Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju -Laman Rasmi

Call Directions Website Contact the organization

Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju -Laman Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju -Laman Rasmi, Community Service, NO. 8 Jalan 2/27A Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

15/10/2026
[๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—ฆ๐—ฅ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ]Alhamdulillah bulan ini Masjid Usamah Bin Zaid telah menerima 2 kunjungan untuk melaks...
24/09/2026

[๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—ฆ๐—ฅ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ]

Alhamdulillah bulan ini Masjid Usamah Bin Zaid telah menerima 2 kunjungan untuk melaksanakan Program CSR di sini. Antara programnya adalah seperti berikut:

1. 1 September : Gotong Royong membersihkan masjid (Pelajar-pelajar UniKL) Universiti Kuala Lumpur - Unikl

2. 11 September : Sumbangan Barangan Kering (Ayam Gepuk Top Global) gepuk top global

Pihak Masjid mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Semoga semuanya beroleh kebaikan berlipat kali ganda.

03/09/2026
Assalamualaikum wrt. wbt.โœจ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ โœจMasjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju akan mengadakan Ceramah Khas...
19/08/2026

Assalamualaikum wrt. wbt.

โœจ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ โœจ

Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju akan mengadakan Ceramah Khas seperti ketetapan berikut:

- 27 Ogos 2026 (Khamis)
- Selepas solat Maghrib
- Penceramah: YBrs. Dr. Ahmad Faisal bin Abdul Hamid

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.

WACANA HUDAN LINNAS (SIRI 5/2026) โœจAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Wacana Hudan Linnas Siri 5/2026 di Ma...
14/08/2026

WACANA HUDAN LINNAS (SIRI 5/2026) โœจ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Wacana Hudan Linnas Siri 5/2026 di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Program kali ini membawakan pengisian yang sangat penting dan bermanfaat buat seluruh kariah dan umat Islam dengan tajuk "Cabaran Akidah Akhir Zaman, Ajaran Sesat Makin Bercambah".

Sesi ceramah dan perkongsian ilmu telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan (Timbalan Pengarah Operasi JAWI). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Penceramah atas perkongsian ilmu serta pencerahan yang amat berguna dalam memelihara akidah kita di zaman yang penuh cabaran ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua jemaah dan hadirin yang hadir memeriahkan majlis ilmu ini. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat kita amalkan dan sebarkan bersama.

โœจ [๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—”๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ, ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐˜€ & ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ?] โœจโ€‹Sama ada untuk majlis perkahwinan, mesyuarat pern...
10/08/2026

โœจ [๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—”๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ, ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐˜€ & ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ?] โœจ

โ€‹Sama ada untuk majlis perkahwinan, mesyuarat perniagaan, seminar, atau program ilmiah โ€” kami menyediakan ruang fasiliti yang lengkap, selesa, dan berpatutan untuk pelbagai jenis acara anda! ๐Ÿ›๏ธ berserta lokasi yang strategik dan persekitaran yang kondusif.

โ€‹Kenapa pilih ruangan kami?

โœ… Pilihan ruang mengikut kapasiti majlis (daripada perjumpaan kecil hingga majlis berskala besar)
โœ… Kemudahan yang selesa & berhawa dingin
โœ… Kadar sewaan yang sangat berbaloi & berpatutan
โœ… Kemudahan tempat letak kereta & lokasi mudah diakses

โ€‹๐Ÿ“ฒ Hubungi kami hari ini untuk pertanyaan kadar sewaan & tempahan tarikh!

