Persatuan Penduduk WMaju R10

Persatuan Penduduk WMaju R10 Platform ini berguna untuk komunikasi, promosi acara komuniti, dan perkongsian dukungan masyarakat.

16 Feb 2026Program gulai kawah umbut Pisang  selera madani seksyen 10 w.maju.
17/02/2026

16 Feb 2026
Program gulai kawah umbut Pisang selera madani seksyen 10 w.maju.



Alhamdulillah, selesai sudah Program Rewang Gulai Kawah Menyambut Ramadhan 1447H.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima ...
17/02/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Rewang Gulai Kawah Menyambut Ramadhan 1447H.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Seksyen 10 yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Lebih membanggakan, penglibatan penuh anak-anak muda pelapis R10 yang turun padang membantu dari awal persiapan sehingga selesai majlis. Semangat, kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan membuktikan bahawa generasi pelapis kita bersedia memimpin dan meneruskan legasi perpaduan komuniti.

Inilah kekuatan sebenar Persatuan Penduduk Seksyen 10 — bersatu hati, berganding bahu, memperkukuh silaturahim.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan dan kita semua dipertemukan dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan sejahtera.


Daripada kami   Untuk semua.
17/02/2026

Daripada kami
Untuk semua.

Alhamdulillah semperna ketibaan bulan ramadhan al mubarak..persatuan peduduk WMaju seksyen 10 seperti selalunya diketuai...
17/02/2026

Alhamdulillah semperna ketibaan bulan ramadhan al mubarak..persatuan peduduk WMaju seksyen 10 seperti selalunya diketuai oleh tuan pengerusi en. Ijad ( Lizad Md Zain) , abg man (Abdul Rahman bin mohamad) serta ajk ajk yang lain dalam program memasak gulai kawah umbut Pisang sekawah Dan diagihkan kepada penduduk seksyen 10 kampung ku.

Kepada semua
Selamat menyambut ibadah puasa dibulan ramadhan bermula 19hb Feb 2026.

SESI LIBAT URUS BERSAMA DBKL – 11 FEBRUARI 2026Alhamdulillah, semalam telah berlangsung sesi libat urus antara Persatuan...
11/02/2026

SESI LIBAT URUS BERSAMA DBKL – 11 FEBRUARI 2026

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung sesi libat urus antara Persatuan Penduduk Seksyen 10 Wangsa Maju bersama pihak DBKL Cawangan Setiawangsa yang dipengerusikan oleh Puan Nor Irdawaty binti Ismail.

Pelbagai isu komuniti telah dibincangkan secara terbuka antaranya berkaitan pengurusan gelanggang, masalah kenderaan terbiar, isu parkir di jalan utama serta hal-hal kebersihan dan keselamatan kawasan. Pihak DBKL memberi maklum balas yang baik dan komited untuk meneliti setiap perkara yang dibangkitkan.

Terima kasih kepada semua wakil penduduk yang hadir serta pihak DBKL atas ruang perbincangan yang amat bermakna ini. Insya-Allah Persatuan akan terus menjadi suara penduduk dan memastikan tindakan susulan dibuat demi kesejahteraan Seksyen 10.

Seksyen 10 Bersatu • Komuniti Maju • Wangsa Sejahtera

Mewakili pihak Persatuan Penduduk & Pengerusi , bersama rakan-rakan penduduk kami berkesempatan melawat Tuan Haji Dahlan...
05/01/2026

Mewakili pihak Persatuan Penduduk & Pengerusi , bersama rakan-rakan penduduk kami berkesempatan melawat Tuan Haji Dahlan yang kurang sihat di Institut Jantung Negara. Sama-sama kita doakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan rawatan dan kembali sihat seperti sediakala. 🤲

Semperna Cuti sekolah bulan ini..Jom sertai pertandingan  Monile Legend!!
09/12/2025

Semperna Cuti sekolah bulan ini..Jom sertai pertandingan Monile Legend!!

Persatuan Penduduk R10 hari ini mengadakan lawatan ziarah prihatin ke rumah En. Aziz dari Blok A9 dan En. Shaari dari Bl...
06/12/2025

Persatuan Penduduk R10 hari ini mengadakan lawatan ziarah prihatin ke rumah En. Aziz dari Blok A9 dan En. Shaari dari Blok C10 yang kini kurang sihat.
Pengerusi En. Ijat bersama beberapa wakil persatuan menyerahkan sedikit sumbangan tanda sokongan dan keprihatinan.
Semoga Allah mengurniakan kesembuhan dan kekuatan kepada mereka.
Komuniti yang kuat ialah komuniti yang saling mengambil berat.

Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Bowling Persatuan Penduduk Seksyen 10. Terima kasih kepada semua peserta, AJK ...
30/11/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Bowling Persatuan Penduduk Seksyen 10. Terima kasih kepada semua peserta, AJK dan penaja yang menjayakan program ini. Tahniah kepada para pemenang!
Semoga kita terus bersukan, berukhwah dan memeriahkan lagi komuniti kita. 🎳✨

Gambar sekitar pertandingan dilangsungkan!

Tahniah & terima kasih kepada Tuan Pengerusi En. Ijat bersama En. Mazelan atas usaha menaik taraf papan tanda “Selamat D...
28/10/2025

Tahniah & terima kasih kepada Tuan Pengerusi En. Ijat bersama En. Mazelan atas usaha menaik taraf papan tanda “Selamat Datang ke Seksyen 10”!
Kini lebih segar, lebih ceria — tanda kita terus maju sebagai komuniti yang aktif & prihatin 💚

Sekitar Program KRT Wangsa Maju Seksyen 10.
06/10/2025

Sekitar Program KRT Wangsa Maju Seksyen 10.

Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 10 telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada salah seorang ahli p...
25/07/2025

Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 10 telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada salah seorang ahli persatuan.
Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat dan memudahkan urusan harian penerima.
Persatuan akan terus komited membantu ahli yang memerlukan, seiring semangat kebersamaan dalam komuniti kita.

Address

Lot 23479, Wangsa Maju Seksyen 10
Kuala Lumpur
53300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk WMaju R10 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share