Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Lumpur

Call Directions Website Contact the organization

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Lumpur Merupakan sebuah NGO dakwah dan tarbiah yang memfokuskan pembangunan ummah fadhilah dalam kalangan komuniti masyarakat sekitar Kuala Lumpur OBJEKTIF
1.

Memantapkan kefahaman ahli serta masyarakat bagi melahirkan pimpinan pada masa hadapan.
2. Mengangkat kesedaran peri pentingnya pembinaan keluarga.
3. Membentuk remaja ke arah pembangunan potensi intelektual, fizikal dan spiritual.
4. Membimbing pemuda menjadi individu muslim berketrampilan dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
5. Menyediakan, menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran media yang dibenarkan.
6. Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan sosio-ekonomi ahli masyarakat.
7. Membantu masyarakat dalam aspek kebajikan dan kemanusiaan.

Program menarik Disember ini untuk anak-anak remaja kita. JAMBORI REMAJA ISLAM (JIRIM) 2026 bakal menemui anda…
13/10/2026

Program menarik Disember ini untuk anak-anak remaja kita. JAMBORI REMAJA ISLAM (JIRIM) 2026 bakal menemui anda…

AKAN DATANG

JIRIM 2026
Jambori Remaja Islam

5 - 6 Disember 2026
Sabtu dan Ahad


Selamat Menuntut Ilmu buat semua Mahasiswa Universiti Malaya. Selamat Datang.
06/10/2026

Selamat Menuntut Ilmu buat semua Mahasiswa Universiti Malaya. Selamat Datang.

Buat seluruh mahasiswa baharu Universiti Malaya, ayuh mulakan langkah di bumi UM dengan semangat menuntut ilmu, membina sahsiah dan mengukir pengalaman baharu.

Ikuti kata-kata sambutan daripada Saudara Muhammad Suhaib bin Zolkifli, Bendahari PUM, PEMBINA UM buat mahasiswa baharu sesi 2026/2027.

30/09/2026
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَIkatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan takziah di atas pemergian  Tun Dr....
28/09/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan takziah di atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan takziah di atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah.

26/09/2026
Buat apa tu cuti hari Sabtu ni? Jom ajak keluarga ronda-ronda KL sambil JEJAK WARISAN IBU KOTA KUALA LUMPUR! 🚙🚗🚙🚗Kuala L...
24/09/2026

Buat apa tu cuti hari Sabtu ni? Jom ajak keluarga ronda-ronda KL sambil JEJAK WARISAN IBU KOTA KUALA LUMPUR! 🚙🚗🚙🚗

Kuala Lumpur bukan sekadar kota moden dengan bangunan pencakar langit. Di sebalik pembangunan kota ini, tersimpan sejarah, warisan dan jejak kehidupan masyarakat yang membentuk wajah Kuala Lumpur hari ini.

Jom sertai Jejak Warisan Kuala Lumpur pada:
📅 Sabtu, 26 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 6.30 petang
📍 Lokasi berkumpul: Masjid Kampung Baru

Mengenali sejarah, menyusuri warisan, memahami identiti kota.


PERUTUSAN KEMERDEKAAN KE-69 YANG DIPERTUA ISMA KUALA LUMPURKemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi a...
30/08/2026

PERUTUSAN KEMERDEKAAN KE-69
YANG DIPERTUA ISMA KUALA LUMPUR

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi adalah amanah untuk mempertahankan tanah air dan jatidiri Melayu Islam yang diwariskan oleh generasi terdahulu.

Mereka berjuang dengan darah dan air mata agar kita dapat hidup sebagai bangsa berdaulat. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama memelihara kedaulatan tersebut, memperkukuh jati diri, membangunkan masyarakat, mempertahankan tanah air dan menentang segala anasir asing yang cuba merobek nikmat merdeka ini.

Agar generasi seterusnya mewarisi sebuah negara merdeka yang hakiki, dan sebuah masyarakat bermaruah yang teguh jati diri.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-69.

