KGMMB Ibu Pejabat

KGMMB Ibu Pejabat KGMMB mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia Barat. Ahli-ahli boleh berurusan dengan KGMMB cawangan masing-masing selain ibu pejabat KGMMB

SEKALUNG TAHNIAHBagi pihak Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahn...
15/07/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Bagi pihak Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), atas penganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) yang membawa gelaran Dato’, sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, kepimpinan dan sumbangan besar beliau dalam memperkasakan sistem pendidikan negara serta memartabatkan profesion keguruan.

Semoga YBhg. Dato' terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kebijaksanaan dalam meneruskan amanah demi kecemerlangan pendidikan Malaysia.

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan.

Ikhlas daripada,

Cikgu Mohd Sobri bin Yusuf
Presiden
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)

πŸ“’ HEBAHAN RASMI ICIED2026PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN ARTIKEL PENUH MASIH DIBUKA!Assalamualaikum warahmatullahi wabaraka...
14/07/2026

πŸ“’ HEBAHAN RASMI ICIED2026
PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN ARTIKEL PENUH MASIH DIBUKA!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sukacita dimaklumkan bahawa International Conference on Islamic Education 2026 (ICIED2026) masih membuka penyertaan kepada ahli akademik, penyelidik, guru, pelajar pascasiswazah, mahasiswa dan pengamal pendidikan dari dalam serta luar negara.
πŸ“… Tarikh Persidangan
26–28 Ogos 2026
πŸ“ Lokasi Program
Pertandingan (I-FICR, I-ACTION, I-BEST & Pertandingan Artikel): DTSO, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Pembentangan Artikel: DKG3, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Tarikh Penting
πŸ—“οΈ 31 Julai 2026 – Tarikh tutup pendaftaran peserta.
πŸ—“οΈ 31 Julai 2026 – Tarikh tutup penghantaran Artikel Penuh (Full Paper).
πŸ† 27 Ogos 2026 – Pengumuman pemenang semasa Majlis Penyampaian Anugerah ICIED2026 (ICIED Award Ceremony).
🌐 27 Ogos 2026 (6.00 petang) – Keputusan rasmi akan diumumkan di laman sesawang ICIED2026.
Kategori Penyertaan
βœ”οΈ Pembentangan Artikel (Bersemuka / Dalam Talian)
βœ”οΈ Pertandingan Artikel Konseptual
βœ”οΈ Pertandingan Artikel Empirikal
βœ”οΈ I-FICR (Innovation Competition)
βœ”οΈ I-ACTION (Action Research Competition)
βœ”οΈ I-BEST (Best Practice Competition)
Pertandingan Artikel hanya terbuka kepada peserta yang menghantar Artikel Penuh (Full Paper).
πŸ“ Daftar sekarang:
https://forms.gle/yGmZwneveTViBbyU8
Marilah bersama-sama berkongsi hasil penyelidikan, memperkukuh jaringan akademik antarabangsa dan menyumbang kepada pembangunan Pendidikan Islam ke arah kecemerlangan global serta masa depan yang lestari.
Ayuh daftar dan hantar Artikel Penuh anda sebelum 31 Julai 2026!

MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KGMMB CAWANGAN TERENGGANU 2026Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Agung Tritahunan KGMMB C...
14/07/2026

MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KGMMB CAWANGAN TERENGGANU 2026

Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Agung Tritahunan KGMMB Cawangan Terengganu pada 11 Julai 2026 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, Majlis Perbandaran Dungun, Terengganu.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh 145 orang ahli dan telah dirasmikan oleh Presiden KGMMB, Cikgu Mohd Sobri bin Yusuf. Majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah, dan sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa KGMMB Cawangan Terengganu atas segala usaha, komitmen dan kerjasama dalam memastikan mesyuarat ini berlangsung dengan lancar. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Dan berakhirnya Mesyuarat Agung Tritahunan KGMMB Cawangan Terengganu, maka lengkaplah sudah penganjuran Mesyuarat Agung Tritahunan bagi kesemua 18 cawangan KGMMB untuk sesi 2023–2026.

Akhir kata, sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua cawangan yang telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tritahunan masing-masing dengan jayanya. Semoga semangat perpaduan dan komitmen ini terus diperkukuhkan demi memartabatkan perjuangan KGMMB.

Terima kasih dan jumpa lagi pada sesi akan datang.

πŸ“ Mesyuarat Agung Tritahunan KGMMB Cawangan Perak UtaraMesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Bar...
07/07/2026

πŸ“ Mesyuarat Agung Tritahunan KGMMB Cawangan Perak Utara

Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Cawangan Perak Utara telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Julai 2026 bertempat di Dewan SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar.

