Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) The Malaysian Film Producers Association or Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) was established in 1980. Zahrin Aris
(Insan Multimedia (M) Sdn Bhd)

PEN.

Malaysian Film Producers Association or better known as PFM is a trade association was established since 1980 as a Non-Profit Organization (NGO) body representing the Film, TV & Digital Media industry recognized by Malaysian Government. It is a professional organization providing promotion, advocacy, education and networking for our members. Membership is open to any company or individual of high standing that has managerial, budget or creative control for the production of moving visual media. PFM promotes the membership throughout our industry and to organizations of companies which use our services. We are advocates for our members in legal, business and political forums affecting our livelihood. The organization delivers on-going professional development to our members as producers, business people and citizens. Finally, fellowship between members builds a network of resources and fosters friendly competition. AHLI JAWATANKUASA PFM SESI 2026/2028
(Committee Members for 2026 - 2028)

PRESIDEN / PRESIDENT
En. Pansha
(Berjaya Film Production Sdn Bhd)

TIMBALAN PRESIDEN / DEPUTY PRESIDENT
Datuk Dr. Yusuf Haslam, ACP (K)
(Skop Productions Sdn Bhd)

NAIB PRESIDEN 1 / VICE PRESIDENT 1
Dato’ Normashayu Puteh
(Pencil Pictures & Records Sdn Bhd)

NAIB PRESIDEN 2 / VICE PRESIDENT 2
Datuk Hasniza Nordin
(Saphire Screen Sdn Bhd)

SETIAUSAHA KEHORMAT / HONORARY SECRETARY
En. SETIAUSAHA KEHORMAT / ASST. HONORARY SECRETARY
Datuk Ahmad Izham Omar
(Komet Production Sdn Bhd)

BENDAHARI KEHORMAT / HONORARY TREASURER
Dato’ Nancie Foo
Produksi Seni 2020 Sdn Bhd

AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBER
En. Keoh Chee Ang (Multimedia Film Production Sdn Bhd)
En. Harvinder Uppal (White Merpati Entertainment Sdn Bhd)
En. Denes Kumar Ragupathy (Veedu Production Sdn Bhd)
Pn. Zurina Mohd Ramli (Independent Pictures Sdn Bhd)
En. Shures Ratnakrisnan (Suraya Filem Production And Distribution (M) Sdn Bhd)
Cik Gayatri Su-Lin Pillai (Cat Fat Entertainment Sdn Bhd)

LANTIKAN KHAS / SPECIAL APPOINTMENT
YM Raja Jastina Raja Arshad (Astro Shaw Sdn Bhd)
Puan Nini Yusof (Primeworks Studios Sdn Bhd)

JURU AUDIT DALAM / INTERNAL AUDITOR
En. Peter Foo (Juita Viden Sdn Bhd)

10/10/2026
09/10/2026

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN PENERBIT FILEM MALAYSIA (PFM)

PFM SAMBUT BAIK BELANJAWAN 2027, HARAP PERUNTUKAN RM130 JUTA PERKASA INDUSTRI KREATIF MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 9 OKTOBER 2026 – Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atas pengumuman menerusi Belanjawan 2027 yang menyediakan sokongan kepada industri filem, muzik dan kandungan kreatif negara.

PFM menyifatkan pengumuman ini sebagai langkah positif ke arah memperkukuh ekosistem industri kreatif Malaysia, khususnya dalam merangsang pertumbuhan produksi tempatan, membuka peluang pekerjaan, meningkatkan daya saing penggiat industri serta memperluas pasaran kandungan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, PFM berpandangan bahawa keberkesanan pelaksanaan dasar dan inisiatif yang diumumkan merupakan faktor penting bagi memastikan sokongan kerajaan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata, menyeluruh dan berterusan kepada seluruh ekosistem industri kreatif, khususnya industri perfileman negara.

PENGECUALIAN DUTI HIBURAN: LANGKAH POSITIF UNTUK INDUSTRI FILEM TEMPATAN

PFM menyambut baik pengumuman pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi tiket tayangan filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan mulai tahun 2027.

