Persatuan Komuniti Batu 7

Directions

Persatuan Komuniti Batu 7 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Komuniti Batu 7, Community Center, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Terima kasih Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak atas sumbangan kerusi roda elektrik kepada salah seorang penduduk Gomb...
01/10/2026

Terima kasih Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak atas sumbangan kerusi roda elektrik kepada salah seorang penduduk Gombak Batu 7 dan tak lupa juga kepada Abdul Haris Harahap atas mengusulkan surat permohonan kepada pusat khidmat rakyat parlimen Gombak. Semoga sumbangan ini dapat diteruskan bagi menjaga kebajikan rakyat di Gombak khususnya.

22/09/2026

Majlis Maulidurrasul dan Sumbangan Muhibbah Kasih 2026

17/09/2026
Sumbangan muhibbah kasih 202613/9/2026 - Sumbangan Muhibbah Kasih 2026 telah berjaya disampaikan kepada 40 orang penerim...
15/09/2026

Sumbangan muhibbah kasih 2026

13/9/2026 - Sumbangan Muhibbah Kasih 2026 telah berjaya disampaikan kepada 40 orang penerima yang layak di sekitar Gombak.

Sebanyak RM4,000 sumbangan daripada Yayasan Taqwa telah disalurkan dalam bentuk barangan keperluan asas kepada 40 orang penerima. Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban kehidupan serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Megat, selaku Ahli Majlis dan Jawatankuasa Penduduk Zon 2, MPS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Taqwa-MAIWP atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan ini mendapat keberkatan serta menjadi amal jariah buat semua yang terlibat. 🤲🏻

Majlis Maulidur Rasul Dan Muhibbah KasihTarikh: 13/9/2026Tempat: Batu 7 GombakAnjuran: PKB7GAssalamualaikum wbt… Alhamdu...
14/09/2026

Majlis Maulidur Rasul Dan Muhibbah Kasih

Tarikh: 13/9/2026
Tempat: Batu 7 Gombak
Anjuran: PKB7G

Assalamualaikum wbt… Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Majlis Sambutan Maulidurrasul & Sumbangan Muhibbah Kasih telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini, khususnya kepada penyumbang dan penaja utama Yayasan Taqwa-MAIWP dan MBI Ahmad Azri. Tidak lupa juga kepada Abdul Haris Harahap dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus disebalik tabir.

Majlis ini diadakan bertujuan memperingati kelahiran baginda dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan silaturahim. Selain itu, Sumbangan Muhibbah Kasih dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Alhamdulillah, majlis telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan anggaran lebih 300 orang terdiri daripada penduduk, tetamu vip Tuan Rahim Kasdi,Tuan Megat Mohd Fadhli, En Raqib Lamri,Ustaz Abban Ab Latif dan En Faizal.

Semoga segala sumbangan dan usaha yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

14/09/2026
Assalamualaikum wbt,Warga penduduk batu 7 Gombak di jemput semua hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Maulidurrasul da...
01/09/2026

Assalamualaikum wbt,

Warga penduduk batu 7 Gombak di jemput semua hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Maulidurrasul dan sumbangan kasih 2026. Maklumat majlis seperti yang dinyatakan di poster.

22/8/2026 (SLK SPORT)Terima kasih kami ucapkan kepada penganjur Santai Motor Club atas jemputan program futsal belia sem...
23/08/2026

22/8/2026 (SLK SPORT)
Terima kasih kami ucapkan kepada penganjur Santai Motor Club atas jemputan program futsal belia semarak merdeka yang bertempat di SLK Sport. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar ukhuwah diantara kita berterusan.

Tarikh: 8/8/2026 (Sabtu)Tempat: Pondok biruMasa: 9:30 pm -11:00 pm(MESYUARAT MAULIDURRASUL 2026)Alhamdulillah, telah sel...
08/08/2026

Tarikh: 8/8/2026 (Sabtu)
Tempat: Pondok biru
Masa: 9:30 pm -11:00 pm

(MESYUARAT MAULIDURRASUL 2026)

Alhamdulillah, telah selesai mesyuarat bagi membincangkan persiapan Majlis Maulidurrasul yang bakal diadakan pada bulan 9. Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara berkaitan perancangan program, pengurusan, pengisian majlis serta pembahagian tugasan bagi memastikan majlis dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Semoga segala perancangan dan usaha yang dilakukan mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.

27/5/2026:Alhamdulillah, telah selesai ibadah qurban 2026. Kami Persatuan komuniti Batu 7 Gombak merakamkan setinggi-tin...
31/05/2026

27/5/2026:
Alhamdulillah, telah selesai ibadah qurban 2026. Kami Persatuan komuniti Batu 7 Gombak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Amirudin Shari (parlimen gombak) dan Rahim Kasdi (dun gombak setia) atas sumbangan seekor lembu qurban bagi menjayakan ibadah qurban tahun ini dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Ucapan terima kasih juga kepada tetamu-tetamu VIP yang hadir khususnya Abdul Haris Harahap (amk gombak), Tuan Megat Mohd Fadli (jkp zon 2) serta Raqib Lamri (pebs) yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Tidak lupa juga kepada penduduk kampung yang bertungkus lumus siang dan malam bagi menjayakan program ini.

Semoga segala jasa, sumbangan dan kehadiran semua pihak menjadi asbab hubungan dan ukhuwah diantara kita lebih erat dan mendapat keberkatan serta ganjaran yang terbaik daripada Allah SWT. Aamiin.

Address

Jalan Gombak
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Komuniti Batu 7 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share