05/12/2025
MAJLIS PELANCARAN PUSAT KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR (PTLJ)
JOHOR, 5 Disember 2025 - YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri, dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor (PTLJ) sebagai simbol sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap inisiatif peningkatan sistem kesihatan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Johor.
Majlis ini disempurnakan dengan keberangkatan
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah,
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor,
serta YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Pelancaran PTLJ menandakan satu lagi detik penting dalam penyediaan pusat rawatan kanser yang komprehensif, moden dan bertaraf dunia—memberi harapan baharu kepada pesakit serta memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan di negeri ini.
Semoga pusat ini menjadi pemacu kepada usaha memperluas rawatan, mempertingkat penyelidikan serta memperkukuh jaringan sokongan komuniti terhadap pesakit kanser.
Allah Peliharakan Sultan.