Jawatankuasa Bertindak Kump Kakitangan Pem Tadbir - P/O / Kew Malaysia

Jawatankuasa Bertindak Kump Kakitangan Pem Tadbir - P/O / Kew Malaysia KERTAS CADANGAN PENINGKATAN & PELUANG KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN PEMBANTU TADBIR (P/O) DAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN MALAYSIA DATO' SRI HJ. MOHD.

KAMI PERLUKAN SOKONGAN KAWAN2 SEMUA....

JKBKKPT/
Saluran tertentu

Ketua Penyelaras
Jawatankuasa Bertindak Kump**an Kakitangan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)/ Kewangan Malaysia

JKBKKPT/812/101 (2)

Januari 2014

Y.A.B. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
625

02 PUTRAJAYA

Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA

Tuan,
KERTAS CADANGAN PENINGKATAN DAN PELUANG KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN PEMBANTU TADBIR (P/O)/ KEWANGAN KUMPULAN PELAKSANA BAGI LULUSAN KPSL/STPM DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA/ IJAZAH SARJANA

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Bertindak Kump**an Kakitangan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)/ Kewangan Malaysia telah bersetuju untuk memberi usul supaya pihak JPA/ Kerajaan membuat kajian dan dasar untuk kenaikan gred bagi Pembantu Tadbir (P/O)/ Kewangan yang lulus KPSL/memiliki kelayakan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Master yang diiktiraf supaya diberi kenaikan pangkat yang sewajarnya dapat dilakukan sepertimana kenaikan pangkat oleh badan-badan lain. Kenaikan ini perlu bagi merealisasikan negara berpendapatan tinggi dan kesesuaian dari semasa ke semasa.

3. Bersama-sama ini disertakan Kertas kerja berkaitan untuk rujukan dan makluman pihak tuan selanjutnya. Saya berharap permohonan dan kajian selanjutnya dapat dilakukan dan memberi keadilan sosial kepada penjawat awam yang lain. Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian,

Yang Benar,


………………………………………………………
(ROSLAILI @ ROSLI BIN YUSOF @ ABDU GHANI)
Ketua Penyelaras
Jawatankuasa Bertindak Kump**an Kakitangan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)/ Kewangan Malaysia

DRAFT

KERTAS CADANGAN PENINGKATAN DAN PELUANG KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN PEMBANTU TADBIR (P/O)/ KEWANGAN KUMPULAN PELAKSANA BAGI LULUSAN KPSL/STPM/ DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA/ IJAZAH SARJANA/
KETUA PENYELARAS JAWATANKUASA BERTINDAK KUMPULAN KAKITANGAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)/ KEWANGAN MALAYSIA
DAN
MAJLIS PERUNDINGAN DAN PEMUAFAKATAN KAKITANGAN KERAJAAN DI KALANGAN PEMBANTU TADBIR MALAYSIA

LATAR BELAKANG
Pengurusan Perkhidmatan dan Pentadbiran dalam sektor Kerajaan begitu mencabar pada masa kini demi memenuhi hasrat kepimpinan negara bagi mencapai sebuah negara maju sehingga tahun 2020. Pelbagai pendekatan dan kaedah digarapkan supaya penyampaian sektor perkhidmatan Awam memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat secara keseluruhannya. Begitulah yang berlaku selaras dengan perkembangan profesion perkeranian. Ia bukanlah satu ilmu yang static malah pelbagai kemahiran dan maklumat pengurusan dari tugas yang kecil kini menjadi lebih besar. Kepelbagaian maklumat dan teknolgi pejabat perlu diketahui secara asas oleh golongan Pembantu Tadbir (P/O)/ Kewangan bagi membentuk personaliti unggul melalui pendekatan usaha yang berterusan demi meningkatkan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas pentadbiran secara amnya. TUJUAN
Perkembangan profesion Pembantu Tadbir (P/O)/ Kewangan pada masa kini perlu dilihat lebih dinamik ekoran daripada perubahan dan kehendak semasa, skop tugas yang luas dan kompleks dalam menanggani perubahan –perubahan yang pantas dan drastik dalam pengurusan pejabat. Disamping itu, kepentingan perkhidmatan Kerajaan turut diambilkira bagi mengukuhkan serta memantapkan tadbir urus dan penggubalan dasar-dasar yang berkaitan. Kertas kerja ini adalah satu usaha meningkatkan dan memberi laluan kerjaya kepada sebilangan besar golongan Pembantu Tadbir supaya pihak Kerajaan dapat membuat satu kajian dari segi tangga gaji permulaan seperti kelayakan masuk, tempoh perkhidmatan dan menaiktaraf kepada gred yang lebih tinggi bagi yang mempunyai kelayakan lulus KPSL/Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan. Peningkatan kenaikan gred bagi kump**an sokongan gred N17/ Pelaksana amatlah perlu bagi memberi galakan dan motivasi bekerja agar mereka ini dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Selain itu beberapa pelaksanaan Kerajaan telah berjaya dilakukan seperti perkhidmatan bagi perkhidmatan Guru, JKPTG, Polis, Setiausaha pejabat, Juruteknik dan sebagainya yang telah berjaya meningkatkan laluan kerjaya mereka setelah memperolehi/memiliki lulus KPSL/ Diploma/Ijazah dengan kenaikan pangkat tanpa menghadapi kesukaran seperti yang dialamai oleh Pembantu Tadbir masa kini. ISU MASA KINI
Pekerjaaan sebagai Pembantu Tadbir (PT) (Perkeranian/ operasi)/ Kewangan yang semakin kompleks dan mencabar memerlukan pengetahuan dan sikap yang terbaik dalam pentadbiran Kerajaan. PT boleh dianggap tulang belakang dalam pentadbiran Kerajaan yang dipandang sepi. Banyak pihak atasan dalam pengurusan Kerajaan yang mendapat nama hasil sesuatu kerja adalah golongan PT seperti mereka yang melaksanakan kerja sehingga jayanya. Selain itu beberapa jawatan lain sentiasa dipantau dan diberi perhatian. Persoalannya kenapa begitu sukarnya untuk memberi kenaikan pangkat kepada golongan seperti mereka sedangkan kelayakan yang ada sudah memadai untuk mereka diberi peluang?. Mengapakah perlu ada dikriminasi “Constructive Discrimination” sebilangan peringkat ini. Adakah mereka golongan peringkat bawahan maka boleh dibuat sebarangan? Adakah pihak yang berkepentingan menganggap mereka tidak penting? Atau sudah ada jawapan yang relevan dengan mereka bagi merasionalisasikan kesukaran menaiktaraf mereka. Sepertimana yang dketahui bagi setiap kenaikan pangkat bagi pegawai yang sedang berkhidmat mereka seharusnya akan diwajibkan menghadiri peperiksaan yang telah dikelolai oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan sekiranya lulus peperiksaan maka mereka perlu juga menghadiri temuduga bersaing sama dengan calon luar yang masih belum berkhidmat dengan Kerajaan. Sedangkan hakikatnya ada yang telah pun memperolehi Ijazah semasa sedang berkhidmat dengan menyambung pengajian. Tiada kelebihan langsung pada orang yang sedang berkhidmat malah senario pengambilan kakitangan baru yang menjawat jawatan yang tinggi diberi keutamaan atas faktor ketiadaan pekerjaan. Namun hakikatnya moral mereka untuk meningkatkan tahap dan laluan kerjaya begitu sempit sekali. Begitu juga berlaku apabila kakitangan yang berkhidmat perlu menduduki peperiksaan KPSL dan setelah lulus perlu p**a menghadiri temuduga yang kadang-kadang soalan bodoh-bodoh pun ditanya oleh Penemuduga. Seolah-olah sekatan (blocking) yang sangat tinggi. Kesukaran sebegini membelenggu mereka. Sekiranya perkara ini tidak diatasi kesukaran apakah membelit pihak yang berkepentingan. Selain itu perkara berikut merupakan nada yang sering dikeluarkan dari mulut-mulut mereka yang merasa terpanggil untuk diberi pengiktirafan terhadap jasa mereka. Antaranya ialah seperti berikut:

