PSSCM - komuniti sana sini

Call Directions Website Contact the organization

PSSCM - komuniti sana sini page Komuniti PSSCM sana-sini ini adalah bagi memberi peluang kepada semua ahli PSSCM di sem Sekian. (Unit IT, Jabatan Urusetia, PSSCM)

page Komuniti PSSCM sana-sini ini disediakan adalah bagi memberi peluang kepada semua ahli PSSCM di semua peringkat akar umbi sama ada di cawangan, pusat latihan, kelas latihan dan kelas-kelas di IPT menyalurkan maklumat dan aktiviti masing-masing untuk di kongsi bersama. FB Admin di peringkat cawangan, pusat latihan, kelas latihan dan kelas-kelas di IPT diminta PM (message) kepada admin bagi kebenaran aksess sebagai admin di page ini.

16/07/2026

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž ๐—–๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—–๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐——๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”

Setinggi-tinggi ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› dan ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ diucapkan kepada ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐€โ€™๐ณ๐ข๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ข๐ณ๐š๐ซ ๐›๐ข๐ง ๐‘๐ฎ๐ฌ๐๐ข, guru penasihat PSSCM MRSM Pendang serta empat orang pelajar MRSM Pendang di atas kejayaan memenangi pingat Gangsa di dalam ๐Ÿฏ๐—ฟ๐—ฑ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ก๐—ฒ๐˜…๐˜-๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป & ๐—ง๐—ฒ๐—ฐ๐—ต๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐˜† ๐—˜๐˜…๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป (๐—ถ-๐—ก๐—˜๐—ซ๐—ง๐—˜๐—–๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ) yang diadakan secara atas talian melalui projek yang bertajuk:

๐—ฉ๐—ถ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—–๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ: ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—–๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

Empat orang penyelidik cilik PSSCM yang terlibat adalah:
1. Nuruddin Fitri bin Mohd Iqbal
2. Putri Syaurah Sajida binti Megat Shahrul Amri
3. Nurfaiqa Irdina binti Mohammad Nizan
4. Muhammad Adam Syawal bin Shuhaidee

Secara ringkasnya, VirtuCekak merupakan platform pembelajaran mudah alih interaktif Seni Silat Cekak Malaysia berasaskan Android. Ianya dibangunkan untuk menyediakan akses pengajaran dan pembelajaran Seni Silat Cekak Malaysia secara digital, merangkumi video buah-buah pelajaran, sejarah, falsafah, serta modul kesedaran anti buli dan nombor kecemasan untuk dihubungi.

Melalui integrasi bahan pembelajaran multimedia, pembelajaran reflektif dan pendidikan nilai dalam satu platform, VirtuCekak membolehkan pengguna mengakses kandungan tanpa mengira masa dan lokasi, di samping menggalakkan pembelajaran aktif, refleksi kendiri, pembentukan sahsiah positif serta pemeliharaan warisan bangsa Melayu.

Pencapaian cemerlang ini membuktikan ilmu silat bukan sekadar sebuah ilmu mempertahankan diri, malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran inovasi dan berfikiran kritis dalam kalangan pelajar terutamanya di MRSM. Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan lagi taraf ilmu Silat Cekak di persada dunia.

๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ-๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ

๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ž, ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐——๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง

๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž

16/07/2026
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dan Tahniah dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangk...
16/07/2026

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dan Tahniah dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah serta keluarga & KDPB Pemangku Raja Pahang ke Program Kunjungan Muhibbah DiRaja.

Silat Cekak:
Dari Istana ke Jiwa Bangsa.

Silat Cekak:
Adat dijunjung, Daulat disanjung.

Silat Cekak:
Silat DiRaja, Bangsa Berdaulat.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

01/09/2024

Lahirnya CEKAK kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan Seni Kebangsaan,
Menyesuaikan dengan makna Kemerdekaan.

Pantun Silat Cekak Malaysia, bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2024 iaitu "Malaysia Madani : Jiwa Merdeka".

Sayangi Malaysia, tanah tumpah darah tercinta...

Silat Cekak Malaysia.
Bukan sekadar Silat.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2024!!

24/07/2024

SEREMBAN: Menuju usia 60 tahun, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah melancarkan logo Sambutan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM dengan tema Sambutan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM adalah โ€œSilat Tonggak Jati Diri Bangsaโ€™ Sempena itu juga (PSSCM) telah mengadakan program Sambutan 59 Tahun dan P...

20/07/2024

20 JULAI 2024 - 14 MUHARAM 1446H - DEWAN DATUK HAJI MAIDEEN, NEGERI SEMBILAN

Address

708, Jalan Sentul, Bangunan Silat Cekak
Kuala Lumpur
51000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSCM - komuniti sana sini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PSSCM - komuniti sana sini:

Shortcuts

Sponsored

Share