Inisiatif ini merupakan perkembangan positif yang telah lama dinantikan oleh industri perfileman, susulan permohonan dan usaha advokasi yang dikemukakan oleh pihak industri melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Komunikasi.

Pelaksanaannya berpotensi merancakkan kehadiran penonton ke pawagam, menyokong pertumbuhan kutipan filem tempatan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif kepada penerbit filem dan pengusaha pawagam.

Sehubungan itu, PFM berharap agar langkah yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan ini dapat dijadikan rujukan oleh kerajaan negeri-negeri lain untuk turut mempertimbangkan pengecualian duti hiburan yang sama, tertakluk kepada bidang kuasa dan dasar masing-masing.

Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri amat penting bagi memastikan dasar sokongan terhadap industri filem dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh. Usaha ini bukan sahaja dapat membantu penerbit dan pengusaha pawagam, malah berpotensi memberikan limpahan manfaat kepada keseluruhan rantaian nilai industri perfileman Malaysia.

PERUNTUKAN RM130 JUTA PERLU DITERJEMAHKAN KEPADA MANFAAT NYATA

PFM berharap peruntukan sebanyak RM130 juta yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkasa industri kreatif dapat dilaksanakan melalui mekanisme pembiayaan dan inisiatif sokongan yang berkesan, telus serta mudah diakses oleh penerbit tempatan.

PFM menegaskan bahawa pelaksanaan peruntukan ini perlu mengambil kira keperluan sebenar industri perfileman, khususnya cabaran peningkatan kos penerbitan, pemasaran dan pengedaran, di samping persaingan yang semakin sengit dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

Mekanisme pelaksanaan yang jelas, proses permohonan yang munasabah serta kriteria penilaian yang mengambil kira realiti operasi syarikat produksi amat penting bagi memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan kepada pihak industri yang memerlukan.

PFM turut berharap agar manfaat peruntukan tersebut dapat dirasai secara menyeluruh, bukan sahaja oleh syarikat penerbitan, malah oleh kru produksi, penggiat seni, tenaga kerja teknikal dan semua pihak yang terlibat dalam rantaian nilai industri kreatif.

Pelaksanaan yang tersusun dan berkesan akan membantu memperkukuh keupayaan syarikat produksi tempatan, merangsang penghasilan karya berkualiti tinggi serta meningkatkan potensi komersial dan daya saing kandungan Malaysia. Langkah ini sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang untuk karya tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

KERJASAMA STRATEGIK DEMI KELESTARIAN INDUSTRI

PFM berharap pelaksanaan Belanjawan 2027 dapat memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan, FINAS, persatuan-persatuan industri perfileman di bawah Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) serta sektor swasta.

Kerjasama erat antara semua pihak ini amat penting bagi memastikan dasar, insentif dan mekanisme pembiayaan yang diperkenalkan memenuhi keperluan sebenar industri, dilaksanakan secara konsisten dan telus serta memberikan manfaat yang menyeluruh kepada seluruh ekosistem perfileman negara.

Sebagai persatuan yang mewakili kepentingan penerbit filem Malaysia, PFM komited untuk terus bekerjasama dengan kerajaan, FINAS, GAFEMA dan pihak berkepentingan lain dalam mengemukakan cadangan, pandangan serta maklum balas industri demi memperkukuh ekosistem perfileman negara.

PFM berpandangan bahawa sokongan dasar yang berkesan, pembiayaan yang bersesuaian, pembangunan bakat dan penerapan teknologi merupakan antara asas penting bagi membentuk industri perfileman Malaysia yang lebih mampan, profesional dan berdaya saing, serta berupaya menghasilkan karya berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

INDUSTRI KREATIF SEBAGAI PEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA

Industri kreatif yang kukuh bukan sahaja mencerminkan identiti, budaya dan kreativiti negara, malah mempunyai potensi besar untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan membangunkan harta intelek Malaysia yang bernilai tinggi.

