Pertubuhan Amal Wanita Segambut Kuala Lumpur

Pertubuhan Amal Wanita Segambut Kuala Lumpur Laman Facebook Rasmi AWAS Kuala Lumpur. (ROS: PPM-008-14-06092019)

Kelas Memasak Komuniti Meriah & Bermakna 🍰👩‍🍳Ahad, 16 November 2025 – Satu Program Kelas Memasak untuk Komuniti telah be...
03/01/2026

Kelas Memasak Komuniti Meriah & Bermakna 🍰👩‍🍳

Ahad, 16 November 2025 – Satu Program Kelas Memasak untuk Komuniti telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama NGO Amal Wanita Segambut (AWAS) KL bertempat di Dewan Orang Ramai MPP, Zon 2, TTDI Kuala Lumpur bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan penyertaan seramai kira-kira 20 orang peserta.

Program ini memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta dalam penyediaan empat (4) jenis kuih, iaitu kek batik klasik, kuih cek mek molek, puding triffle dan kuih kaswi yang dilaksanakan dalam suasana santai, interaktif dan berinformasi.

Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memasak dalam kalangan komuniti setempat, menggalakkan perkongsian ilmu, mengeratkan hubungan silaturahim, dan menambah kemahiran peserta bagi memberi peluang menjana ekonomi secara praktikal melalui hasil masakan mereka.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program yang bermanfaat ini.




💐 ZIARAH KASIH AWAS 💐3 Januari 2026Persatuan Amal Wanita Segambut (AWAS) berkesempatan menziarahi dua sahabat tersayang,...
03/01/2026

💐 ZIARAH KASIH AWAS 💐

3 Januari 2026

Persatuan Amal Wanita Segambut (AWAS) berkesempatan menziarahi dua sahabat tersayang, Kak Siti Sabariah dan Kak Maznah Muhd Dubi, yang sedang diuji kesihatan, bersempena dengan sambutan hari kelahiran mereka. Hari kelahiran Kak Siti Sabariah pada 1 Jan dan Kak Maznah pada 3 Jan.

Ziarah ini sebagai tanda ingatan, kasih sayang dan sokongan daripada kami semua. Semoga kehadiran kecil ini membawa kegembiraan, menguatkan semangat dan menjadi asbab kesembuhan.

🌸 Ukhuwah itu bukan hanya ketika senang, tetapi saat diuji kita saling menguatkan.
Semoga Allah merahmati dan memberkati usia kedua-dua sahabat kami.





🤲 Doa Ziarah Orang Sakit

اللَّهُمَّ اشْفِهِمَا شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan yang sempurna,
kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.
Ya Allah, angkatlah kesakitan mereka,
gantikan dengan kesihatan, ketenangan dan kekuatan iman.
Jadikan setiap ujian ini penghapus dosa,
dan panjangkan usia mereka dalam keberkatan dan ketaatan.

آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

6 September 2025Pendakian merdekaBukit sri Bintang, Segambut, Kuala Lumpur
08/09/2025

6 September 2025

Pendakian merdeka
Bukit sri Bintang, Segambut, Kuala Lumpur




Seminar Penuaan Anggun Sejahtera 28.9.24
29/09/2024

Seminar Penuaan Anggun Sejahtera 28.9.24

Seminar Penuaan Anggun Sejahtera pada 28.9.24 di Auditorium DBKL Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur
28/09/2024

Seminar Penuaan Anggun Sejahtera pada 28.9.24 di Auditorium DBKL Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur

 Seminar Penuaan Anggun Sejahtera
28/09/2024



Seminar Penuaan Anggun Sejahtera

27/09/2024
Assalamualaikum wbt,YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan, *JEMPUTAN KE PROGRAM SEMINAR PENUAAN ANGGUN SEJAHTERA 2024*Adalah dimakl...
25/09/2024

Assalamualaikum wbt,

YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan,

*JEMPUTAN KE PROGRAM SEMINAR PENUAAN ANGGUN SEJAHTERA 2024*

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pertubuhan Amal Wanita Segambut Kuala Lumpur (AWAS KL) akan menganjurkan Program Seminar Penuaan Anggun Sejahtera 2024. Matlamat program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang realiti penuaan yang anggun dan sejahtera serta pendedahan tentang isu pengabaian warga emas oleh keluarga dan masyarakat dan solusi menanganinya. Butiran program adalah seperti ketetapan berikut:
*Tarikh : 28 September 2024 (Sabtu)*
*Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang*

Sehubungan itu, pihak AWAS KL dengan berbesar hati ingin mengundang YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan ke Program Seminar Penuaan Anggun Sejahtera 2024 tersebut.

YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan dimohon untuk mengesahkan kehadiran di pautan berikut bagi kelancaran program yang dirancang.
https://forms.gle/75vBSSE2GjuErvoz5

Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Anjuran : Persatuan Amal Wanita Segambut Kuala Lumpur (AWAS KL) Pertubuhan Wanita Sahabat Prihatin Mawaddah (MAWA) Wanita Keadilan Cabang Segambut Wilayah Persekutuan

Address

Kg. Sungai Penchala
Kuala Lumpur
60000

Telephone

+60122045700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Amal Wanita Segambut Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share