Crime Journalist Association

Crime Journalist Association CiJA mengumpulkan wartawan meja jenayah terdiri daripada seluruh agensi media di Malaysia.

Seramai 16 ahli CiJA menyertai Larian Uniti Merdeka sejauh 5 km di Dataran Merdeka anjuran Polis Kontinjen Kuala Lumpur ...
21/07/2026

Seramai 16 ahli CiJA menyertai Larian Uniti Merdeka sejauh 5 km di Dataran Merdeka anjuran Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional pada 18 Julai lalu.

Turut serta, Presiden CiJA, Safeek Affendy dan Timbalan Presiden CiJA II, Maszureen Hadzman.

16/07/2026
🚨 KENYATAAN BERSAMA: BANTAHAN TERHADAP SEKATAN TUGAS MEDIA OLEH PEGAWAI PDRM 🚨Pertubuhan Jurugambar dan Wartawan Selango...
16/07/2026

🚨 KENYATAAN BERSAMA: BANTAHAN TERHADAP SEKATAN TUGAS MEDIA OLEH PEGAWAI PDRM 🚨

Pertubuhan Jurugambar dan Wartawan Selangor (Wajar) dengan sokongan penuh Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) menzahirkan rasa kesal dan membantah sekeras-kerasnya tindakan pegawai di lapangan yang menghalang tugas rakan-rakan media semasa acara melibatkan Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP), Tan Sri Ayob Khan hari ini.

📸 Apa yang berlaku?

Jurugambar media dihalang merakam gambar dan diarah hanya menggunakan "gambar rasmi" (supplied photos) polis.
Tiada ruang untuk Sidang Media (PC) atau sesi soal jawab spontan (doorstop) dibenarkan.
Alasan yang diberikan adalah "arahan terus daripada DIGP"—satu dakwaan yang amat meragukan.

🛑 Lebih mendukacitakan, pegawai UKK/petugas lapangan yang mengeluarkan arahan ini bukanlah kali pertama mempamerkan sikap tidak profesional dan menyukarkan urusan petugas media. Tindakan berulang ini mencabul kebebasan lensa dan mematikan nilai berita eksklusif pengamal media.

Kami mendesak pengurusan tertinggi PDRM (Bukit Aman & IPK Selangor) untuk:

1. Memberikan penjelasan sahih berhubung dakwaan "arahan DIGP" ini.

2. Mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang membelakangkan SOP.

3. Menghormati peranan dan kebebasan wartawan serta jurugambar di lapangan.
PDRM adalah rakan strategik media, namun hubungan ini wajib berlandaskan sikap saling menghormati, bukan sekatan tanpa asas.
Sila baca kenyataan media penuh di bawah. 👇

Terima kasih Malaysian Press Institute menjemput CiJA bagi berkongsi pengalaman dan pandangan.  CiJA amat berbesar hati ...
15/06/2026

Terima kasih Malaysian Press Institute menjemput CiJA bagi berkongsi pengalaman dan pandangan.
CiJA amat berbesar hati untuk berkoloborasi dengan mana-mana pihak bagi berkongsi pandangan dan idea.

# crime, journalist, forum, talk

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULT...
01/06/2026

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Sembah Takzim Daripada Persatuan Wartawan Jenayah

Sempena hari yang penuh bermakna ini, Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) ingin memberi penghormatan setinggi-tingginya at...
29/05/2026

Sempena hari yang penuh bermakna ini, Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) ingin memberi penghormatan setinggi-tingginya atas dedikasi luar biasa semua Wartawan di Malaysia dan khususnya Wartawan Jenayah.

Tugas wartawan jenayah adalah tugas yang penuh risiko, namun ia amat penting bagi keutuhan demokrasi dan keselamatan negara.

Ia adalah satu amanah yang menuntut ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.

Hari ini, kami memohon doa dan sokongan. Hargailah berita yang anda baca, kerana setiap baris ayat itu ditulis dengan peluh, air mata, dan keberanian.

Terima kasih atas segala pengorbanan masa, tenaga, dan keselamatan para wartawan.

Anda adalah kebanggaan kami.

🇲🇾

Berikut adalah kenyataan media CiJA berhubung insiden yang berlaku kepada tiga ahli kami ketika membuat liputan kejadian...
08/04/2026

Berikut adalah kenyataan media CiJA berhubung insiden yang berlaku kepada tiga ahli kami ketika membuat liputan kejadian kes rusuhan di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras pada 5 April lalu.

14/03/2026
14 Mac 2026- Persatuan Wartawan Jenayah Malaysia (CIJA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Jabatan S...
14/03/2026

14 Mac 2026- Persatuan Wartawan Jenayah Malaysia (CIJA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar atas kesudian menganjurkan majlis berbuka puasa bersama seramai 40 wartawan jenayah di Mess Pegawai Bukit Aman, semalam.

Penganjuran majlis tersebut bukan sahaja menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak polis dan media, malah mencerminkan penghargaan JSJ terhadap peranan wartawan jenayah yang sentiasa menjadi rakan strategik dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

CIJA turut berharap hubungan baik dan kerjasama yang telah terjalin bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa, khususnya dalam usaha memastikan penyampaian maklumat berkaitan jenayah dan keselamatan kepada orang ramai dapat dilakukan secara tepat, pantas dan berintegriti.

Kerjasama erat antara pihak media dan JSJ amat penting bagi memastikan masyarakat menerima maklumat sahih di samping meningkatkan kesedaran awam terhadap isu jenayah di negara ini.

Dalam majlis iftar yang berlangsung dalam suasana penuh mesra itu, Datuk Kumar turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada CIJA atas kerjasama baik yang terjalin selama ini.

Turut hadir, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng Timbalan Pengarah (Forensik/ Perancangan Strategik), DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman Timbalan Pengarah (Siasatan/ Perundangan), Pegawai Kanan serta Pegawai Rendah Polis JSJ.

Gambar ihsan Jabatan Siasatan Jenayah - JSJ PDRM

Kenyataan CiJA berkaitan insiden membabitkan seorang wartawan yang juga ahli CiJa disifatkan berbentuk initimidasi ketik...
20/01/2026

Kenyataan CiJA berkaitan insiden membabitkan seorang wartawan yang juga ahli CiJa disifatkan berbentuk initimidasi ketika membuat liputan dalam satu majlis di ibu negara semalam.

Address

Kuala Lumpur

Telephone

0175458424

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Crime Journalist Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Crime Journalist Association:

Shortcuts

Featured

Share