02/09/2026
31/8/2026 Isnin.Sambutan Maulidur Rasul & Merdeka di HQ MA.
Dipagi yang indah program dimulai dengan alunan solawaat dan doa dari Al-Fadhil Ustaz Mohamad Raffee.Diteruskan selepas bacaan doa dengan tazkirah yg disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Rijal Sajiman.Alhamdulillah.
Sessi kedua program sambutan hari Merdeka yang berkonsep kembali ke zaman 70 & 80an dimana acara pertandingan memasak menjadi tumpuan.Peserta bertanding sebanyak 6 kumpulan yg mendaftar terawal sahaja diterima.Keunikan pertandingan memasak era zaman 70 & 80 dimana setiap kumpulan diberi masa sebulan untuk buat persediaan dapur masak.Takjubnya pada hari kejadian suasana HQ MA berubah seolah-olah berada di zaman 70 & 80 an.Ahli MA hadir dengan berpakaian mengikuti thema.Hanya ahli yang hadir dapat merasai suasana legend yg berlaku pada hari tersebut. Kemas kini FB Pertubuhan Amal Dan Kebajikan Insaniah Selangor ini merakamkan kenangan abadi.Suasana perkampungan zaman 70 & 80an kedai Pak Rapi menjadi tumpuan para Peserta pertandingan memasak membeli barang keperluan dapur dari A hingga Z.Begitu riuh rendah suasana kedai Pak Rapi dari mulanya pertandingan masak dilancarkan.Bukan barang dapur sahaja dijual.Ada berbagai jenis barangan yang terdapat di kedai runcit Pak Rapi(Tokey kedai Ustaz Mohamad Raffee) dengan harga murah-murah meriah Setiap barang dapur seperti gula,tepung, minyak masak, asam, garam,bawang, cili, kelapa parut, jajan-jajan dan berbagai lagi berharga 0.05 sen hingga 0.50 sen.Harga barang ikut zaman.Begitu jugak kedai makan Pak Isa dan Makcik Semah laku laris manis Nasi lemak telur mata berharga 0.30 sen sepinggan.Kuih muih yang lazat berharga 0.10 sen seketul habis licin terjual.Tidak cukup dengan itu ada juga jualan roti bermotor keliling kampung dari Pak Ani.Semua roti cepat habis terjual.Roti harga 0.10 sen dan roti buku harga 0.50 sen hingga berebut² dibeli.Sementara menunggu peserta pertandingan memasak siap,pertandingan permainan rakyat dijalankan.Hanya permainan
baling kelapa,susun tin, raut lidi penyapu,anyam ketupat, kopek kelapa, sambung tali dan dam ular yang sempat dijalankan manakala permainan bola beracun,congkak bawah rumah dan Batu seremban tidak sempat dijalankan Atas faktor masa.Tahniah pada semua pemenang dan keluarga besar ahli MA yang hadir.Anda semua pemenang dihati kami.
Ribuan terima kasih pada barisan Ajk MA dan semua ahli yg hadir dan ahli MA yang menyumbang untuk menjayakan program Maulidur Rasul & Merdeka pada tahun 2026.Semoga ukhwah antara kita semua kekal hingga ke jannah.Aameen²
#
#
Tina Wardi