Pada 8 Jun 2016 sekumpulan NGO-NGO Islam serta gabungan NGO yang mewakili lebih 500 pertubuhan bersepakat membentuk Sekretariat Akta 355 bagi menyokong dan memastikan rang undang-undang persendirian ia itu pindaan RUU Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat bagi memperkasa dan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah pada 26 Mei 2016 di luluskan. Seterusnya sidang media jug
a di buat bagi mewarwarkan penubuhan jawatakuasa khas ini.
4. UMMAT juga bersetuju bahawa pembentukan jawatankuasa khas itu berfungsi sebagai penyelaras dalam mengendali aktiviti-ativiti yang berkaitan dengan isu ini. Perbincangan juga bersepakat bahawa pindaan Akta 355 tidak menyentuh orang bukan Islam di Malaysia mahupun mempunyai kaitan dengan undang-undang Hudud. Orang bukan Islam tiada hak untuk mencampuri urusan orang Islam dan Agama Islam
5. Seterusnya pada 16 Jun 2016 mesyuarat ke2 telah di adakan untuk membentuk kluster-kluster bagi menggerakan pelbagai bentuk program kearah Misi dan Objektif Sekretariat Akta 355 @ UMMAT , antaranya mengadakan Perhimpunan Aman Menyokng Pindaan Akta 355 di perkarangan Masjid Negara pada 24 Jun 2016
6. Objektif UMMAT adalah untuk Memastikan Pindaan Akta 355 Diluluskan oleh Parlimen agar dapat ditingkatan Autonomi Negeri untuk membendung gejala maksiat dan salahlaku Syariah. Selanjut nya, UMMAT akan menjalankan aktiviti untuk merealisasikan objectif itu melalui aktiviti-aktiviti mengikut Kluster dan antara aktiviti-aktiviti yang sudah di rancang dan akan di laksanakan adalah
i. Forum Mega
ii. Solat hajat dan Munajat Perdana
iii Publisiti media termasuk media sosial
iv Program jelajah negara penerangan Akta 355
v. Perhimpunan Aman di Parlimen