KLSDeaf - Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur

Directions

KLSDeaf - Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KLSDeaf - Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur, Non-Governmental Organization (NGO), 9B Kompleks Perniagaan Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur.

Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD), or the Kuala Lumpur Society of the Deaf, is a non-governmental organization founded on June 26, 1987.The organization continues to offer various assistance to improve the standard of living for the deaf in KL.

SELAMAT HARI BAHASA ISYARAT SEDUNIA 2026!🌍🀟23 September 2026Bahasa isyarat bukan sekadar bahasa komunikasi, tetapi sebah...
23/09/2026

SELAMAT HARI BAHASA ISYARAT SEDUNIA 2026!🌍🀟

23 September 2026

Bahasa isyarat bukan sekadar bahasa komunikasi, tetapi sebahagian daripada identiti, budaya dan hak asasi komuniti Pekak.

Marilah kita bersama-sama menghormati, memahami dan menyokong penggunaan bahasa isyarat bagi mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif, adil dan saksama.

Bahasa isyarat ialah bahasa.
Komuniti Pekak mempunyai hak. 🀟

16/09/2026

Join us in celebrating International Deaf Day 2026! Experience a ...

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎSemoga semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam jiwa kita semua. Bersama kita bina Malaysia yang harmoni, inklusif dan sejahtera. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia MADANI, Malaysia Bersatu!

πŸ‡²πŸ‡Ύ *SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69!* πŸ‡²πŸ‡Ύβ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”Ayuh kita semarakkan semangat ...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ *SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69!* πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Ayuh kita semarakkan semangat *Merdeka!* β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
Bersatu, saling menghormati dan terus bersama membina Malaysia yang sejahtera.

*MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!* πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰


🌟 Program HOPE@PPUM 2026 🌟πŸ₯ Program HOPE@PPUM anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kerjasama Malaysia...
12/07/2026

🌟 Program HOPE@PPUM 2026 🌟

πŸ₯ Program HOPE@PPUM anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kerjasama Malaysian Federation of the Deaf (MFD) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) telah berjaya diadakan pada 12 Julai 2026 (Ahad) di Aras Bawah, Plaza PPUM.

πŸ‘₯ Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sekitar 50 orang peserta. Pelbagai aktiviti telah diadakan, termasuk saringan kesihatan, ceramah kesihatan dan vaksinasi influenza percuma bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti Pekak.

🎀 Peserta turut mengikuti ceramah mengenai Vaksinasi Influenza yang disampaikan oleh Dr. Natasha serta ceramah Pelupusan Ubat. Program diteruskan dengan saringan kesihatan, pemberian vaksin influenza percuma dan sesi bergambar.

🀝 Setinggi-tinggi penghargaan kepada PPUM atas komitmen menyediakan perkhidmatan kesihatan yang inklusif kepada komuniti Pekak, serta kepada MFD yang menyediakan perkhidmatan Jurubahasa Isyarat Malaysia (BIM) sepanjang program berlangsung.

Semoga lebih banyak program seperti ini dapat diteruskan demi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan komuniti Pekak.

06/07/2026

πŸ“’ Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

🌟 Pengumuman Berita Baik!

Program HOPE @ PPUM anjuran PPUM dengan kerjasama MFD dan KLSD akan diadakan seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 12 Julai 2026 (Ahad)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Aras Bawah, Plaza PPUM

πŸ’‰ Vaksin Influenza PERCUMA disediakan untuk 100 peserta komuniti Pekak (Ahli KLSD).

Kelayakan:
βœ… Umur 9 tahun ke atas (termasuk warga emas)

πŸ“ Daftar sekarang:
[https://forms.gle/eixCWWzeMpggE3V76](https://forms.gle/eixCWWzeMpggE3V76)

🀟 Jurubahasa Isyarat Malaysia disediakan.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
CCO KLSD – 010-3440698

✨ Jangan lepaskan peluang ini. Kesihatan adalah aset yang paling berharga. Mari lindungi diri dan keluarga dengan mendapatkan vaksin influenza secara PERCUMA.

Jumpa anda di sana!

Terima kasih.







02/07/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.πŸ“’ *Pengumuman*Encik Sugumaran a/l Sinnan merupakan ahli aktif KLSD yang kini sedang ...
29/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

πŸ“’ *Pengumuman*

Encik Sugumaran a/l Sinnan merupakan ahli aktif KLSD yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Selayang selepas terjatuh dari pagar jalan ke sungai sedalam kira-kira 40 kaki.

Akibat kejadian tersebut, beliau mengalami patah tulang belakang dan kecederaan pada tangan kanan yang kini berbalut akibat terseliuh.

Encik Sugumaran memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi membantu meringankan beban Encik Sugumaran dan keluarganya untuk menampung kos pembedahan serta keperluan harian.

πŸ“Œ Sumbangan boleh disalurkan ke akaun AmBank Islamic melalui kod QR atas nama Encik Yuvaraja a/l Sinnan.

πŸ“² Mohon hantarkan gambar/slip bank ke WhatsApp:
011-66418112
(Yuvaraja – adik kepada Encik Sugumaran)

Segala sumbangan dan keprihatinan anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Address

9B Kompleks Perniagaan Selangor, Jalan San Peng
Kuala Lumpur
55220

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KLSDeaf - Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share