Pertubuhan Amal & Dakwah Anak Istimewa

Pertubuhan Amal & Dakwah Anak Istimewa NGO dakwah yang memfokus komuniti OKU Pembelajaran seperti autisme, ADHD, Asperger.
(1)

Mewujudkan hub sistem sokongan serta mengusahakan akses pendidikan kerohanian kepada golongan sasar

Jommmm 😍😍
20/08/2026

Jommmm 😍😍

05/08/2026

Sekitar lawatan tapak oleh Jawatankuasa bagi majlis perasmian Pusat Autisme MAIWP....

Pihak pusat belum memulakan apa-apa pengambilan atau pendaftaran. Kerja-kerja perancangan program sedang giat diusahakan,

📌 WELCOME JOSHIE TO SURAU AR RAYYAN !🤍Alhamdulillah, we are truly happy and honoured to welcome Joshie, his family & tea...
04/08/2026

📌 WELCOME JOSHIE TO SURAU AR RAYYAN !🤍

Alhamdulillah, we are truly happy and honoured to welcome Joshie, his family & team to Surau Ar Rayyan! 💙

A beautiful visit filled with love, acceptance, inclusion and meaningful connections with our community.

May today be a beautiful reminder that everyone deserves a place where they feel welcomed, valued and loved. 🤍

Let’s continue spreading LOVE, AWARENESS & ACCEPTANCE together! 🫶🏻✨

Welcome to our community, Joshie!
Here, everyone belongs. 🤍

📍 Surau Ar Rayyan
Autism & OKU-Friendly Surau

Data JKM sehingga 30 Jun 2026... Insan autistik di Malaysia
31/07/2026

Data JKM sehingga 30 Jun 2026... Insan autistik di Malaysia

Ayuh daftar... insyaallah ada banyak info yang bermanfaat
30/07/2026

Ayuh daftar... insyaallah ada banyak info yang bermanfaat

JEMPUTAN KE PROGRAM PERKAHWINAN ANAK ISTIMEWAAdakah anda ibu bapa atau penjaga kepada anak istimewa dan pernah tertanya-...
30/07/2026

JEMPUTAN KE PROGRAM PERKAHWINAN ANAK ISTIMEWA

Adakah anda ibu bapa atau penjaga kepada anak istimewa dan pernah tertanya-tanya tentang masa depan mereka, termasuk soal perkahwinan?

Surau Ar Rayyan ingin mengajak anda semua untuk menyertai program khas bagi menambah ilmu, mendapatkan panduan serta membuka perspektif tentang kehidupan berkeluarga buat anak-anak istimewa😍

🩵 Perkahwinan Anak Istimewa
“Memahami, Mempersiap & Menyokong Menuju Kehidupan Berkeluarga yang Bermakna.”

🗓️ Tarikh: 13 September 2026 (Ahad)
🕙 Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: Surau Ar Rayyan, Taman Bullion Mewah

✨ Antara yang akan dikongsikan:

* Adakah anak istimewa boleh berkahwin?
* Persediaan ibu bapa dan anak.
* Peranan waris dalam menyokong kehidupan berkeluarga.
* Panduan serta perspektif Islam berkaitan perkahwinan anak istimewa.

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster.
https://forms.gle/K5pgCr5B5zNMzJX88

Anjuran Bersama:

🤝 PANDAI
( Pertubuhan Dakwah Anak Istimewa)
• Pusat Autisme MAIWP

ALHAMDULILLAH, KHABAR GEMBIRA UNTUK KOMUNITI KITA! 🧡Dengan penuh rasa syukur, kami ingin memaklumkan bahawa Larian Kesed...
20/05/2026

ALHAMDULILLAH, KHABAR GEMBIRA UNTUK KOMUNITI KITA! 🧡

Dengan penuh rasa syukur, kami ingin memaklumkan bahawa Larian Kesedaran Autisme 2026 anjuran Pertubuhan Amal & Dakwah Anak Istimewa (PANDAI) dengan kerjasama JAKIM, DBKL, JAWI, PKPU & Pusat Sukan USIM telah berjaya mendapat pengiktirafan bagi markah PAJSK.

