Persatuan ILMU Persilatan Rancak

Call Directions Website Contact the organization

Persatuan ILMU Persilatan Rancak Persatuan ini mengajar ilmu persilatan melayu kepada sesiapa yang berminat. Tujuan utama ialah membimbing dan membentuk satu insan yang berakhlak mulia.

Persatuan ini telah mendapat sokongan daripada Jabatan Belia dan Sukan pada tahun 1980 dalam kerjasama menjayakan pelbagai program kerajaan bersama-sama dengan persatuan seni mempertahankan diri yang lain di dalam Negara seperti sukan Rakan Muda Rakan Wajadiri, Malaysia Fest, SUKMA dan pelbagai lagi bertemakan persembahan kebudayaan. Dengan itu persatuan ini telah bergerak dengan lebih aktif sehingga tahun 2000. Pada tahun 2005 Sheikh Kamarudin Guru Utama Persatuan telah meninggal dunia dan berpesan kepada semua pengikutnya agar meneruskan perjuangan ajaran nya kepada masyarakat Melayu khususnya dalam memartabatkan kesenian Melayu serta membimbing murid-murid kearah kesabaran yang teguh dan pegangan iman yang kuat. Selama 14 tahun persatuan ini di tutup sehingga pada tahun 2010 anaknya Pakguru Adimas Sheikh Kamarudin bersama pengikut anak murid lama Persatuan ayahnya, bersetuju membuka semula ajaran ilmu persilatan ini dan mendaftarkan dengan nama KELAB ILMU PERSILATAN RANCAK. Dengan kerjasama kerajaan dan semua pihak yang memberi sokongan dan bantuan kepada KELAB ILMU PERSILATAN RANCAK, Kelab telah di perkukuhkan asas ilmu persilatan yang lebih mantap dan berkesan dalam pengisian pembelajaran supaya hasil dari murid yang berkualiti dapat mengangkat hasrat kita semua sebagai seorang pemimpin yang baik di masa akan datang. Marilah sama-sama kita berdoa agar impian kita sebagai rakyat Malaysia tercapai dengan selamat dalam mencapai hasrat kita memartabatkan kesenian Melayu sehingga ke akhir zaman. KELAB ILMU PERSILATAN RANCAK mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua yang menjayakan aktiviti persilatan ini dengan penuh komitmen untuk mencapai kemajuan kebudayaan Melayu yang berkualiti dan juga mengangkat martabat sukan yang bermaruah.

29/06/2023

Selamat Hari Raya Aidiladha Tahun Hijrah 1444. Semoga semua senantiasa selamat dalam menjalankan ibadah korban di kawasan masing2 dan semoga di bulan yang mulia pada hari ini kita beroleh rahmat Nya, barakah Nya serta syafa'at Nya

Astaghfirullah Hal Adzim. Semoga kita semua selamat dari penipuan mereka dan mereka2 nie di berikan petunjuk.
28/06/2023

Astaghfirullah Hal Adzim. Semoga kita semua selamat dari penipuan mereka dan mereka2 nie di berikan petunjuk.

Address

Jalan Dewan, Kampung Simpang Tiga, Jalan Batu Caves
Kuala Lumpur
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan ILMU Persilatan Rancak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan ILMU Persilatan Rancak:

Shortcuts

Sponsored

Share