27/08/2026
Maulidur Rasul 1448H | Menelusuri Sirah Menghidupkan Sunnah 🤍
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, meriah dan penuh bermakna sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026 di Surau Al-Mukmin, Mutiara Gombak.
Program bermula seawal waktu Subuh dan berlangsung sehingga jam 11.30 malam, dengan pelbagai pengisian yang mengajak kita untuk kembali mengenali, mencintai dan meneladani Rasulullah SAW.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada HELWA serta seluruh AJK Surau Al-Mukmin yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga setiap usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT. 🤲🏻
Lebih daripada sekadar menyambut Maulidur Rasul, marilah kita jadikan kecintaan kepada Baginda SAW sebagai amalan yang hidup dalam kehidupan seharian.
❤️ Cintailah Rasulullah SAW dengan menghidupkan sunnahnya.
Bukan hanya pada hari Maulidur Rasul, tetapi setiap hari — dalam akhlak kita, percakapan kita, ibadah kita, cara kita melayan keluarga, jiran dan seluruh manusia.
Kerana mencintai Nabi SAW bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan berusaha mengikuti sunnah dan akhlak Baginda. Sesuai dengan petikan dari forum perdana ini mengambil dari Surah Ali Imran ayat 31:
💞Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”💞
Semoga program ini memberi manfaat, membuka hati dan menyemarakkan lagi kecintaan masyarakat terhadap Rasulullah SAW serta sunnah Baginda.
اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ
🌹 “Barang siapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mencintaiku.”