jomsedekah.com

jomsedekah.com Platform Sedekah Anda Hari Ini!

Malaysia for Syria (MFS) atau dahulunya dikenali dengan Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) adalah sebuah pertubuhan yang telah didaftarkan di bawah Syarikat Berhad Menurut Jaminan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama Malaysian Life Line for Syria berhad. Bermula dengan gerakan advokasi 'Save Syria' untuk mengangkat isu peperangan dan pembunuhan ke atas rakyat Syria pada Januari 2012 y

ang kemudiannya perlaksanaan misi bantuan kemanusiaannya yang pertama pada Jun 2012. Ianya diikuti dengan sebuah kolaborasi pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewujudkan Malaysian Life Line for Syria pada 20 September 2012. Semenjak daripada itu MLLFS atau singkatannya kini MFS bergiat aktif menjadi salah satu daripada NGO Malaysia yang utama menggerakkan usaha bantuan kemanusiaan terus ke dalam Syria khususnya di kawasan Aleppo, Idlib dan juga Hama. Usaha ini dikembangkan lagi dengan bantuan kemanusiaan kepada pelarian-pelarian Syria yang berada di Turki, Jordan, Lubnan termasuk mereka yang mendapatkan perlindungan di Malaysia. MFS memberikan tumpuan kepada bantuan dari sudut keperluan asas kehidupan seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, perubatan, dan juga kelangsungan hidup. Kini beroperasi di Seksyen 1, Wangsa Maju dengan kekuatan staf di pejabat urusan seramai 9 orang dan 11 orang guru di sekolah Jasmine Ash Sham yang beroperasi di Kemensah, Ampang. MFS terus komited untuk menjadisebuah NGO yang terkehadapan dalam usaha membantu rakyat Syria yang masih dibelenggu dengan konflik peperangan yang belum berkesudahan.




Alhamdulillah, alhamdulillah , alhamdulillah , syria sudah merdeka . Kemenangan buat perjuangan kita semua 😭🀲🏻
08/12/2024

Alhamdulillah, alhamdulillah , alhamdulillah , syria sudah merdeka . Kemenangan buat perjuangan kita semua 😭🀲🏻

SeDekad White Helmet santuni umat ⛑️Sudah 10 tahun White Helmet hadir, bukan hanya sebagai simbol kemanusiaan tetapi jug...
28/10/2024

SeDekad White Helmet santuni umat ⛑️

Sudah 10 tahun White Helmet hadir, bukan hanya sebagai simbol kemanusiaan tetapi juga sebagai sinar harapan di saat bencana. Mereka berdiri bersama masyarakat, mengatasi cabaran, dan memberikan bantuan dengan penuh keikhlasan. Dari gempa bumi hingga banjir, White Helmet terus komited menemani setiap langkah rakyat Syria menuju keselamatan.

Mereka bukan sekadar pasukan penyelamat. Mereka adalah keluarga, sahabat, dan pelindung di saat-saat getir. Setiap sukarelawan yang memakai helmet putih adalah cerminan semangat dan keteguhan hati untuk sentiasa hadir dan bersedia membantu. Mereka percaya, dalam setiap krisis, pasti ada harapan dan semangat kebersamaan.

Terima kasih kepada para pejuang Helmet Putih yang turut secara tidak langsung memberi kerjasama kepada Malaysia For Syria dalam misi kemanusiaan sejak 10 tahun yang lalu.

Siapa yang masih taktahu White Helmet ni apa, boleh tonton di Netflix 🫡🏻

Tak perlu infak ratus ratus pun. Sikit je modal untuk bahagiakan hari seseorang yang memerlukan.Dengan hanya infak rm50 ...
18/10/2024

Tak perlu infak ratus ratus pun. Sikit je modal untuk bahagiakan hari seseorang yang memerlukan.
Dengan hanya infak rm50 sahaja anak-anak pelarian syria boleh nikmati daging yang dah lama mereka idamkan.

πŸ”— Sedekah daging serendah rm50 sekarang di www.infaksyria.com/infakvaganza atau klik link di bio kami .
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚𝐧 π‹π’πŸπž π‹π’π§πž 𝐟𝐨𝐫 π’π²π«π’πš 𝐁𝐞𝐫𝐑𝐚𝐝:
πŸ”ΈMAYBANK : 5648-1051-3971
πŸ”ΈBANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: infakvaganza

Infak Vaganza 10.10 : Sedekah Daging untuk Pelarian Syria!Mari bersama-sama membantu pelarian Syria dengan sedekah dagin...
15/10/2024

Infak Vaganza 10.10 : Sedekah Daging untuk Pelarian Syria!

Mari bersama-sama membantu pelarian Syria dengan sedekah daging serendah RM50/slot. Setiap sumbangan anda membawa harapan baru dan makanan yang dinanti-nantikan untuk musim sejuk yang bakal mendatang.

Dalam kempen Infak vaganza ini, peluang untuk berbuat kebaikan terbuka luas bermula 10 Oktober 2024 sehingga 31 Oktober 2024

Pastikan anda menjadi sebahagian daripada usaha murni ini. Jom bantu mereka yang memerlukan dan gandakan pahala kita!

