Briged Bakti Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Briged Bakti Malaysia "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain."

JALINAN KERJASAMA BBMPP BERSAMA SEKOLAH BERDEKATANPada 13 Oktober 2026, YDP BBMPP merangkap Pengerusi Kariah MJCTKB tela...
15/10/2026

JALINAN KERJASAMA BBMPP BERSAMA SEKOLAH BERDEKATAN

Pada 13 Oktober 2026, YDP BBMPP merangkap Pengerusi Kariah MJCTKB telah menyantuni Guru Besar SK Juara serta pengetua dan pentadbir beberapa sekolah berdekatan bagi membincangkan Program dan aktiviti Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)bersama pihak sekolah.

Semoga kerjasama ini terus diperkukuh demi kecemerlangan pendidikan dan pembentukan sahsiah generasi muda.

BBMPP – Terus Berbakti

BBMKL SERTAI PRA-PERSIDANGAN PEMBANGUNAN SOSIAL ANTARABANGSA 2027KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2026 – Beberapa ahli Briged Ba...
14/10/2026

BBMKL SERTAI PRA-PERSIDANGAN PEMBANGUNAN SOSIAL ANTARABANGSA 2027

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2026 – Beberapa ahli Briged Bakti Malaysia Kuala Lumpur (BBMKL) telah menyertai Pra-Persidangan ISM International Conference on Social Development (ISM-ICSD) 2027 anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM), bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Persidangan ini menghimpunkan ahli akademik, penggubal dasar, pengamal pembangunan sosial dan wakil pelbagai agensi bagi membincangkan isu pembangunan sosial, kesejahteraan keluarga, perlindungan golongan rentan, keterangkuman serta inovasi sosial.

Antara pengisian menarik ialah pembentangan oleh Prof. Madya Dr. Nor Azizan Che Embi berkaitan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), khususnya usaha memperkukuh kemudahan terapi, infrastruktur mesra OKU, kebajikan petugas serta pembangunan kemahiran TVET.

Seusai persidangan, beliau turut beramah mesra dengan ahli BBMKL dan memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang ahli BBMKL.

Penyertaan ini diharapkan dapat memperluas pengetahuan dan jaringan kerjasama BBMKL dalam memperkukuh program kebajikan, kesukarelawanan serta khidmat masyarakat.

Sedia Berbakti!

Sumber: Pengarah Kebajikan BBMKL | 13 Oktober 2026

BBMKL SERTAI SAMBUTAN WORLD HOSPICE AND PALLIATIVE CARE DAY 2026SUNWAY, 10 Oktober 2026 – Briged Bakti Malaysia Wilayah ...
12/10/2026

BBMKL SERTAI SAMBUTAN WORLD HOSPICE AND PALLIATIVE CARE DAY 2026

SUNWAY, 10 Oktober 2026 – Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BBMKL) telah menyertai sambutan World Hospice and Palliative Care Day 2026 anjuran Malaysian Association of Paediatric Palliative Care (MAPPAC) dengan kerjasama Sunway Medical Centre.

Program yang berlangsung di SunMed Convention Centre ini menyaksikan BBM WPKL membuka reruai pameran bagi memperkenalkan aktiviti kebajikan, kesukarelawanan serta usaha membantu pesakit melalui sumbangan peralatan perubatan.

BBMKL turut menyerahkan cek bernilai RM18,000 kepada wakil YIKEN bagi pembelian mesin BiPAP untuk bayi Faaz. Mesin tersebut telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Tunku Azizah pada 1 Oktober 2026.

Seramai 50 pengunjung, termasuk doktor, jururawat dan pelajar, telah mengunjungi reruai BBMKL untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan dan aktiviti pertubuhan.

Program ini turut menyediakan sesi perkongsian ilmu dan bengkel berkaitan penjagaan paliatif, sekali gus membuka peluang memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam membantu pesakit dan keluarga yang memerlukan.

BBMKL merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, penyumbang dan semua pihak yang menjayakan program ini.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

Laporan: Pengarah Kebajikan BBMKL

PENYERTAAN IPT BBMKL DALAM KONVENSYEN PALIATIF SEMPENA WORLD HOSPICE AND PALLIATIVE CARE DAY 2026KUALA LUMPUR, 10 Oktobe...
12/10/2026

PENYERTAAN IPT BBMKL DALAM KONVENSYEN PALIATIF SEMPENA WORLD HOSPICE AND PALLIATIVE CARE DAY 2026

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2026 – Dua pelajar dan seorang pelatih industri Kolej Teknologi Bestari (KTB) Ampang yang merupakan ahli Briged Bakti Malaysia Kuala Lumpur (BBMKL) telah menyertai Konvensyen Paliatif anjuran Malaysian Association of Paediatric Palliative Care (MAPPAC) dan Sunway Medical Centre.

Konvensyen yang berlangsung di Sunway Medical Centre ini memberi peluang kepada peserta menimba ilmu dan pengalaman melalui perkongsian pakar serta bengkel teori dan amali berkaitan penjagaan paliatif.

Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha BBMKL memperkasa penglibatan golongan muda dalam aktiviti kesukarelawanan dan kebajikan pesakit.