Oleh itu, PFM berharap Belanjawan 2027 dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan dasar dan inisiatif yang konkrit, berkesan serta berimpak tinggi demi memperkukuh kedudukan industri perfileman Malaysia, meningkatkan daya saing penerbit tempatan dan memperluas capaian karya Malaysia ke pasaran antarabangsa.

PFM komited untuk terus bekerjasama dengan kerajaan, FINAS, GAFEMA dan seluruh pihak berkepentingan bagi memastikan industri perfileman Malaysia terus berkembang sebagai sebuah industri yang mampan, profesional, inovatif dan mampu menyumbang secara signifikan kepada ekonomi serta pembangunan kreatif negara.

Dikeluarkan oleh:

PANSHA
Presiden
Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)

Tarikh: 9 Oktober 2026

Tarikh: 6 Oktober 2026Mesyuarat Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) yang melibatkan 13 persatuan utama indus...
06/10/2026

Tarikh: 6 Oktober 2026

Mesyuarat Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) yang melibatkan 13 persatuan utama industri perfileman dan dipengerusikan oleh En. Pansha telah diadakan bagi membincangkan beberapa dasar serta isu semasa yang berkaitan dengan hala tuju industri perfileman Malaysia.

Antara perkara utama yang diberi perhatian ialah:

* Persediaan menghadapi perkembangan teknologi AI dan kesannya terhadap tenaga kerja, penggiat seni serta struktur industri perfileman pada masa akan datang.

* Pembangunan pangkalan data penggiat seni yang lebih tersusun bagi membantu mengenal pasti, merekod dan mengurus maklumat penggiat industri secara lebih sistematik.

* Profesionalisme dan pembangunan penggiat industri, termasuk keperluan memperkukuhkan peranan persatuan sebagai wadah yang mewakili kepentingan ahli serta industri.

* Kerjasama strategik antara persatuan-persatuan di bawah GAFEMA bagi memastikan suara industri lebih tersusun dan mempunyai representasi yang lebih kukuh dalam perbincangan bersama pihak berkepentingan.

* Kelestarian dan masa depan industri perfileman Malaysia, khususnya dalam menghadapi perubahan teknologi, ekonomi serta landskap industri yang semakin dinamik.

Mesyuarat turut melihat keperluan untuk memperkukuhkan penyatuan seluruh persatuan di bawah GAFEMA agar dapat membentuk satu pendekatan bersama dalam menghadapi cabaran baharu industri serta memastikan kepentingan penggiat dan pemain industri tempatan terus terbela.

GAFEMA dilihat mempunyai peranan penting sebagai platform penyatuan industri dalam merangka dasar, memperkukuhkan ekosistem perfileman serta memastikan industri tempatan kekal relevan, profesional dan berdaya saing dalam menghadapi Revolusi Perfileman 4.0.





Memperkukuh Kerjasama Industri 6/10/2026 - PFM mengadakan pertemuan bersama Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bag...
06/10/2026

Memperkukuh Kerjasama Industri

6/10/2026 - PFM mengadakan pertemuan bersama Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara penerbit dan pengarah, khususnya dari aspek profesionalisme, pemilihan pengarah, rate card serta mekanisme semakan keahlian.

Pertemuan ini juga menjadi langkah awal ke arah MOU PFM–FDAM dan persediaan menghadapi pelaksanaan Program Padu Citra 2.0 oleh FINAS Malaysia.

Kerjasama yang lebih tersusun, profesional dan berintegriti penting untuk membina masa depan industri perfileman Malaysia yang lebih kukuh.

Bersama membina industri. Bersama menjaga profesionalisme.

Proses Sesi Pitching Cerita Malaysia TV3 anjuran bersama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Media ...
04/09/2026

Proses Sesi Pitching Cerita Malaysia TV3 anjuran bersama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Media Prima, khas untuk ahli-ahli PFM.