1. Pinjaman Pelajaran PTPTN perlu dibayar
2. Peningkatan kos hidup semakin meningkat,
3. bantuan kepada keluarga, ibu bapa telah kurang/ jarang-jarang
4. Kerajaan mendiskriminasi kelayakan.
5. Sektor swasta bayar mengikut kelayakan,
6. kerajaan perlu menjadi contoh yang baik
7. Retorik semata-mata/ gula-gula untuk golongan bawahan.
8. Kami tidak akan menyokong peraturan yang berat sebelah.
9. motivasi kami down, rasa diperbodohkan
10. Sistem perhambaan secara moden.
11. Sekiranya tidak menanggani secara berhemah maka pihak seperti ini akan menentang secara diam melalui Silent Protes,
12. Akan membawa masalah dan virus yang sukar dikesan kenapa mereka bertindak sembrono dan tidak lagi berdisplin.
13. Pada masa kini kenaikan pangkat golongan gred 41 ke atas diberi keutamaan dan dipandang sangat perlu dan bersesuaian kepada mereka tetapi lupa kepada goolongan peringkat Perkeranian dibawahnya. IMPLIKASI KEWANGAN. Tidak dinafikan bahawa ekoran daripada kajian semula menaik taraf skim perkhidmatan Pembantu Tadbir akan melibatkan penyemakan gred gaji permulaan dan gred kenaikan pangkat. Ini akan menyebabkan Kerajaan Malaysia menanggung sedikit pertambahan peruntukan kewangan berikutan dengan anjakan gred tersebut. Walaupun sedemikian kekosongan jawatan bagi mana-mana tempat di Kementerian/Jabatan boleh diisi oleh kenaikan pangkat golongan Pembantu Tadbir ini yang sudah menunjukkan kompetensi yang baik berbanding pelantikan baru yang memerlukan latihan dan sebagainya. Di atas sifat-sifat keadilan dan layanan kesamarataan, setelah skim-skim perkhidmatan yang lain sudah menikmati kenaikan gred gaji dan gred kenaikan pangkat, maka seharusnya semakan semula skim perkhidmatan Pembantu Tadbir dibuat atas prinsip yang sama “The same Principle”. CADANGAN/ ASAS PERTIMBANGAN
Semua kump**an Pembantu Tadbir (Perekeranian/Operasi)/ Kewangan seluruh Malaysia seharusnya diberi peluang untuk mendapatkan kenaikan pangkat/ gred diberi secara lebih adil dan saksama bagi memastikan keadilan sosial berlaku dengan baik terutama dalam sektor Perkhidmatan Awam. Dianggarkan kump**an Pembantu Tadbir yang lulus KPSL/ memiliki Diploma/Ijazah atau Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan sekitar sebanyak 24,000 orang. Golongan ini menanti-nanti untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya. Bilakah mereka perlu lagi menunggu? SYOR
Dicadangkan supaya Pembantu Tadbir (Perkeranian/ operasi)/ Kewangan diberi dan dinaiktaraf mengikut kelayakan akademik yang bersesuaian. Pengiktirafan yang sewajarnya daripada Kerajaan akan dapat menaikkan dan meningkatkan prestasi kerja dan moral mereka yang sentiasa taat setia, serta telah berkhidmat dengan patuh kepada kerajaan.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Bertindak Kump Kakitangan Pem Tadbir - P/O / Kew Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share