WADI Malaysia

Directions Contact the organization

WADI Malaysia The Future for Women in Malaysia Redesigned Menggalakkan percambahan idea-idea baru dan praktikal yang dapat membantu membela nasib komuniti yang tertinggal.

Membentuk komuniti wanita Malaysia diperbagai peringkat usia dan latar belakang yang lebih terbuka dan progresif dengan berpaksikan Islam. Mengenalpasti cabaran terkini wanita di Malaysia dengan menumpukan kajian tentang peluang, ekonomi, pendidikan, kerjaya dan pembangunan institusi. Menyuburkan usaha untuk meningkatkan pegangan ekonomi kaum wanita bagi menjana pendapatan diri, keluarga dan masyarakat melalui penglibatan lebih signifikan dalam perusahaan dan perniagaan. Menggembling usaha meningkatkan kapasiti wanita agar lebih berani dan berkeyakinan. Menyokong cita-cita Malaysia menjadi negara maju dengan meletakkan wanita sebagai ‘game changer’.

Khalayak dunia bukalah mata https://www.facebook.com/share/p/1C1JLPQzLs/
20/08/2026

Khalayak dunia bukalah mata
https://www.facebook.com/share/p/1C1JLPQzLs/

Switzerland has selected the film “Who Is Still Alive?” to officially represent it in competition for the Oscar for Best International Film for 2027. The film documents testimonies and stories of 9 Palestinian survivors of the genocide in the Gaza Strip, covering experiences of loss, displacement and survival, and shedding light on aspects of memory, resilience and human bonds through a retrospective map of the Strip’s cities and camps. It launched its screenings at prominent international festivals including Venice, Toronto, Locarno, Cairo and Amman, before being selected in August 2026 to represent Switzerland in the 99th Oscar race

Setakat April ini 241 kes jenayah kanak-kanak berbanding 628 kes dilaporkan bagi negeri Selangor pada tahun 2025. Ini fa...
14/06/2026

Setakat April ini 241 kes jenayah kanak-kanak berbanding 628 kes dilaporkan bagi negeri Selangor pada tahun 2025. Ini fakta peningkatan yang pahit ditelan dalam usaha membimbing generasi pelapis negara.

Mahkamah Bagi Kanak-kanak bukan sahaja mengendalikan kes jenayah, kes kanak-kanak turut merangkumi pengabaian, penderaan, penjagaan tetap dan sementara.

Sungguh banyak ilmu & maklumat yang dikongsi oleh pakar di lapangan dalam Program Pemantapan Penasihat Mahkamah Negeri Selangor anjuran JKM Negeri Selangor pada 13 Jun 2026 di Petaling Jaya.

Di antara penceramah jemputan adalah Yang Arif Puan Farah Azura, mantan Majistret MBKK Daerah Petaling dan Puan Roziah Osman, Ketua Penolong Pengarah JKMNS.

Sekalung tahniah buat JKM Negeri Selangor atas kejayaan inisiatif program mempertingkatkan ilmu perundangan kanak-kanak 'for the best interest of the child'.

Alhamdulillah acara tahunan Qurban WADI 2026 berjalan lancar. Sembelihan, pemotongan dan penghantaran daging korban tela...
30/05/2026

Alhamdulillah acara tahunan Qurban WADI 2026 berjalan lancar.
Sembelihan, pemotongan dan penghantaran daging korban telah dilaksanakan dengan kerjasama Sinha Farm Sdn. Bhd selaku pembekal lembu korban.

Manakala agihan p**a telah disempurnakan melalui wakil persatuan penduduk PPR Kota Damansara dan PPR Lembah Subang kepada para penerima.

Terimakasih yang tidak terhingga buat para peserta Qurban WADI 2026. WADI Malaysia sentiasa mendoakan agar budi baik kalian diberikan ganjaran pahala dan syurga, Amin Ya Rabbal Alamin.

