Persatuan Peniaga Dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Persatuan Peniaga Dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Presiden: DATO' SERI HAJI ROSLI BIN SULAIMAN H/P 019 3838435
Email : [email protected]

Persatuan Peniaga Bumiputra Wilayah Persekutuan (PPBWP) telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 28 Mac, 1994 dengan Nombor Pendaftaran 1821/94 (WP). Perjalanan persatuan ini tidak berapa aktif sehinggalah kepimpinannya diambil alih oleh Datuk Haji Rosli bin Sulaiman pada tahun 2001 sehingga sekarang. Pindaan Undang-Undang Kecil (Perlembagaan Baru) Persatuan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan

Malaysia pada 5 September, 2012 yang membolehkan persatuan dinamakan dan disebut sebagai Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputra Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) dengan nombor Pendaftaran PPM-007-14-28031994. Datuk Haji Rosli telah membawa persatuan ini ke landasan yang tepat dan boleh dibanggakan dengan melaksanakan berbagai program dalam membela ahli-ahli dan juga peniaga-peniaga lain dengan tidak mengira bangsa dan keturunan dengan berpaksikan kepada peraturan-peraturan yang tidak bertentangan dengan undang-undang. Dengan kepimpinan yang berkelibar dan gigih serta mengikut landasan yang betul dan juga pengurusan yang teratur, persatuan ini telah lebih terkenal dan disegani di semua peringkat. Keadaan ini membolehkan persatuan melaksanakan berbagai aktiviti dengan lancar dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. Dalam melaksanakan tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan ini sentiasa mengamalkan prinsip berkerjasama dengan semua pihak dan melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat peniaga dan penjaja sesuai dengan konsep serta semangat setiakawan 1 Malaysia. Berbagai aktiviti turun padang bersama peniaga dan penjaja telah dilaksanakan dan berkerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam melaksanakan program untuk faedah peniaga dan penjaja. Persatuan akan terus memberikan kemanfaatan kepada ahli-ahli serta peniaga dan penjaja dari masa ke semasa dalam bentuk mengadakan atau menyertai kursus, seminar dan dialog yang bersesuaian dengan keperluan ahli-ahli dan juga peniaga dan penjaja keseluruhannya. Persatuan sentiasa berusaha untuk membantu peniaga dan penjaja yang menghadapi masalah. Bagi mengemaskini perjalanan persatuan supaya bersesuaian dengan keadaan semasa dan di masa yang akan datang di peringkat negeri dan kebangsaan, persatuan telah membuat pindaan Undang-Undang Kecilnya yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 5 September, 2012 yang membenarkan penggunaan perlembagaan baru serta menukar nama persatuan kepada PERSATUAN PENIAGA DAN PENJAJA BUMIPUTRA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PPPBWPKL). Perjalanan persatuan dengan berpandukan Perlembagaan baru akan lebih tersusun dan berdayasaing yang akan memacu kejayaan demi kejayaan seterusnya. Keikhlasan, kredibiliti serta kewibawaan kepimpinan persatuan menggamit keyakinan berbagai pihak untuk sama-sama berkhidmat bagi mengecapi kejayaan setiap kegiatan dan perlaksanaan tanggungjawab yang dilakukan. Semoga dengan semangat dan iltizam yang jitu segala komitmen akan berhasil dengan sebaiknya dan sentiasa disenangi.

Address

Unit 1403 Menara Arina Uniti, Jalan Raja Muda Abdul Aziz Kampung Bahru
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

0392831340

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Peniaga Dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Peniaga Dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

Featured

Share