Jabatan Pengundi Luar

Jabatan Pengundi Luar a community where current issues are shared to public.

02/02/2026

Agenda Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu tindakan politik yang berisiko merugikan rakyat. Dana awam yang sepatutnya digunakan untuk memperkukuh perkhidmatan asas akhirnya dibelanjakan bagi memilih pemimpin politik di peringkat tempatan. Lebih membimbangkan, kuasa terhadap pembangunan bandar dan pengurusan hasil cukai akan terdedah kepada salah guna kuasa serta konflik kepentingan.

Bandar seperti Kuala Lumpur telah membangun dengan pesat dan terancang, seiring dengan bandar-bandar utama dunia, tanpa memerlukan pilihan raya PBT. Model pentadbiran sedia ada telah terbukti mampu memastikan kestabilan, kesinambungan dasar dan kecekapan pelaksanaan.

Oleh itu, tiada keperluan untuk menambah satu lagi lapisan kuasa politik yang belum tentu membawa kebaikan kepada rakyat, malah berpotensi menimbulkan ketidaktentuan serta pertindihan kuasa.

Lebih serius, agenda ini berpotensi membuktikan bahawa kaum Melayu akan terpinggir dan diketepikan, khususnya di kawasan bandar. Struktur demografi dan realiti politik semasa menunjukkan bahawa pilihan raya PBT boleh membuka ruang kepada dominasi satu pihak, sekali gus menafikan prinsip keadilan sosial dan keseimbangan antara kaum.

Kebimbangan ini bukan tanpa asas. Ia memperlihatkan niat politik yang tidak ikhlas, menggunakan kuasa politik untuk mengasingkan dan meminggirkan kaum peribumi melalui mekanisme pentadbiran tempatan. Jika dibiarkan, pendekatan ini akan menghakis peranan Melayu dalam menentukan hala tuju pembangunan bandar dan pengagihan sumber.

Hari ini, kerajaan yang mentadbir bukan milik mana-mana parti tunggal.
Ia adalah sebuah kerajaan campuran, dan Barisan Nasional merupakan sebahagian daripadanya. Selagi Barisan Nasional berada dalam kerajaan, agenda Pilihan Raya PBT ini tidak akan dibenarkan untuk dilaksanakan.

DAP perlu menerima hakikat ini dan melupakan hasrat tersebut. Jika suatu hari nanti—Nauzubillah—mereka mentadbir negara tanpa Barisan Nasional, maka ketika itulah mereka boleh melaksanakan model pentadbiran samarata yang mereka perjuangkan. Namun bukan hari ini, dan bukan di bawah kerajaan campuran yang menjunjung kestabilan, keseimbangan dan kepentingan semua kaum.

Sejak awal, Barisan Nasional konsisten menolak sebarang bentuk penjajahan politik strategik yang boleh mengancam keharmonian masyarakat dan kestabilan negara, termasuk agenda yang cuba didorong oleh DAP melalui pintu pentadbiran tempatan.

UMNO Bukit Bintang bersama Sahabat Bukit Bintang akan mengadakan satu bengkel eksklusif AI FOR CREATOR yang akan membuka...
19/01/2026

UMNO Bukit Bintang bersama Sahabat Bukit Bintang akan mengadakan satu bengkel eksklusif AI FOR CREATOR yang akan membuka peluang baharu dalam dunia kandungan digital menggunakan teknologi AI terkini!

📅 Tarikh: 31 Januari 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan Perdana Tunku Abdul Rahman Business Centre, No 399 Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Bengkel ini akan mendedahkan anda kepada penggunaan:
• Canva AI Tools
• Gemini
• OpenAI / ChatGPT

Sesuai untuk usahawan, pencipta kandungan, pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kreativiti serta produktiviti dengan AI.

Bengkel ini adalah PERCUMA dan terhad kepada 100 orang peserta sahaja. Scan QR atau klik link dibawah untuk pendaftaran.

https://forms.gle/tgjkWozdzVcrdcHm6

📢 JEMPUTAN TERBUKA – (SIRI VOICE OF KL) Anjuran *SPARK (Sekretariat Perundangan & Advokasi KL)*  UMNO Bahagian Bukit Bin...
17/12/2025

📢 JEMPUTAN TERBUKA – (SIRI VOICE OF KL)

Anjuran *SPARK (Sekretariat Perundangan & Advokasi KL)*
UMNO Bahagian Bukit Bintang

🗣️ *Dialog Terbuka:*
“Seks Songsang: Perlukah Undang-Undang Dipinda?”

📅 *Tarikh:* Khamis, 18 Disember 2025
🕣 *Masa:* 8.30 malam
📍 *Lokasi:* Dewan Perdana, Tunku Abdul Rahman Business Centre. Jalan Tuanku Abdul Rahman KL

🎙️ *Panel:*

1. *Datuk Lukman Sheriff*
2. *Dato’ Hasnal Rezua Merican*
3. *Dato’ Adnan Seman*
4. *Ku Amirul* (Moderator)

✅ *Ahli-ahli UMNO Bahagian & orang ramai dijemput hadir* – ruang dialog terbuka, ilmiah dan penuh pencerahan!

📌 *Sila sahkan kehadiran anda di link berikut:*
👉 https://forms.gle/Wirm6fummdJoWNHc6

Jom hadir & sebarkan!

Satu majlis memorandum persefahaman diantara Sahabat Bukit Bintang dan Kelab Bradermotor termeterai pada 2hb Ogos 2025 b...
02/08/2025

Satu majlis memorandum persefahaman diantara Sahabat Bukit Bintang dan Kelab Bradermotor termeterai pada 2hb Ogos 2025 bertempat di TARBIZ Centre, Sahabat BB diwakili Saudara Ridzuan Zambry manakala Brader Motor diwakili Saudara Kamsani (Pengerusi Kelab Brader Motor). Kerjasama bersama ahli ahli bersekutu untuk memanfaatkan jalinan kerjasama program program yang akan dijalankan oleh Sahabat Bukit Bintang. Semoga dipermudahkan segala urusan. Insyallah

Mohd Ameer Hussain bin Anver Hussain.
Pengerusi JPL Bukit Bintang

Address

Lot 399 Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
60000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengundi Luar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share