25/02/2026
*KENYATAAN RASMI SPARROW MG*
Dengan ini diumumkan kepada semua ahli, rakan kelab, serta mana-mana pihak yang berurusan bahawa Razali Bin Abdul Razak ( Boy Harimau Buas Razali Bin Abdul Razak ) telah DITAMATKAN KEAHLIANNYA daripada SPARROW MG berkuat kuasa dari tarikh 22 Februari 2026.
Keputusan ini dibuat hasil pertimbangan serius pihak pengurusan tertinggi kelab selaras dengan perlembagaan dan disiplin yang telah ditetapkan. Keputusan individu ambil ini adalah muktamad.
Mulai saat ini beliau secara rasmi BUKAN LAGI AHLI SPARROW MG
Untuk jelas dan tidak timbul sebarang kekeliruan:
• Individu tersebut TIDAK LAGI BERHAK memakai patch, colour, logo atau apa-apa identiti berkaitan SPARROW MG
• Tidak dibenarkan hadir atau menyertai apa-apa aktiviti atas nama SPARROW MG
• Tidak mempunyai kuasa untuk bercakap, membuat keputusan atau mewakili SPARROW MG dalam apa jua urusan.
SPARROW MC berdiri atas prinsip LOYALTY • RESPECT • BROTHERHOOD.
Sesiapa yang gagal menjaga amanah dan disiplin, tidak akan terus bersama SPARROW MG
Selepas kenyataan ini dikeluarkan, segala tindakan individu tersebut adalah di luar tanggungjawab SPARROW MG
Kami tidak kejar nama.
Kami jaga maruah.
Dan SPARROW MG akan terus berdiri dengan ahli yang setia.
SPARROW MG
Tarikh: 23 Februari 2026
Cc : Dato Shah Eg Remli Yazid Ajied Razak Jahaya