Orang Tujuh Muar yang mendesak Sultan Johor menarik balik sokongan terhadap penubuhan Malayan Union.

Tun Dr. Ismail menyertai politik pada 1951 & dilantik menjadi Naib Presiden UMNO. Beliau adalah antara ahli rombongan perwakilan Persekutuan Tanah Melayu ke London yang berunding dengan British untuk menetapkan syarat kemerdekaan negara.

Selepas merdeka, Tun Dr. Ismail dilantik sebagai duta pertama negara ke PBB & AS (1957-1959). Sekembalinya ke tanah air, beliau dilantik sebagai Menteri Luar hingga 1960 sebelum menjadi Menteri Dalam Negeri, mengepalai ISA ketika tempoh darurat.

Menjadi orang pertama dianugerah gelaran ‘Tun’ pada 1966, beliau bersara pada 1967 kerana masalah kesihatan jantung, namun dipanggil semula ekoran peristiwa 13 Mei 1969 untuk menjadi Timbalan Pengarah MAGERAN & sekali lagi sebagai Menteri Dalam Negeri.

Pada 1970, beliau dilantik menjadi Timbalan PM apabila Tun Abdul Razak naik menggantikan Tunku Abdul Rahman. Tak lama kemudian, Tun Dr. Ismail mendapati dirinya menghidap kanser leher & digesa keluarga untuk bersara. Namun beliau enggan.

Sekitar Julai 1973, beliau mengalami siri serangan jantung, lantas merancang untuk meletak jawatan selepas Tun Razak pulang dari Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel di Ottawa, Kanada ketika memangku kerusi PM semasa ketiadaan Tun Razak.

Pada 2 Ogos itu, beliau merasmikan Sambutan Jubli Perak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Kemudian beliau ke Hospital Lady Templer, Cheras untuk menziarahi isterinya sebelum pulang ke rumah. Malam itu, beliau mengalami serangan jantung kronik.

Doktor tiba & cuba menyedarkan beliau selama 5 jam, namun akhirnya Tun Dr. Ismail disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam. Negarawan itu disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara - menjadi yang pertama dikebumikan di situ.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, The Patriots Asia

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60122283750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share