Sesi ini menjadi platform eksklusif kepada ahli PFM (penerbit) untuk membentangkan idea dan konsep cerita tempatan yang berpotensi untuk diterbitkan dan disiarkan menerusi TV3.

Inisiatif ini turut membuka ruang kepada penerbit untuk mendapatkan maklum balas, pandangan serta peluang kerjasama secara lebih dekat bersama pihak Media Prima, di samping memperkukuhkan penghasilan kandungan tempatan yang berkualiti dan memenuhi cita rasa penonton Malaysia.

Sesi Pertemuan YBhg. Dato' Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bersama MCMC, JAKIM, Content Forum (CM...
04/09/2026

Sesi Pertemuan YBhg. Dato' Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bersama MCMC, JAKIM, Content Forum (CMCF), MIG, iQIYI, PFM, FDAM, PTVM, serta rakan-rakan media bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kandungan drama Madu atau Racun.

Hasil pertemuan, iQIYI dan penerbit memohon maaf serta bersetuju menurunkan enam episod yang telah ditayangkan. Kesemua 12 episod akan disunting semula dan dikemukakan kepada jawatankuasa berkaitan untuk kelulusan sebelum tayangan diteruskan.

FINAS turut menyeru kepada semua penerbit dan penyedia platform agar mematuhi garis panduan LPF serta CMCF (OCC/OTT Guidelines). FINAS akan meneliti perubahan peraturan di bawah SPP bagi memperkukuh aspek kawal selia berkaitan.




PERTEMUAN KHAS BIRO TV PFM & PROFIMA3 September 2026 – Satu pertemuan khas antara Biro TV PFM dan PROFIMA telah diadakan...
04/09/2026

PERTEMUAN KHAS BIRO TV PFM & PROFIMA

3 September 2026 – Satu pertemuan khas antara Biro TV PFM dan PROFIMA telah diadakan bagi membincangkan pelbagai isu serta cabaran semasa dalam industri, khususnya berkaitan hubungan antara pekerja belakang tabir dan pihak penerbit.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, mencari solusi terhadap isu-isu yang dihadapi, serta membina persefahaman dan kesepakatan dalam usaha memperkukuhkan kerjasama antara PROFIMA dan Jawatankuasa Biro TV PFM.

Beberapa cadangan dan gerakan bersama turut dibincangkan bagi memastikan kepentingan serta kebajikan semua pihak dalam ekosistem industri dapat terus diberi perhatian.

Pertemuan ini dipengerusikan oleh Datuk Hasniza Nordin, dengan bantuan Pn. Adriana Jasmay.

Turut hadir mewakili AJK PFM ialah Dato’ Nancie Foo, Mr. Shuresh dan Zahrin Aris.

Semoga pertemuan ini menjadi langkah positif ke arah mewujudkan hubungan industri yang lebih harmoni, profesional dan saling menghormati antara pekerja belakang tabir dan penerbit.

Terima kasih kepada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atas kesudian menerima kunjungan hormat Persatuan Pene...
20/08/2026

Terima kasih kepada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atas kesudian menerima kunjungan hormat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

Perbincangan memberi fokus kepada usaha memperkukuh sokongan pembiayaan kepada industri perfileman, khususnya melalui jaminan pembiayaan oleh SJPP kepada institusi kewangan. Kemudahan ini diharap dapat membantu syarikat penerbitan mendapatkan pembiayaan daripada bank-bank yang bekerjasama dengan SJPP bagi tujuan penghasilan kandungan kreatif.

Semoga kerjasama strategik ini dapat membuka lebih banyak peluang pembiayaan, menggalakkan pelaburan dalam industri perfileman serta membantu memperkasa ekosistem kandungan kreatif tempatan.

02/06/2026

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia berkata tindakan itu menjejaskan penerbit lain.

Address

Unit B-8-3A, Lobi B Pusat Korporat Melawati, Jalan Bandar Melawati, Taman Melawati
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60341088660

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM):

Shortcuts

Featured

Share