10/10/2026
Hujan Datang 9 Oktober, Jerebu Pergi, Tapi Masalah Pokok Kekal
Kalau benar ada syarikat Malaysia terlibat dalam kebakaran yang menghasilkan jerebu dari Indonesia, bukankah BN dan PN sepatutnya mahu siasat secara terbuka?
Setiap minggu, negeri berbeza merampas gelaran paling tercemar, mengikut ke mana jerebu bergerak. Dan nampaknya penyelesaian tidak datang daripada ahli politik, mahupun undang-undang.
Penyelamat kita ialah cuaca. MetMalaysia menjangka fasa peralihan monsun bermula 9 Oktober, membawa hujan lebat, kilat dan angin kencang terutama waktu petang dan awal malam.
Hujan akan bersihkan udara. Tapi siapa yang akan bersihkan sistem yang membiarkan jerebu berulang setiap tahun?
Sebahagian daripada: Melaka Undi Lepas Deepavali, PN & Mae Seremban Bergantung Pada Mahkamah, LCS RM11 Bilion Masih Tiada Kapal, Gadis Muda Terbunuh Di Yong Peng & Kuantan | KUASA LIVE Minggu 4-10 Oktober 2026