GPMS WP

Call Directions Website Contact the organization

GPMS WP Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan / Federation Malay Student Union Federal Territory

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾Pada detik bersejarah 31 Ogos 1957, laungan azan bergema sebagai tanda kesyukuran atas kemerdekaan Tanah...
30/08/2026

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾

Pada detik bersejarah 31 Ogos 1957, laungan azan bergema sebagai tanda kesyukuran atas kemerdekaan Tanah Melayu. Azan tersebut dilaungkan oleh Ustaz Hassan Azhari, tokoh Al-Quran yang terkenal dengan suara merdu dan penguasaan ilmu agama.

Satu laungan, satu sejarah, satu kenangan yang terus dikenang. ❤️🇲🇾

Kenali sejarah, hargai kemerdekaan.

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾Dalam detik penuh bersejarah di Stadium Merdeka, Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said turut memainkan per...
29/08/2026

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾

Dalam detik penuh bersejarah di Stadium Merdeka, Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said turut memainkan peranan melalui bacaan doa sempena Pemasyhuran Kemerdekaan.

Doanya menjadi lambang harapan agar negara yang baru merdeka sentiasa dipimpin dengan keamanan, kesejahteraan dan petunjuk Allah.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi amanah untuk membina masa depan. 🤲🇲🇾

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾Leftenan Komander (B) Haji Mohamed Sarif bin Kalam merupakan antara individu yang diberi tanggungjawab m...
28/08/2026

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾

Leftenan Komander (B) Haji Mohamed Sarif bin Kalam merupakan antara individu yang diberi tanggungjawab menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu buat pertama kali dalam upacara kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Saat bendera dinaikkan, sebuah negara sedang menulis sejarahnya. 🇲🇾

Jalur Gemilang hari ini berdiri atas keberanian dan pengorbanan generasi terdahulu.

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾Pada malam 30 Ogos hingga awal pagi 31 Ogos 1957, Tuan Haji Massood Hayati dikenang kerana peranannya da...
27/08/2026

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾

Pada malam 30 Ogos hingga awal pagi 31 Ogos 1957, Tuan Haji Massood Hayati dikenang kerana peranannya dalam majlis sambutan detik kemerdekaan.

Pada jam 12.55 tengah malam di Padang Kelab Selangor, beliau memimpin bacaan doa selamat menjelang detik bersejarah tersebut. 🤲

Sebelum sorakan “Merdeka!”, ada doa yang dipanjatkan.

Begitulah kemerdekaan dimulakan dengan penuh kesyukuran. 🇲🇾

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾Ibrahim Mahmood ialah seorang wartawan dan penulis yang diberi amanah untuk menulis warkah pengisytihara...
26/08/2026

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾

Ibrahim Mahmood ialah seorang wartawan dan penulis yang diberi amanah untuk menulis warkah pengisytiharan kemerdekaan.

Dengan tulisan Jawi, beliau membantu merakam sebuah detik yang bakal mengubah sejarah negara.

Kadangkala, sejarah tidak hanya ditulis dengan dakwat — tetapi dengan tanggungjawab dan amanah. 🇲🇾✍️

25/08/2026

KENYATAAN MEDIA

GPMS CADANGKAN SEBUAH MRSM DINAMAKAN SEMPENA ALLAHYARHAM ABDUL WAHAB ALWI, BAPA MRSM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2026 — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Abdul Wahab Alwi atas pemergian seorang tokoh yang dikenang sebagai “Bapa MRSM”.

Kepimpinan GPMS dan seluruh warga pertubuhan mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini. Semoga segala jasa dan bakti Allahyarham kepada pembangunan pendidikan anak bangsa menjadi amal jariah yang terus mengalir serta mendapat rahmat dan ganjaran daripada Allah SWT.

Dalam kesempatan ini, GPMS mencadangkan agar sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dinamakan sempena Allahyarham Abdul Wahab Alwi sebagai tanda penghormatan terhadap jasa dan sumbangan beliau dalam pembangunan pendidikan.

Bagi GPMS, seorang tokoh yang telah menyumbang kepada pembinaan asas pendidikan generasi anak bangsa tidak wajar hanya dikenang melalui catatan sejarah. Legasinya perlu diabadikan dan diperkenalkan kepada generasi yang akan datang.

MRSM telah menjadi salah satu institusi penting dalam melahirkan anak-anak bangsa dalam bidang sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan, profesional dan kepimpinan.

Justeru, GPMS berpandangan bahawa penamaan sebuah MRSM sebagai “MRSM Abdul Wahab Alwi” merupakan satu bentuk penghormatan yang amat bermakna.