Yang menjalankan amanah,

Sukmamurni Abdul Manaf
Presiden Pertubuhan Pembangunan & Inovasi Wanita
(WADI Malaysia)

25/05/2026

TIP AJAR ANAK BAHAYA MAKHLUK PEDOF*L

Makin risau bila akhir-akhir ini semakin meriah cerita orang dewasa yang sepatutnya selamat bagi anak-anak tapi akhirnya jadi syaitan rakus yang merosakkan maruah anak-anak.

Bagi pelaku, biarlah sistem keadilan mengurus mereka.
Bagi anak-anak, tugas kitalah sebagai ibu bapa menyediakan mereka dengan benteng bagi ancaman ini.

Jangan tunggu anak besar baru bercakap tentang keselamatan. Bahkan yang dah remaja juga masih perlukan perlindungan.

Pedofil dan pemangsa seksual tidak semestinya menggunakan paksaan. Ada yang menggunakan grooming, membina kepercayaan, memberi perhatian, hadiah, pujian atau membuat anak rasa “istimewa” sebelum mengambil kesempatan.

Tips didik anak & remaja tentang bahaya pedofil dan pemangsa seksual (Inspirasi dari buku Psikologi Si Remaja.

1. Ajarkan konsep “badan saya milik saya”
Tiada siapa berhak menyentuh badan tanpa persetujuan dan tanpa sebab yang selamat.

2. Bezakan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.
Bukan hanya sentuhan, termasuk komen seksual, permintaan gambar atau perbualan yang membuat anak tidak selesa.

3. Ajarkan hak untuk berkata TIDAK.
Walaupun kepada orang lebih tua, orang dihormati, saudara atau orang yang dikenali.

4. Terangkan tanda-tanda grooming
Contohnya:
• minta simpan rahsia daripada ibu bapa
• beri hadiah atau perhatian berlebihan
• cuba asingkan anak daripada keluarga
• bercakap perkara seksual secara perlahan-lahan
• buat anak rasa “awak lebih matang daripada orang lain”

5. Keselamatan digital sangat penting untuk remaja
• Jangan kongsi gambar peribadi atau lokasi
• Elakkan akaun rahsia tanpa pengetahuan ibu bapa
• Hati-hati dengan permintaan video call, gambar atau DM peribadi
• Ingat: gambar yang dihantar boleh disimpan dan disebarkan

6. Bincang tentang red flags hubungan tidak sihat.
Bukan 'cinta' jika seseorang tu:
– memaksa simpan rahsia
– mengugut akan marah/tinggalkan
– memaksa kongsi gambar
– terlalu mengawal atau obses

7. Jangan hanya pesan “jangan bercakap dengan orang asing”
Ramai pelaku sebenarnya orang yang dikenali. Ajar anak percaya pada rasa tidak selesa mereka sendiri.

8. Bina budaya “boleh balik tanpa dimarahi”
Remaja perlu tahu:
“Kalau adik tersalah langkah, rasa tak selamat atau perlukan bantuan: telefon mama/papa. Kita selesaikan dulu, marah kemudian.”

9. Ayat yang boleh ibu bapa gunakan kepada remaja:
“ibu/ayah lebih pentingkan keselamatan awak daripada kesempurnaan awak.”

Pendidikan keselamatan bukan untuk menjadikan anak takut kepada dunia. Ia untuk membantu mereka mengenal sempadan, menjaga maruah diri dan berani meminta pertolongan.

Mesej Psikologi Si Kecil dari Facebook Dr Rozanizam Zakaria

*QURBAN AIDILADHA WADI KEMBALI LAGI!*Ayuh tunaikan ibadah Qurban anda bersama kami.✅️ *RM830* SAHAJA UNTUK SATU BAHAGIAN...
12/04/2026

*QURBAN AIDILADHA WADI KEMBALI LAGI!*

Ayuh tunaikan ibadah Qurban anda bersama kami.

✅️ *RM830* SAHAJA UNTUK SATU BAHAGIAN!
✅ *Slot terhad* – tempah sekarang sebelum kehabisan!
✅Daging qurban diagihkan kepada asnaf, miskin & anak yatim

☎️ Untuk tempahan segera, hubungi *Sukma: 010-5035688*

Bayaran terus ke akaun
*CIMB 8602-5416-72*
Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung.

Ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakannya. Ia juga merupakan sunat muakkad yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah SWT:
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” - Al-Kauthar 108:2

Pada suatu ketika dulu, sekitar kurun ke-15, kuasa besar Sepanyol dan Portugis pernah berbagi benua jajahan.Kini Perang ...
10/04/2026

Pada suatu ketika dulu, sekitar kurun ke-15, kuasa besar Sepanyol dan Portugis pernah berbagi benua jajahan.

Kini Perang US–Israel ke atas Iran, memaksa naratif yang sama bertujuan mengekang dan menundukkan kuasa besar lain di Asia Barat.
Penceramah jemputan khas Dr. Habibreza Arzani, Cultural Counsellor dari Kedutaan Republik Islam Iran berganding dengan Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, Pengarah CMICS-ISTAC mengupas agenda licik di sebalik peperangan dan penjajahan.

Majlis ilmu bertarikh 8 April 2026 ini berseri dengan kehadiran Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

08/03/2026

ِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

With profound sorrow, we receive the news of the passing of Syed Muhammad Naquib al-Attas at 6.47pm on 8th March 2026 / 18 Ramadhan 1447 AH.

May Allah envelop him in His Mercy and gather him among the prophets, the truthful, the martyrs, and the righteous.

Al-Fatihah.

There will be prayer for the deceased at 11.30am at Masjid Taqwa TTDI on 9th March 2026.

Sekalung tahniah buat MAPIM atas kerjasama dengan Palimar sebuah NGO antarabangsa yang nekad sepakat membangunkan semula...
06/03/2026

Sekalung tahniah buat MAPIM atas kerjasama dengan Palimar sebuah NGO antarabangsa yang nekad sepakat membangunkan semula tanah rahmat Palestin.

Majlis menandatangani perjanjian berlangsung dalam sebuah majlis iftar perdana yang dirasmikan oleh YAM Raja Temenggung Perlis. Semoga usaha ini beroleh keberkatan & sokongan umat sejagat.

Jutaan terima kasih jemput kami WADI Malaysia 🫶🫶. Alhamdulillah syukur kami dapat sama-sama menunaikan solat gerhana pada malam 3 Mac 2026 yang serba indah.

Ini bukti. Satu dunia jadi saksi.Sudah satu pelusuk mendengar suaramu Hind. Kisah Hind bagai menyiat-nyiat hati jadi ceb...
06/02/2026

Ini bukti. Satu dunia jadi saksi.

Sudah satu pelusuk mendengar suaramu Hind. Kisah Hind bagai menyiat-nyiat hati jadi cebis-cebis kecil berdarah. Tuhan Maha Adil, Hind kini sedang bermain ceria di jannatul firdaus.

Ucapan sekalung terima kasih kepada pihak penaja yang berbesar hati membawa kisah Hind pada malam 4 Januari 2026.

Filem The Voice of Hind Rajab, dengan nama Brad Pitt & Joaquin Phoenix di antara penerbitnya, dicalonkan dalam kategori Best International Feature Film di Anugerah Oscar Academy.

Jemput tonton sebelum terlambat. Biar mata & telinga kita turut jadi saksi menuntut keadilan buat anak kecil 6 tahun maut dek tembakan kereta kebal Is ra hell!

Hadir menyokong peluncuran Project for Happiness 2.0 anjuran MyStarfish Foundation dan KHIND Malaysia pada 16 Januari 20...
19/01/2026

Hadir menyokong peluncuran Project for Happiness 2.0 anjuran MyStarfish Foundation dan KHIND Malaysia pada 16 Januari 2026.

Cepat-cepat rebut geran projek SULAM bernilai RM3k - RM10k bagi pelajar kolej & universiti. Bidang fokus utama adalah meningkatkan taraf kehidupan komuniti, kesejahteraan dan promosi seni & budaya.

Sejak 2014, Project for Happiness telah banyak menyumbang dalam memartabatkan kehidupan kump**an sasar di seluruh Malaysia.

📌 Tarikh tutup pada 31 Mac 2026 ya adik-adik.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WADI Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to WADI Malaysia:

Shortcuts

Sponsored

Share