Makluman pengiktirafan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat kelulusan bertarikh 19 Mei 2026.

Program ini telah dilaksanakan pada:

📅 Tarikh Program: 19 April 2026
📍 Lokasi: Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
🏅 Kategori Pengiktirafan: Pelibatan II Peringkat Kebangsaan

Bagi kami, ini bukan sekadar satu pengiktirafan rasmi. Ini adalah satu bukti bahawa usaha kecil yang dibuat bersama-sama, apabila digerakkan dengan niat yang besar, mampu memberi impak kepada anak-anak, sekolah, keluarga dan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada:

🧡 Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya BSKK
🧡 semua sekolah, guru, ibu bapa dan murid
🧡 para peserta, sukarelawan, penaja dan rakan kolaborasi
🧡 seluruh komuniti yang telah menyokong Larian Kesedaran Autisme 2026

Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan usaha menyemai kesedaran, meraikan kepelbagaian, dan membuka ruang yang lebih inklusif untuk anak-anak autisme.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus memperkukuh gerakan kesedaran autisme di Malaysia.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!
Kejayaan ini milik kita bersama. 🧡

Nantikan acara seterusnya SyukRun - LARIAN KESYUKURAN






Assalamualaikum wbt semua warga kariah Surau Ar-Rayyan dan sesiapa sahaja yang Allah pilih untuk baca mesej ini. Kalian ...
09/05/2026

Assalamualaikum wbt semua warga kariah Surau Ar-Rayyan dan sesiapa sahaja yang Allah pilih untuk baca mesej ini. Kalian pilihan Allah🌙

Insya-Allah, kita ingin menjemput tuan/puan, sahabat-sahabat dan ahli keluarga untuk hadir ke satu majlis ilmu yang sangat istimewa:

TAUSIYAH: CINTA ZULHIJJAH
Bersama: Datuk Dr Norhafizah Musa
📅 23 Mei 2026
⏰ 5.00 petang
📍 Surau Ar-Rayyan, Taman Bullion Mewah

Zulhijjah bukan sekadar bulan korban. Ia adalah bulan cinta — cinta kepada Allah, cinta kepada ibadah, cinta kepada pengorbanan, dan cinta untuk kembali mendekat kepada-Nya.

Kadang-kadang hati kita bukan keras… cuma terlalu penat.
Kadang-kadang jiwa kita bukan jauh… cuma perlukan satu majlis yang mengingatkan semula.

Jom hadir bersama. Bawa pasangan, anak-anak, jiran dan sahabat. Moga-moga satu petang ini menjadi asbab Allah lembutkan hati kita, lapangkan urusan kita, dan hidupkan kembali rasa cinta kepada ibadah.

Masuk adalah percuma
Namun sumbangan ikhlas sangat dialu-alukan untuk program akan datang
Datang awal, penuhkan ruang, hidupkan surau kita dengan majlis ilmu.

Moga Allah pilih kita menjadi tetamu majlis yang diberkati ini. 🤲

05/05/2026

Alhamdulillah.

Selesai satu cerita aktiviti tahun 2026.
Larian Kesedaran Autisme.

Secara keseluruhan ia berjalan dengan lancar. Lebih separuh dari 4000 orang di Daratan DBKL pagi 19hb April memakai baju rasmi larian kita.

Terima kasih pada semua yang menyokong, khusus buat team urusetia, rakan kolaborasi JAKIM, DBKL, JAWI, PKPU, Pusat Sukan USIM dan para sukarelawan.

Begitu juga buat penaja KCG ENgineering, Ikhlas.com, Tu Dia Pak Tam, Mamee, Zus Coffee, Nestle.

25/04/2026

Membangunkan "surau ar rayyan "

Simbolik sungguh...

Tq YBM menteri agama
Tq CEO MAIWP
Tq buat semua yang berusaha

Address

D/a Surau Ar-Rayyan, Taman Bullion Mewah
Kuala Lumpur
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Amal & Dakwah Anak Istimewa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share