πŸ”— Sedekah daging serendah rm50 sekarang di www.infaksyria.com/infakvaganza atau klik link di bio kami .
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚𝐧 π‹π’πŸπž π‹π’π§πž 𝐟𝐨𝐫 π’π²π«π’πš 𝐁𝐞𝐫𝐑𝐚𝐝:
πŸ”ΈMAYBANK : 5648-1051-3971
πŸ”ΈBANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: infakvaganza

Hari Malaysia: Bersama dalam Kepelbagaian, Kukuh dalam PerpaduanPada tanggal keramat 16 September, kita memperingati Har...
16/09/2024

Hari Malaysia: Bersama dalam Kepelbagaian, Kukuh dalam Perpaduan

Pada tanggal keramat 16 September, kita memperingati Hari Malaysia, hari di mana seluruh rakyat dari Semenanjung, Sabah, dan Sarawak bersatu membentuk sebuah negara yang kukuh, berdaulat, dan berwarna-warni dalam kepelbagaian.

Hari Malaysia adalah simbol perpaduan, kekuatan, dan keunikan negara kita. Di sinilah, kita semuaβ€”dari pelbagai kaum, agama, dan budayaβ€”berganding bahu membina masa depan yang lebih gemilang.

Mari kita terus menjaga keharmonian, menghargai kepelbagaian, dan bersama-sama memajukan tanah air tercinta ini. Selamat Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Dalam suasana penuh berkah, kita menyambut Maulidur Rasul 1446H dengan hati yang dipenuhi cinta dan penghormatan kepada ...
16/09/2024

Dalam suasana penuh berkah, kita menyambut Maulidur Rasul 1446H dengan hati yang dipenuhi cinta dan penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW, pembawa risalah yang mulia. Peringatan ini bukan hanya mengenang kelahirannya, tetapi juga momen untuk merenungi setiap langkah hidupnya yang penuh hikmah dan kasih sayang.

Mari kita jadikan momen Maulidur Rasul ini sebagai titik tolak untuk memperbaharui komitmen dalam meneladani akhlak Rasulullah SAW, menghidupkan sunnahnya dalam setiap aspek kehidupan, dan menyebarkan cinta serta kedamaian kepada sesama.

Salam Maulidur Rasul 1446H. Bersama kita tebarkan kebaikan, ikuti jalan yang telah digariskan, dan terus menjadi umat yang membawa rahmat bagi sekalian alam. πŸŒ™βœ¨

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-67!Hari ini, kita meraikan perjalanan 67 tahun kemerdekaan dan kejayaan ne...
31/08/2024

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-67!

Hari ini, kita meraikan perjalanan 67 tahun kemerdekaan dan kejayaan negara tercinta. Marilah kita bersama-sama mengenang perjuangan para pahlawan yang telah mengorbankan segalanya demi kedaulatan tanah air. Semangat perpaduan dan kecemerlangan Malaysia terus membara dalam setiap jiwa rakyatnya.

Kemerdekaan adalah milik kita. Mari kita teruskan usaha untuk menjadikan Malaysia lebih maju dan makmur.

Kita Malaysia!

Menjadi Pelarian Bukan Alasan Tidak Cemerlang.Terpaksa berada di bumi asing akibat peperangan di negara tanah air mereka...
15/08/2024

Menjadi Pelarian Bukan Alasan Tidak Cemerlang.
Terpaksa berada di bumi asing akibat peperangan di negara tanah air mereka sendiri di Syria tidak pernah mematahkan semangat pelajar-pelajar Pusat Pendidikan Jasmine Ash-Sham untuk mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan IGCSE yang diduduki oleh mereka tahun ini.
Malaysia for Syria yang menggerakkan Sekolah untuk Pelarian yang diberi nama Jasmine Ash-Sham dengan sokongan dan juga sumbangan daripada rakyat Malaysia dengan bangganya mengucapkan tahniah kepada tiga orang pelajarnya iaitu Fatema Mazin AlBunni, Jina Ghaiyan Alatasi dan Aghid Hesham Zriek.
Semoga kalian semua terus berjaya di masa hadapan dan dapat kembali membina Negara Syria yang lebih baik.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang dan juga pendokong kepada usaha pendidikan berterusan kepada anak-anak ini. Tahniah juga kepada seluruh tenaga pengajar yang tidak pernah lelah memberikan didikan yang terbaik buat mereka.
Alhamdulillah. Syukur!

12/08/2024

Keberkatan di tahun 2025 bermula dengan perancangan yang bijak. Ayuh mulakan caruman bulanan anda daripada sekarang agar impian ibadah Qurban/Akikah anda tercapai 2025 nanti ❀️
Carum sekarang untuk dapatkan harga Qurban/Akikah paling murah untuk tahun 2025. Isi butiran pembayaran anda & terus Autodebit je setiap bulan. Mudah kan ? Jangan risau, 200% trusted !
Layari www.qurbansyria.com

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:45 - 17:15
Tuesday 08:45 - 17:15
Wednesday 08:45 - 17:15
Thursday 08:45 - 17:15
Friday 08:45 - 17:15

Telephone

+60192553441

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when jomsedekah.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to jomsedekah.com:

Featured

Share

Our Story

Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) Sejak dari penubuhan MLL4S, sebanyak RM8.6 juta bantuan telah disampaikan kepada penduduk di Syria. MLL4S turut terlibat dalam memberikan kemudahan kesihatan seperti bantuan ubat-ubatan dan membina tiga hospital di Syria. NGO kemanusiaan ini turut memberi penumpuan kepada soal pendidikan dan masa depan anak muda Syria termasuk membina 11 sekolah, menyediakan kemudahan peralatan pembelajaran dan pengajaran, pemberian gaji kepada guru dan bantuan kewangan untuk anak-anak Syria. MLL4S juga terlibat dalam usaha memberdaya umat dalam projek ekonomi seperti pemberian mikro-kredit, pembinaan kilang roti dan bakeri, dan projek ternakan ayam kepada rakyat Syria... #NoLossGeneration #SaveTheChildrenOfSyria #4YearsOfRevolution #StandWithSyria