AHMAD HISYAM SABRANI
YDP
ISMA KUALA LUMPUR

KL NADI PERADABAN UMMAH
Kempen Kemerdekaan ISMA 2026

Ikuti channel Info ISMA Kuala Lumpur

https://telegram.me/infoismakualalumpur sekarang!

Kuala Lumpur punya identitinya yang tersendiri yang harus dipelihara.
30/05/2026

Kuala Lumpur punya identitinya yang tersendiri yang harus dipelihara.

KUALA LUMPUR MESTI DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA IDENTITI ISLAM DAN MELAYU

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

[ الأعراف: 96]

Kini identiti negara Malaysia terutama ibu kota sedang diubah mengikut nafsu serakah kerakusan dan ketamakan elit pemodal dan golongan kapitalis. Atas sebab itu, mereka berlumba-lumba untuk menjadikannya sebagai hub hiburan serantau.

Malaysia adalah negara yang ada identiti dan sejarah panjangnya sebagai pusat tamadun Islam dan Melayu. Majoriti rakyatnya adalah Melayu Islam yang mahukan pembangunan negara selari dengan hubungan sejarahnya dan pembinaan jiwa berteraskan akhlak dan ilmu.

Apabila sesebuah kerajaan sudah mula kehilangan visi besar tentang pembinaan tamadun, maka hiburan biasanya akan dijadikan jalan paling mudah untuk merancakkan ekonomi bandarayanya.

Kuala Lumpur sedang dilakar semula menjadi sebuah bandar tanpa roh syariat di dalamnya. Bangunannya melangit tinggi tapi akhlaknya semakin runtuh. Malamnya terang dengan kilauan lampu konsert hiburan tapi jiwa masyarakat menjadi gelap.

Nilai Islam, adab budaya dan sosial masyarakat bagi mereka adalah sampah. Ia tak menjana apa-apa pulangan ekonomi. Kerana itu, ianya akan dipinggirkan dan hanya sesuai dalam muzium yang tak dikunjungi.

Mereka mahu asingkan kehebatan Islam dan keindahan amalan syariat Islam dan budaya Melayu daripada identiti Kuala Lumpur.

Saya mahu bertanya kepada ahli-ahli politik Islam dan para alim ulamak serta sahabat pendakwah di Kuala Lumpur khususnya;

Apakah selepas ini ukuran kejayaan Kuala Lumpur ialah jumlah konsert antarabangsa?

Apakah identiti bandar raya Muslim ini mahu dibina atas budaya hiburan malam dan pesta yang melalaikan dan merosakkan generasi?

Apakah negara sudah ketandusan idea besar untuk membina tamadun sehingga terpaksa bergantung kepada industri hiburan sebagai simbol kemajuan?

Kuala Lumpur mesti dipertahankan sebagai kota yang mempunyai identiti, maruah dan jiwa ketamadunan. Jangan cagarkan kota raya ini menjadi pasaran hiburan serantau untuk memenuhi kehendak industri dan kelompok berkepentingan yang mahu mengutip keuntungan jangka pendek semata-mata.

Malaysia memerlukan visi yang lebih besar daripada itu.

Negara ini memerlukan kepimpinan yang berfikir tentang pembinaan tamadun.

Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun yang tenggelam dalam hiburan dan kemewahan akhirnya akan melemah dari dalam sebelum runtuh sedikit demi sedikit.

Ustaz Shuhaib ar-Rumy bin Selamat
Presiden ISMA

Ijtimak Khas ISMA Kuala Lumpur bersama Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Al-Fadhil Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Hj Selamat ...
26/04/2026

Ijtimak Khas ISMA Kuala Lumpur bersama Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Al-Fadhil Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Hj Selamat hari ini di ibu pejabat ISMA Kuala Lumpur, Pantai Dalam.

Pengisian yang cukup mendalam menyetuh nasihat pelbagai dalam memenuhi agenda ummah dalam membangunkan diri sendiri dan komuniti sekeliling.

