17/09/2026
USRAH GABUNGAN WAP WILAYAH PERSEKUTUAN
Alhamdulillah, telah berlangsung Usrah Gabungan WAP Wilayah Persekutuan pada 16 September 2026 (Rabu) bertempat di Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB).
Program yang menghimpunkan warga WADAH, SALWA, ABIM dan PPIWP ini telah menampilkan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH, sebagai pembentang dengan kupasan bertajuk “Hubb Al-Watan: Antara Perubahan Politik atau Reformasi Kenegaraan?”
Sesi perkongsian turut mengupas persoalan kecintaan terhadap tanah air, peranan masyarakat dalam mendepani perubahan serta tanggungjawab bersama dalam membina negara yang lebih baik berteraskan nilai dan prinsip.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 100 orang, terdiri daripada ahli WAP serta komuniti setempat. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan kesediaan masyarakat untuk terus bersama dalam medan ilmu, wacana dan pengukuhan ukhuwah.
Semoga Usrah Gabungan ini terus menjadi ruang memperkasa kefahaman, memperkukuh jaringan dan menyuburkan semangat khidmat kepada agama, masyarakat dan negara. 🇲🇾🤝