BBMKL turut merancang latihan susulan kepada pelajar KTB bagi melahirkan generasi muda yang prihatin, berilmu dan bersedia membantu masyarakat.

“Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

MESYUARAT KOORDINASI PEWANIS SELANGOR DAN BBM KUALA LUMPURTarikh: 8 Oktober 2026Masa: 3.00 petangTempat: Dewan UMNO AU3,...
11/10/2026

MESYUARAT KOORDINASI PEWANIS SELANGOR DAN BBM KUALA LUMPUR

Tarikh: 8 Oktober 2026
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan UMNO AU3, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2026 – Satu mesyuarat koordinasi antara Pertubuhan Wanita Islam Malaysia (PEWANIS) Cawangan Selangor dan Briged Bakti Malaysia Kuala Lumpur (BBMKL) telah diadakan bagi membincangkan kerjasama strategik dalam program kebajikan dan pembangunan masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Setiausaha BBMKL & AJK BBMKL, Timbalan Pengerusi PEWANIS serta ahli jawatankuasanya.

Antara perkara yang dipersetujui dan dicadangkan ialah:

1. Mengadakan lawatan pengenalan ke Surau Al-Hidayah, Bukit Kala, bagi meninjau keperluan komuniti setempat.

2. Merancang program khusus bagi pembangunan dan kebajikan wanita Orang Asli.

3. Meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

4. Melaksanakan program PEWANIS secara bulanan, diselang dua minggu dengan program BBMKL bagi memastikan kesinambungan aktiviti.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kebajikan, memperkasa komuniti serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat Orang Asli.

4 Teras Amalan Al-Birr1. ABDI2. ILMU3. ADAB4. BAKTI
11/10/2026

4 Teras Amalan Al-Birr

1. ABDI
2. ILMU
3. ADAB
4. BAKTI

PERJUMPAAN BERSAMA SAUDARA BAHARU PERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN MUALAF DI PERAKIpoh, 10 Oktober 2026 - Satu majlis perj...
10/10/2026

PERJUMPAAN BERSAMA SAUDARA BAHARU PERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN MUALAF DI PERAK

Ipoh, 10 Oktober 2026 - Satu majlis perjumpaan antara BBM Perak bersama saudara baharu dan wakil-wakil Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Perak, Batu Gajah dan Kampar telah diadakan bagi memperkukuh hubungan silaturahim serta membincangkan kerjasama strategik dalam usaha pembangunan dan kebajikan golongan mualaf.

Pertemuan ini turut memberi tumpuan kepada cadangan kolaborasi bagi membangunkan Pusat Pembangunan Mualaf Chepor sebagai pusat sokongan, bimbingan dan pembangunan insan khusus untuk saudara baharu.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh usaha memperkasakan program dakwah, pendidikan Islam serta pelaksanaan program susulan (follow-up) secara berterusan bagi memastikan golongan mualaf mendapat bimbingan, perhatian dan sokongan yang sewajarnya.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan dakwah dan kebajikan antara pihak-pihak yang terlibat, sekali gus membantu saudara baharu mendalami serta menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Semoga usaha murni ini dipermudah dan diberkati Allah SWT serta menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti mualaf yang lebih tersusun, berdaya maju dan sejahtera.

Bicara BBM Sarawak
10/10/2026

Bicara BBM Sarawak

2026-10-06T15:35:32+08:00 Oktober 6, 2026, Selasa - 3:35pm LIMBANG: Semua pihak perlu lebih cakna terhadap aspek keselamatan di sekolah dengan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menangani sebarang insiden buli serta salah laku lain demi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kon...

Sukarelawan ➡️ JAK!
10/10/2026

Sukarelawan ➡️ JAK!

LAPORAN PENERIMAAN SUMBANGAN TEH SEMPENA HARI PALIATIF SEDUNIA 2026Petaling Jaya, 8 Oktober 2026 – Briged Bakti Malaysia...
08/10/2026

LAPORAN PENERIMAAN SUMBANGAN TEH SEMPENA HARI PALIATIF SEDUNIA 2026

Petaling Jaya, 8 Oktober 2026 – Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BBM WPKL) telah menerima sumbangan tiga kotak teh daripada TyzoBio Tech Manufacturing bagi menyokong program kebajikan.

Satu kotak teh telah dihantar ke Pejabat Malaysian Association of Paediatric Palliative Care (MAPPAC), Petaling Jaya, oleh wakil BBM WPKL, iaitu Tn. Hj. Zulfekar, Mohammad Haiqal dan Pn. Rozana, untuk dijadikan cenderahati (goody bag) kepada peserta Hari Paliatif Sedunia pada 10 Oktober 2026 di SunMed Subang.

Baki sumbangan akan dimanfaatkan bagi program pada 28 Oktober 2026 serta aktiviti kebajikan yang akan datang.

BBM WPKL merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada TyzoBio Tech Manufacturing atas sumbangan tersebut serta para sukarelawan yang membantu urusan penghantaran. Semoga segala usaha murni ini diberkati Allah SWT.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

Address

No. 2, Persiaran Titiwangsa 1
Kuala Lumpur
53200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Bakti Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Briged Bakti Malaysia:

Shortcuts

Sponsored

Share