Sadaqa House

Directions Website Contact the organization

Sadaqa House Driving positive social impacts and making a tangible difference for the undeserved segments.

28 September 2026 | Dewan Utama PERTIS, Tingkat 14, Bangunan PERKIM, KLAlhamdulillah, Sadaqa House berkesempatan menghad...
29/09/2026

28 September 2026 | Dewan Utama PERTIS, Tingkat 14, Bangunan PERKIM, KL

Alhamdulillah, Sadaqa House berkesempatan menghadiri Majlis Pentauliahan & Muzakarah Mualim PERTIS yang telah disempurnakan oleh YBhg. Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan.

Dalam kunjungan yang sama, kami turut meninjau pejabat baharu PERTIS di Bangunan PERKIM yang telah selesai diubah suai hasil sumbangan para dermawan melalui Sadaqa House.

Alhamdulillah, dengan ruang pejabat yang lebih selesa dan kondusif, urusan PERTIS dalam menyantuni komuniti OKU kurang penglihatan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus bersama Sadaqa House dalam menyokong agenda kebajikan ini.

Bagi pihak Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga Bank Islam, kami merakamkan ucapan takziah kepada Yang Amat Be...
28/09/2026

Bagi pihak Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga Bank Islam, kami merakamkan ucapan takziah kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga di atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali ke Rahmatullah hari ini. Allahyarhamah akan sentiasa dikenang sebagai tokoh yang telah banyak mencurahkan jasa serta bakti yang tidak ternilai kepada negara dan rakyat Malaysia.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas roh beliau serta mengurniakan kedudukan yang mulia di sisi-Nya di Jannah. Kami mendoakan agar Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Al-Fatihah.

28/08/2026

Ada yang meraikan Merdeka. Ada yang masih mencarinya.

Bagi mereka, Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi peluang untuk membina masa depan yang cerah bersama insan tersayang.

Setiap kebaikan yang dikongsi melalui Sadaqa House membawa harapan baharu buat mereka yang memerlukan.

Teruskan bersama kami dalam memberi sinar harapan dan membantu lebih ramai mencapai kemerdekaan mereka sendiri.



Peluang pendidikan dan kerjaya menanti anda!Sadaqa House membuka peluang kepada anak yatim dan golongan B40 untuk menyer...
13/08/2026

Peluang pendidikan dan kerjaya menanti anda!

Sadaqa House membuka peluang kepada anak yatim dan golongan B40 untuk menyertai Program Sijil Teknologi Pembuatan selama 3 bulan di KHTP Skills Centre, Kulim, Kedah.

✅ Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya
✅ Penginapan/asrama disediakan
✅ Elaun sara hidup diberikan

Tempat terhad kepada 87 peserta sahaja!

Berminat? Hantarkan transkrip SPM anda ke: [email protected]

Rebut peluang, ubah masa depan!



24/07/2026
30/06/2026
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusialain.”Jom hadir ke Kuliah Hadis 40 Siri 2 bertajuk “Ras...
18/06/2026

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia
lain.”

Jom hadir ke Kuliah Hadis 40 Siri 2 bertajuk “Rasulullah SAW Menjaga Hak Golongan OKU” bersama YBrs.
Ustaz Mohd Faizal Bin Che Yusof, Yang Dipertua PERTIS.

🗓️19 Jun 2026 (Jumaat)
🕧12:30 tengah hari
📍Surau Wakaf Ahmad Dawjee
Dadabhoy

Melalui sumbangan anda, PERTIS dapat berpindah ke pusat operasi baharu mereka yang lebih selesa dan
kondusif, demi memberi
perkhidmatan yang lebih baik kepada
komuniti yang memerlukan.

Jom bersama kita menjadi asbab
mereka terus mendekati kalam Allah.




05/06/2026

Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 🌍

Selama bertahun-tahun, para nelayan di Penyabong, Mersing bergantung kepada diesel untuk mencari rezeki di laut.

Apabila harga diesel meningkat, kos mereka meningkat sekali.

Dalam masa yang sama, bunyi enjin yang berterusan boleh mengurangkan hasil tangkapan.

Dana Sadaqa House membolehkan sistem solar PV dipasang pada bot-bot nelayan.

Menjana elektrik daripada matahari.

Mengurangkan kebergantungan kepada diesel.

Serta turut memelihara laut yang menjadi sumber rezeki mereka.

“Dulu kami bergantung kepada diesel. Hari ini, matahari turut membantu kami,” kata seorang nelayan.

Satu sumbangan.

Nelayan mendapat manfaat.

Alam sekitar turut terpelihara.

Jika satu panel solar mampu mengubah sebuah bot, bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh sebuah komuniti.

Sadaqa House, mencipta impak kepada manusia dan alam sekitar, serentak.



Mereka mungkin tidak dapat melihat, tetapi semangat mereka untuk mendalami Al-Quran tidak pernah pudar.Jom bantu Persatu...
26/05/2026

Mereka mungkin tidak dapat melihat, tetapi semangat mereka untuk mendalami Al-Quran tidak pernah pudar.

Jom bantu Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) mendapatkan premis baharu yang lebih selesa demi meneruskan usaha dakwah, pendidikan dan penghasilan Al-Quran Braille.

Imbas kod QR atau salurkan sumbangan anda di Sadaqa House :

Sadaqa House
140 140 101 88888
Bank Islam Malaysia Berhad



Pada Hari Arafah, Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu keampunan dan membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.Jom pas...
25/05/2026

Pada Hari Arafah, Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu keampunan dan membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.

Jom pastikan kita ambil peluang keemasan ini untuk memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar pada hari yang mustajab ini.

Gandakan pahala anda dengan menyumbang ke Sadaqa House:

Sadaqa House
140 140 108 88888
Bank Islam Malaysia Berhad



Address

Level 27, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sadaqa House posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sadaqa House:

Shortcuts

Sponsored

Share