15/05/2026
Pemergian Mohd Amzad bukan sahaja dirasai oleh Kengkawan Project, malah turut ditangisi oleh seluruh anak-anak di Pertubuhan Kebajikan Al Taqwa Baling Buat mereka, Amzad bukan sekadar insan yang membantu, tetapi bagaikan seorang “Ayah” ,tempat bergantung, tempat bercerita dan tempat merasa selamat.
Jenazah dijangka dikebumikan di Kg Sadek, Baling, Kedah malam ini. Dan pastinya rumah anak yatim ini akan sangat merindui sosok insan sebaik Amzad.
Kami di Kengkawan Project menyeru orang ramai agar terus menyumbang demi kelangsungan rumah ini, kerana antara pesan terakhir arwah Amzad kepada kami adalah untuk terus mencari dana buat anak-anak Al-Taqwa.
Kepada semua yang telah bersama membantu Kengkawan Project dan Al-Taqwa sepanjang 11 tahun ini, kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga segala kebaikan dan jasa kalian dibalas sebaik-baiknya oleh Allah SWT🙏
PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN AL TAQWA BALING, KEDAH
02048010056891
BANK RAKYAT :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH AL TAQWA BALING
1100017378