Majlis telah disempurnakan oleh Presiden KGMMB, Cikgu Mohd Sobri bin Yusuf. Mesyuarat kali ini telah menerima kehadiran seramai 150 orang ahli, sekali gus mencerminkan komitmen dan sokongan yang tinggi daripada ahli-ahli terhadap perjuangan serta hala tuju kesatuan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa KGMMB Cawangan Perak Utara atas segala usaha, kerjasama dan komitmen dalam memastikan Mesyuarat Agung Tritahunan kali ini berlangsung dengan lancar dan teratur. Penghargaan juga ditujukan kepada semua ahli yang telah hadir serta memberikan sokongan dan pandangan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Semoga segala perbincangan, cadangan dan keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu, demi memperkukuhkan organisasi serta terus memperjuangkan kebajikan dan kepentingan ahli-ahli KGMMB.

πŸ“ Mesyuarat Agung Tritahunan KGMMB Cawangan Kedah SelatanMesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia B...
07/07/2026

πŸ“ Mesyuarat Agung Tritahunan KGMMB Cawangan Kedah Selatan

Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Cawangan Kedah Selatan telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Julai 2026 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu.

Majlis telah disempurnakan oleh Presiden KGMMB, Cikgu Mohd Sobri bin Yusuf. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas kesudian beliau hadir bagi merasmikan mesyuarat tersebut.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa KGMMB Cawangan Kedah Selatan atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tritahunan kali ini. Penghargaan turut diberikan kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama menjayakan mesyuarat ini.

Semoga segala perbincangan, cadangan dan keputusan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi memperkukuhkan perjuangan serta kebajikan ahli-ahli KGMMB.

MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KGMMB CAWANGAN KELANTAN 2026Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Guru-Guru Mela...
05/07/2026

MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KGMMB CAWANGAN KELANTAN 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Cawangan Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Julai 2026 bertempat di SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Seramai 144 orang ahli telah hadir bagi menjayakan mesyuarat ini. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen dan semangat kebersamaan ahli dalam memperkukuhkan perjuangan kesatuan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr. Ahmad Sharani bin Ahmad Seliban, Naib Presiden I KGMMB, atas kesudian menyempurnakan perasmian mesyuarat.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa KGMMB Cawangan Kelantan yang telah bertungkus-lumus membuat segala persiapan dan memastikan mesyuarat ini berjalan dengan lancar.

Semoga segala usul, pandangan dan keputusan yang telah dibincangkan sepanjang mesyuarat dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi memperkasakan KGMMB. Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu. Semoga dapat menggalas tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berintegriti dan berhemah demi kebajikan seluruh ahli.

UCAPAN TAHNIAHKesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Ab...
30/06/2026

UCAPAN TAHNIAH

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Abu Seman bin Mat Karim, PKT., PJK. atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi memperkasa pembangunan sahsiah murid serta memartabatkan pendidikan negara.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan serta terus membawa kecemerlangan kepada dunia pendidikan.

Ikhlas daripada
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tritahunan KGMMB Cawangan Pahang Timur telah berlangsung dengan lancar pada 28 Jun 2026 d...
30/06/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tritahunan KGMMB Cawangan Pahang Timur telah berlangsung dengan lancar pada 28 Jun 2026 di SK Pekan Jaya, Pekan, Pahang.

Majlis telah disempurnakan oleh Dato' Mohamed Sabri bin Mohd Arsad, Mantan Presiden KGMMB, yang turut menyampaikan amanat serta kata-kata semangat kepada para ahli yang hadir.

Mesyuarat pada kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli-ahli cawangan. Pelbagai perkara berkaitan kebajikan ahli, hala tuju kesatuan serta cadangan penambahbaikan telah dibincangkan secara terbuka dalam suasana penuh muafakat.

Kemeriahan program turut diserikan dengan acara cabutan bertuah, yang memberikan kegembiraan kepada para ahli dan menambahkan lagi kemesraan sepanjang berlangsungnya mesyuarat.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa KGMMB Cawangan Pahang Timur atas komitmen dan usaha yang dicurahkan dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada semua ahli yang telah hadir dan memberikan sokongan padu kepada kesatuan.

Semoga segala keputusan dan hasil perbincangan yang dicapai menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh perjuangan KGMMB serta meningkatkan kebajikan seluruh ahlinya.

Address

No. 720, Tingkat 3, Jalan Sentul, Sentul
Kuala Lumpur
51000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60340455140

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KGMMB Ibu Pejabat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KGMMB Ibu Pejabat:

Shortcuts

Featured

Share