Lebih daripada sekadar sebuah nama, ia akan menjadi peringatan kepada setiap generasi pelajar MRSM bahawa kejayaan pendidikan hari ini dibina melalui usaha dan perjuangan tokoh-tokoh yang terdahulu.

GPMS turut mencadangkan agar diwujudkan Anugerah Abdul Wahab Alwi bagi mengiktiraf pelajar MRSM yang mencapai kecemerlangan dalam akademik, kepimpinan, inovasi dan khidmat kepada masyarakat.

GPMS berharap MARA dan Kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan cadangan ini dengan sewajarnya sebagai penghormatan kepada seorang tokoh yang telah memberikan sumbangan besar kepada pendidikan anak bangsa.

Seorang yang diiktiraf selaku Bapa MRSM tidak seharusnya hanya dikenang kerana sejarahnya sahaja. Namanya wajar terus hidup di tempat generasi anak bangsa menuntut ilmu dan membina masa depan. Biarlah legasinya terus mendidik generasi.

FAZREEN FAUZI
Presiden GPMS
25 Ogos 2026

YAB TPM : DS Zahid Hamidi
YBhg : DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
MAJLIS AMANAH RAKYAT

25/08/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Perginya seorang insan meninggalkan kenangan, jasa dan teladan yang akan terus hidup dalam ingatan.

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan salam takziah atas pemergian Abdul Wahab Alwi, yang dikenang sebagai Bapa MRSM.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan kekhilafannya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.
🤲🏻

Salam takziah daripada seluruh Warga GPMS Wilayah Persekutuan.

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾Tahukah anda, Jalur Gemilang bermula daripada sebuah rekaan oleh Mohamed bin Hamzah, seorang arkitek dar...
25/08/2026

TAHUKAH ANDA? 🇲🇾

Tahukah anda, Jalur Gemilang bermula daripada sebuah rekaan oleh Mohamed bin Hamzah, seorang arkitek dari Johor?

Pada tahun 1949, beliau menyertai pertandingan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu dan rekaannya akhirnya dipilih untuk menjadi asas kepada bendera negara kita.

Hari ini, setiap kali Jalur Gemilang berkibar, kita sebenarnya sedang melihat secebis sejarah yang direka dengan penuh makna. 🇲🇾

🇲🇾🏆 TAHNIAH KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN! 🏆🇲🇾Satu pencapaian yang membanggakan! 🎉Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ko...
25/08/2026

🇲🇾🏆 TAHNIAH KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN! 🏆🇲🇾

Satu pencapaian yang membanggakan! 🎉

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontinjen Wilayah Persekutuan atas kejayaan meraih TEMPAT KE-2 kutipan pingat keseluruhan pada SUKMA Edisi XXII 2026! 🥈

🥇 Emas: 51
🥈 Perak: 54
🥉 Gangsa: 52
🏅 Jumlah: 157 pingat

Setiap pingat adalah hasil usaha, disiplin, semangat juang dan pengorbanan para atlet, jurulatih, pegawai serta seluruh warga yang berdiri teguh di belakang kontinjen.

Dari gelanggang hingga ke podium, kalian telah mengharumkan nama Wilayah Persekutuan dengan penuh kebanggaan. ❤️💙💛

Terus melakar kecemerlangan, terus mengukir sejarah!
🔥 Demi Wilayah Persekutuan, demi kecemerlangan!🔥





🌙✨ MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M*✨🌙“Meneladani Akhlak Rasulullah, Membina Ummah Madani”Tanggal 25 Ogos 2026, marilah kita...
24/08/2026

🌙✨ MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M*✨🌙

“Meneladani Akhlak Rasulullah, Membina Ummah Madani”

Tanggal 25 Ogos 2026, marilah kita bersama-sama menghayati dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🤍

Rasulullah SAW bukan sekadar seorang utusan Allah, tetapi merupakan suri teladan terbaik dalam membentuk akhlak, menyebarkan kasih sayang dan membina kehidupan yang penuh keberkatan.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik...”
— Surah Al-Ahzab, 33:21

🌿 Jadikan akhlak Rasulullah sebagai inspirasi.
🤝 Sebarkan rahmat dan kebaikan.
📖 Hayati sunnah dalam kehidupan.
❤️ Bina ummah yang berilmu, berilmu & berakhlak.

Rahmat Kepada Sekalian Alam. 🌍✨

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M.

Address

No 1, Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur
50480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GPMS WP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GPMS WP:

Shortcuts

Sponsored

Share