Drug Policy Program Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Drug Policy Program Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Drug Policy Program Malaysia, Nonprofit Organization, Drug Policy Programme Malaysia (Malaysian AIDS Foundation) 12, Jalan 13/48A The Boulevard Off Jalan Sentul Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

We are a civil society movement, made up of scientists, medical, legal and community experts advocating for the Decriminalization of Drugs for Use and Personal Possession and supporting the Govt of Malaysia towards an evidence-based drug policy reform.

Membangunkan Negara Rahmah bukan bermakna membiarkan segala-galanya, tetapi memastikan keadilan dan kesejahteraan untuk ...
18/09/2026

Membangunkan Negara Rahmah bukan bermakna membiarkan segala-galanya, tetapi memastikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua.

Kunci keseimbangan adalah memahami siapa yang perlu dibantu dan siapa yang perlu dihukum:

Bantu yang Memerlukan: Pengguna dadah adalah pesakit yang memerlukan sokongan, rawatan dan kaunseling untuk pemulihan.

Hukum yang Merosakkan: Pengedar dan sindiket p**a adalah pelaku jenayah terancang yang mesti dihadapi dengan tindakan tegas dan penguatkuasaan penuh demi keselamatan masyarakat.



Selagi undang-undang lapuk era penjajah masih diguna pakai, adakah kita benar-benar merdeka? Sudah tiba masanya undang-u...
14/09/2026

Selagi undang-undang lapuk era penjajah masih diguna pakai, adakah kita benar-benar merdeka? Sudah tiba masanya undang-undang usang ini dimansuhkan supaya negara dapat menterjemahkan makna kemerdekaan yang sebenar.

Salah satu yang paling kritikal untuk disemak semula? Akta Dadah Berbahaya 1952. Selepas lebih 70 tahun, akta ini dilihat sudah tidak lagi seiring dengan realiti dan keperluan semasa kita. Kita perlukan pendekatan yang lebih moden dan relevan!

Anda setuju tak kalau akta-akta lama ini dikaji semula?



13/09/2026

Kita perlu ada pemikiran dwi-dimensi (duality of thought) dalam menilai isu dadah. Penting untuk kita bezakan antara pengguna dan pengedar - siapa yang perlu dibantu dan siapa yang wajar dihukum.

Islam menawarkan solusi yang sangat holistik dan adil.

Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil / M***i Wilayah Persekutuan

Kredit video : Webinar Islam & Dasar Dadah di Malaysia (Pertubuhan IKRAM Malaysia)



Hampir setiap daripada kita mungkin kenal seseorang yang sedang bergelut dengan ketagihan. Sudah tiba masanya kita ubah ...
07/09/2026

Hampir setiap daripada kita mungkin kenal seseorang yang sedang bergelut dengan ketagihan. Sudah tiba masanya kita ubah perspektif. Ketagihan dadah adalah masalah perubatan kronik.

Daripada sekadar menghukum dan memenjarakan mereka yang bergelut, bukankah lebih baik jika kita tawarkan jalan penyelesaian? Tanggungjawab kerajaan bukan hanya membanteras pengedar, tetapi memperhebat kempen pencegahan dan menyediakan akses rawatan yang lebih meluas.



Masa untuk kita ubah pandangan. Isu penagihan dadah adalah isu kesihatan yang kompleks, bukan sekadar masalah jenayah ya...
04/09/2026

Masa untuk kita ubah pandangan. Isu penagihan dadah adalah isu kesihatan yang kompleks, bukan sekadar masalah jenayah yang boleh diselesaikan dengan hukuman penjara semata-mata.

Kita perlu tinggalkan naratif lama yang keras tanpa konteks dan mula mementingkan rawatan serta pencegahan. Pengguna dadah adalah insan yang memerlukan pertolongan, bukan sekadar penjahat yang perlu dihukum.



Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysia!Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi juga beb...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysia!

Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi juga bebas daripada rantaian stigma, diskriminasi dan dasar lapuk yang terus menghukum komuniti rentan di negara kita.

