Kelab Kebajikan Sukan Kakitangan Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA

Kelab Kebajikan Sukan Kakitangan Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA Assalamualaikum, page ini ditubuhkan bagi berkongsi segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab Kebajikan Sukan Kakitangan (KKSK) bagi tahun 2025.

Semoga ukhwah sesama ahli dapat dieratkan dan kekal harmoni sepanjang masa.

31 Julai 2026 | ๐Ÿ“๐Ÿ’ฅ WHAT A GAME! WHAT A DAY! ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ“KPTM HQ Fun Pickleball Challenge 2026 telah melabuhkan tirainya dengan pen...
31/07/2026

31 Julai 2026 | ๐Ÿ“๐Ÿ’ฅ WHAT A GAME! WHAT A DAY! ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ“

KPTM HQ Fun Pickleball Challenge 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat, sporting dan gelak tawa! ๐Ÿ˜†๐Ÿ”ฅ

Dari first serve sampai last point, semuanya memang happening! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ“
Yang penting bukan siapa paling banyak menang, tapi semangat kebersamaan, teamwork dan hubungan yang makin erat. ๐Ÿค๐Ÿปโœจ

Terima kasih kepada semua warga kerja KPTM Ibu Pejabat yang sporting dan sama-sama menjayakan event ini! ๐Ÿซถ๐Ÿป

Serve. Smash. Rally. Repeat! ๐Ÿ“๐Ÿ”ฅ

10 Julai 2026 | ๐ŸŽ‰ SUKHAT 2026 & Kendurian 2.0 ๐ŸŽ‰Hari ini warga KPTM Ibu Pejabat berkumpul dalam suasana penuh keceriaan s...
10/07/2026

10 Julai 2026 | ๐ŸŽ‰ SUKHAT 2026 & Kendurian 2.0 ๐ŸŽ‰

Hari ini warga KPTM Ibu Pejabat berkumpul dalam suasana penuh keceriaan sempena SUKHAT 2026 & Kendurian 2.0 anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KKSK).

Daripada dart, congkak, karom, bean bag toss, puzzle challenge hinggalah zumba, semuanya membawa satu matlamat, iaitu mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan program hari ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi inspirasi dalam kita bekerja dan berbakti.

See you guys next event ๐Ÿฅณ

13 Mac 2026 | Alhamdulillah, Program Bacaan Yasin dan aktiviti Rewang Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan & Sukan Kakit...
13/03/2026

13 Mac 2026 | Alhamdulillah, Program Bacaan Yasin dan aktiviti Rewang Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan KPTM Ibu Pejabat berjalan dengan lancar.

Program ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama warga kerja, malah memberi peluang kepada semua untuk bersama-sama bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan menguatkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan warga KPTM.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. ๐Ÿค๐ŸŒ™





PERKONGSIAN RAMADAN KKSK  ๐ŸคฉMakan dan Minum Ketika Berpuasa Kerana TerlupaุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽ...
26/02/2026

PERKONGSIAN RAMADAN KKSK ๐Ÿคฉ

Makan dan Minum Ketika Berpuasa Kerana Terlupa

ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูุฐูŽุง ู†ูŽุณููŠูŽ ููŽุฃูŽูƒูŽู„ูŽ ูˆูŽุดูŽุฑูุจูŽ ููŽู„ู’ูŠูุชูู…ู‘ูŽ ุตูŽูˆู’ู…ูŽู‡ู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุฃูŽุทู’ุนูŽู…ูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุณูŽู‚ูŽุงู‡ู

Daripada Nabi SAW bersabda: "Jika seseorang terlupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum" (HR Bukhari No: 1797) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang terlupa lalu dia makan atau minum di siang hari ketika berpuasa, puasanya tetap sah dan dia perlu memberhentikan pengambilan makanan atau minuman segera apabila diingatkan.

2. Orang yang terlupa tadi hendaklah meneruskan ibadat puasanya seperti biasa. Puasanya tidak perlu dibatalkan kerana perbuatan makan atau minum itu berlaku disebabkan oleh kelalaian atau lupa.

3. Hadis ini memberikan penjelasan bahawa jika seseorang lupa, puasanya tidak batal dan mereka tidak perlu menggantikannya atau mengqadha puasa tersebut. Hal ini menenangkan hati mereka yang khawatir akan hal tersebut.

4. Menurut para fuqaha: Lupa termasuk dalam perkara yang diangkat dosa, tidak membatalkan ibadah jika berlaku tanpa sengaja serta menunjukkan Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan.

5. Bagi orang yang terlupa, makanan dan minuman yang telah masuk ke dalam perutnya menunjukkan bahawa perbuatan makan atau minum yang berlaku akibat kelupaan bukan disebabkan oleh keinginan atau niat untuk melanggar puasa, tetapi ia merupakan suatu pemberian daripada Allah.

6. Hadis ini mencerminkan kasih sayang Allah yang besar terhadap hamba-Nya. Allah tidak membebani kita dengan kesulitan yang tidak mampu ditanggung. Jika seseorang berpuasa dan secara tidak sengaja melanggar puasanya akibat lupa, Allah tidak menghukum, tetapi memberikan kemudahan dan peluang untuk meneruskan puasa.

Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan KPTM HQ

30 Januari 2026 | Mesyuarat Agung KKSK bukan sekadar mesyuarat, tetapi ruang memperkukuh kebersamaan.Penghargaan buat AJ...
30/01/2026

30 Januari 2026 | Mesyuarat Agung KKSK bukan sekadar mesyuarat, tetapi ruang memperkukuh kebersamaan.

Penghargaan buat AJK sesi 2024โ€“2026 atas dedikasi yang diberikan, dan tahniah kepada AJK baharu yang dilantik.
Semoga KKSK terus menjadi platform kebajikan dan kesukanan yang aktif serta berimpak.

Pesta Durian menjadi penutup manis yang menceriakan semua warga.

(credit photo dari staff KPTMHQ)

๐Ÿ“Œ Mesyuarat Agung KKSK 2026๐Ÿ—“ 30 Januari 2026 (Jumaat)๐Ÿ“ Dewan Mawar, Tingkat 4Kehadiran adalah WAJIB untuk semua ahli KKS...
29/01/2026

๐Ÿ“Œ Mesyuarat Agung KKSK 2026
๐Ÿ—“ 30 Januari 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Dewan Mawar, Tingkat 4

Kehadiran adalah WAJIB untuk semua ahli KKSK.

Jangan lepaskan peluang sertai Pesta Durian! ๐Ÿˆ

7 November 2025 | Move. Sweat. Smile! ๐Ÿ’ƒZumba with KPTM HQ fam. Energy semua tiptop! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ชDah selesai zumba diteruskan p**a ...
07/11/2025

7 November 2025 | Move. Sweat. Smile! ๐Ÿ’ƒ
Zumba with KPTM HQ fam. Energy semua tiptop! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ช

Dah selesai zumba diteruskan p**a dengan penyampaian coklat pada semua staff yang lahir bulan Julai hingga Disember 2025. Selamat Hari Lahir diucapkan buat anda semua, semoga peroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Jumpa lagi di next aktiviti bakar kalori anjuran KKSK ๐Ÿฅฐ

18 Julai 2025 |  Aktiviti Zumba & Sukaneka 2025!Semua zon bagi komitmen yang sangat baik, siap ada jerit, gelak & peluh ...
18/07/2025

18 Julai 2025 | Aktiviti Zumba & Sukaneka 2025!
Semua zon bagi komitmen yang sangat baik, siap ada jerit, gelak & peluh sekali! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘

๐Ÿ“ Gelanggang Futsal UPTM
๐Ÿ“† 18 Julai 2025 (Jumaat)

Antara game yang buat semua naik semangat:
๐Ÿ“ Ping Pong Tic Tac
๐Ÿง  Cup Tower
๐Ÿค” Guess What?
โค๏ธ Ping Pong Ku Sayang
๐ŸŒธ Bunga Pong

Jom layan gambar-gambar sepanjang program tadi! ๐Ÿ“ธ
Yang tak join tu, rugi tau ๐Ÿ˜œ

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami warga Kelab Kebajikan Sukan Kakitangan Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA (...
16/06/2025

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami warga Kelab Kebajikan Sukan Kakitangan Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA (KKSK) ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Hamsah bin Salleh Ajih atas segala jasa, sumbangan, dan kepimpinan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Pengerusi Kelab Kebajikan Sukan Kakitangan Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Encik Hamsah telah menunjukkan komitmen yang luar biasa dalam merancang, melaksanakan, dan menjayakan pelbagai program yang bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara warga kerja, malah memupuk semangat kerjasama dan kekeluargaan dalam kalangan ahli kelab.

Kami dimaklumkan bahawa Encik Hamsah akan meneruskan langkah kerjaya di syarikat baharu. Walaupun kami berasa kehilangan atas pemergian beliau, kami mendoakan agar beliau terus maju jaya dalam persekitaran kerja yang baharu serta sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT.

Jasamu tetap dikenang, dan semangat kepimpinanmu akan terus menjadi inspirasi buat kami yang masih di sini.

Terima kasih sekali lagi, Encik Hamsah. Semoga terus cemerlang di mana jua berada.

10 Jun 2025 | Pertandingan Bowling Raya Aidil Adha berjaya dilaksanakan di Ampang Super Bowl, Ampang Point semalam. Teri...
11/06/2025

10 Jun 2025 | Pertandingan Bowling Raya Aidil Adha berjaya dilaksanakan di Ampang Super Bowl, Ampang Point semalam. Terima kasih buat semua yang melibatkan diri dalam menjayakan event terakhir yang dikendalikan oleh Pengerusi KKSK iaitu Encik Hamsah.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kakitangan dari kampus yang sudi turut serta di dalam pertandingan ini. Tahniah dan syabas buat semua pemenang serta penerima anugerah.

Semoga dengan adanya event seperti ini akan dapat lebih mengeratkan lagi sillaturrahim di antara kita. Sehingga bertemu lagi di masa akan datang ๐Ÿซฐ๐Ÿป

Address

IBU PEJABAT KPTM, ARAS 5, Jalan 7/91, TAMAN SHAMELIN PERKASA
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:30 - 05:30

Telephone

+60391795600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan Sukan Kakitangan Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share