Jom sertai ISMA Kuala Lumpur
Ikuti Telegram https://t.me/infoismakualalumpur

Jemput baca ulasan YDP PEMBINA UNIVERSITI MALAYA terkait isu adegan tidak senonoh dalam persembahan teater ketika Karniv...
17/04/2026

Jemput baca ulasan YDP PEMBINA UNIVERSITI MALAYA terkait isu adegan tidak senonoh dalam persembahan teater ketika Karnival Teater UM baru-baru ini.

HIBURAN YANG MELAMPAU: KRISIS AKAL DAN IDENTITI DI UNIVERSITI

Universiti Malaya baru-baru ini dikejutkan dengan satu adegan yang tidak senonoh antara lelaki dan perempuan dalam sebuah program yang dikenali sebagai Karnival Teater UM (Karviter UM) berlangsung bermula pada 8.30 malam pada 14 April 2026 di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya.

Perlakuan yang melampaui batas dan dipamerkan secara terbuka ini bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi pendidikan kebanggaan negara, bahkan sebuah manifestasi kejatuhan moral yang amat mendukacitakan.

Apabila budaya hedonisme diangkat lebih tinggi daripada budaya ilmu, kita sebenarnya sedang menyaksikan tragedi hilangnya rasa malu dan pertimbangan dalam susuk tubuh seorang mahasiswa yang diharapkan menjadi pemimpin masa hadapan.

Tragedi pergaulan bebas atau ikhtilat tanpa sempadan serta adegan jelik ini sebenarnya adalah simptom kepada masalah yang lebih kronik. Iaitu, mahasiswa hari ini dilihat sedang hidup dalam kekeliruan dan tidak memaknai apa erti sebenar menganut agama Islam.

Harus kita fahami bahawa Islam tidak pernah melarang fitrah manusia untuk berhibur, apatah lagi untuk bergiat aktif dalam lapangan seni. Namun, kebebasan itu haruslah selari dengan garis panduan syariat agar manusia tidak tergelincir ke lembah kehinaan. Mengapa panduan ini dilihat sebagai kongkongan? Hal ini terjadi apabila kita gagal memahami hakikat mengapa kita diciptakan dan dihidupkan di atas muka bumi ini.

Adakah ini nilai yang ingin kita pertahankan sebagai mahasiswa di sebuah institusi ilmu yang terulung?

Tanyalah pada diri, kemanakah arah tuju kebebasan berhibur ini jika akhirnya ia merobek maruah dan merosakkan keluhuran jiwa.

Hiburan yang pada asalnya bersifat melapangkan fikiran, kini telah bertukar menjadi racun yang mematikan rohani. Sehinggakan, perkara yang jelas salah mula dinormalisasi dengan sorakan dan tepukan tanpa sekelumit rasa bersalah.

Oleh yang demikian, solusi bagi mengekang barah hedonisme ini tidak boleh disandarkan kepada larangan dan pencegahan semata-mata. Tetapi, terdapat keperluan yang teramat mendesak untuk kita mendidik dan memberi kefahaman kembali tentang hakikat kehidupan seorang Muslim dan tujuan penciptaan manusia.

Buat rakan-rakan mahasiswa yang mengambil hikmah Islam dengan sebenar-benarnya, usahlah dekati dan mencuba-cuba hiburan yang nyata melalaikan. Namun, sebagai manusia yang tidak lari dari kesilapan, jika ada dalam kalangan kita yang sudah terjerumus dan tersasar, kembalilah semula ke lembah keimanan. Duduk, berfikir dan bermuhasabah sebelum terlewat. Kemudian, binalah kembali identiti diri sebagai Muslim yang bermaruah.

Muhammad Nor Hafiz bin Mohd Nawai
YDP Persatuan Belia Islam Nasional Malaysia (PEMBINA) UM

Address

A-03A-08, Pantai Business Park, Jalan Pantai Baharu
Kuala Lumpur
59200

Opening Hours

Monday 08:30 - 04:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+601158599716

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Lumpur:

Shortcuts

Sponsored

Share