Penggunaan dadah adalah isu kesihatan awam, bukan isu jenayah. Merdeka bermaksud memberi peluang kedua, akses kepada rawatan dan sokongan pengurangan kemudaratan (harm reduction) kepada mereka yang memerlukan, tanpa rasa takut.

Mari kita bina Malaysia yang lebih inklusif, adil, dan saksama untuk semua. Kemerdekaan ini milik kita bersama!

Dadah: Sindiket Makin Berani, Akhlak Generasi Runtuh?Bila bercakap tentang isu dadah, kita tak boleh hanya bergantung pa...
28/08/2026

Dadah: Sindiket Makin Berani, Akhlak Generasi Runtuh?

Bila bercakap tentang isu dadah, kita tak boleh hanya bergantung pada polisi semata-mata. Islam menawarkan solusi yang sangat holistik dan adil:

Pisahkan Mangsa & Perosak: Islam sangat tegas. Pengedar & sindiket (perosak) perlu dikenakan hukuman keras (Takzir) demi menjaga maslahat umum.
Rawatan Untuk Pengguna: Bagi pengguna (mangsa) yang nak bertaubat, Islam buka pintu rahmah. Mereka perlukan sokongan rawatan fizikal dan rohani.
Solusi Jangka Panjang: Pembinaan iman, islah sosial, dan sokongan padu dari keluarga serta komuniti adalah kunci utama untuk pulihkan generasi kita.

Polisi undang-undang wajib seiring dengan pemulihan spiritual. Mari sama-sama kita mainkan peranan.



Dekriminalisasi Dadah = Halal? NANTI DULU!Ramai yang salah faham. Dekriminalisasi bukan bermaksud kita menghalalkan atau...
21/08/2026

Dekriminalisasi Dadah = Halal? NANTI DULU!

Ramai yang salah faham. Dekriminalisasi bukan bermaksud kita menghalalkan atau mula berkompromi dengan dadah. Dari sudut pandang Islam, menolak kemudaratan itu wajib.

Sebab itu, dasar ini didatangkan dengan batasan dan syarat yang sangat ketat:

1. Terhad untuk Kegunaan Peribadi/Perubatan
2. Rehabilitasi adalah WAJIB
3. Pemantauan & Kawalan Ketat
4. Hukuman BERAT Kekal untuk Pengedar
5. Pendidikan Pencegahan Berterusan

Secara ringkasnya: Selamatkan mangsa, perangi pengedar!



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En Khalid Hashim, Presiden KOMITED Malaysia, atas penganugerahan Ikon Merdeka 2...
19/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En Khalid Hashim, Presiden KOMITED Malaysia, atas penganugerahan Ikon Merdeka 2026 oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kami di Drug Policy Program Malaysia berasa amat bangga kerana dapat bekerjasama rapat dengan pihak KOMITED selama ini.

Kejayaan ini juga menyerlahkan betapa pentingnya usaha untuk memperluas dan mewujudkan lebih banyak program rawatan yang berkesan di komuniti seperti KOMITED di seluruh Malaysia.

Kami berharap pihak kerajaan akan menyusuli penghormatan ini dengan memperuntukkan dana untuk program rawatan yang diterajui komuniti.



Sebanyak 2,145 individu secara sukarela mendapatkan rawatan sejak Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawata...
18/08/2026

Sebanyak 2,145 individu secara sukarela mendapatkan rawatan sejak Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) dikuatkuasakan pada Ogos tahun lalu.

Inilah sebabnya mengapa DPPM ingin melihat Akta Dadah Berbahaya 1952 dipinda untuk mendekriminalisasi penggunaan dadah. Apabila kita menghapuskan hukuman jenayah dan ketakutan terhadap pemenjaraan, orang ramai akan tampil untuk mendapatkan rawatan. Ini adalah satu fakta. AYUH UBAH ADB1952.



Address

Drug Policy Programme Malaysia (Malaysian AIDS Foundation) 12, Jalan 13/48A The Boulevard Off Jalan Sentul Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
51000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60340474222

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Drug Policy Program Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Drug Policy Program Malaysia:

Shortcuts

Sponsored

Share