WhatsApp / Hubungi: 011-2603 3220 (Pejabat)
E-mel: [email protected]

Kita ni dah akhir zaman ke ? Dengar dengar kata banyak betul ajaran sesat tumbuh. Kena waspada ni, takut anak isteri kit...
07/08/2026

Kita ni dah akhir zaman ke ? Dengar dengar kata banyak betul ajaran sesat tumbuh. Kena waspada ni, takut anak isteri kita terpengaruh sekali
_______________________

Jom sama-sama hadir ke WACANA HUDAN LINNAS SIRI 5/2026 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Temui anda pada tarikh dan masa ini, jangan lupa bawa anak, keluarga dan jiran semua seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ TARIKH : 13 OGOS 2026 (KHAMIS)

๐Ÿ•ฐ๏ธ MASA : SELEPAS MAGHRIB

๐Ÿ•Œ TEMPAT : MASJID USAMAH BIN ZAID, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR

๐ŸŒ GOOGLE MAPS : https://share.google/elhXOyoZnEbp7tOH9

๐Ÿ‘ณ๐Ÿป PENCERAMAH : YBRS. TUAN HAJI JAMALI BIN MOHD ADNAN, TIMBALAN PENGARAH (OPERASI) JAWI

๐Ÿ“Œ TAJUK: โ€œCABARAN AKIDAH AKHIR ZAMAN, AJARAN SESAT MAKIN BERCAMBAHโ€

_______________________
Jangan biarkan kesesatan menghantui anda, ajaran sesat semakin menjadi-jadi, waspada ! Datang dengan 1001 persoalan, pulang dengan solusi wahyu

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)...
05/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Pejabat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat Secara Sementara di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Haji Murshidi bin Abd Hamid, Pegawai Tadbir Agama Zon 4, JAWI, serta turut dihadiri oleh wakil Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, pihak pengurusan Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah dan Ahli Jawatankuasa surau-surau yang terlibat.

Kebenaran sementara ini melibatkan Surau Ad-Diniah, Setapak Jaya 1B; Surau Ar-Rahman, Setapak Jaya 1A; dan Surau Al-Ansar, Taman Sri Rampai, dan akan berkuat kuasa mulai Jumaat, 7 Ogos 2026.

Pelaksanaan kebenaran ini merupakan langkah proaktif JAWI bagi memastikan kelangsungan dan kelancaran pelaksanaan ibadah Solat Jumaat kepada masyarakat setempat sepanjang tempoh penutupan Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JAWI dalam memperkukuh tadbir urus institusi masjid dan surau, di samping memastikan keperluan serta kebajikan ibadah umat Islam sentiasa diberi perhatian secara teratur, berkesan dan berlandaskan ketetapan yang berkuat kuasa.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐  & ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐š๐ค ๐๐š๐ค๐š๐ข๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข ๐Œ๐ž๐ ๐š ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐๐ข ๐–๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐Œ๐š๐ฃ๐ฎโ€ผ๏ธ๐Ÿ“ Lokasi: Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju Kuala Lu...
05/08/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐  & ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐š๐ค ๐๐š๐ค๐š๐ข๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข ๐Œ๐ž๐ ๐š ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐๐ข ๐–๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐Œ๐š๐ฃ๐ฎโ€ผ๏ธ

๐Ÿ“ Lokasi: Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju Kuala Lumpur
๐Ÿ•™ Masa: 10 pagi โ€“ 6 petang
๐Ÿ“… Tarikh: 8 - 9 Ogos 2026

โœ… Boleh jual / infak dengan harga RM1/10kg, sekiranya pengunjung menolak bayaran, hasil akan diberikan kepada masjid. (๐’๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐๐ข๐ ๐š๐ฅ๐š๐ค๐ค๐š๐ง)

โš ๏ธ Penting:
- Menerima barangan yang masih boleh digunakan sahaja.
- Pakaian โ€œdalamโ€ tidak diterima.
- Sila bungkus dalam plastik sahaja, kotak tidak diterima kecuali untuk pinggan mangkuk kaca.
- Luar waktu operasi pengunjung dibenarkan untuk drop off sahaja.

Sebarang pertanyaan:
๐Ÿ“ž 013-5661609 (ADMIN)

Address

NO. 8 Jalan 2/27A Seksyen 2 Wangsa Maju
Kuala Lumpur
53300KUALALUMPUR

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
14:00 - 17:00

Telephone

+60341421653

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju -Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju -Laman Rasmi:

Shortcuts

Sponsored

Share